Saturday, December 9

Ada Ijazah Tak Boleh Minta Kerja SPM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Nampak sangat tuan blog dah takde masa untuk berblog. Memang sangat sibuk dengan kerja hakiki dan kehidupan realiti. Lama dulu daku ada buat entry pasal Ada Ijazah boleh minta SPM.



Ada pertanyaan dari pembaca tapi  dah berkurun. Ampun ada komen yang terskip baca...terlambat baca dan sebagainya. Berbalik kepada persoalan yang ditanya:



Adakah keputusan degree atau Ijazah boleh mohon diploma dan spm ni masih kekal.. ataupun dah berubah balik.



Jawapannya dah berubah. Tak berapa ingat tahun bila dia dah berubah tapi tak salah daku tahun 2014 kot. Sebab daku sekarang dah lama tak hupdate SPA..kih3. 



So sekarang hanya one step lower je sekarang ye adik-adik. Buktinya ada kat soalan lazim SPA:


Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya  ?Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk lebih rendah, walau bagaimanapun hanya sehingga peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC sahaja (one step lower).
(setakat 9 Disember 2017)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...