Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Actually plan ni agak berbaloi untuk pengguna internet yang macam aku walaupun kadang-kadang tak cukup gak. Tapi sebab aku ni loyal customer maxis so okay la. Plan yang aku subscribe Biggest Internet Pass yang berharga RM50.00 untuk 5GB dan akan dapat free 100 minutes call ke semua rangkaian. Selain tu dapat 30GB happy hour dan 50 red Point.

Tapi yang tak best bila application Hotlink Red ni bermasalah dan aku tak tahu macam mana nak nak claim happy hour dengan cara lain. Tapi tu tak heran pun...sebabnya kadang-kadang claim pun tak sempat guna pun GB tu...sejam apa je yang boleh aku sempatkan terutama time busy. Plan Internet Maxis Hotlink Fast ni start problem dengan masalah my sister. Dia auto renew pass internet dan dia tak dapat pun 100 minit percuma tu dan baki minit percuma tu tak di carry forward bila pihak Maxis bagi semula 100 minit tu. Kejam wey.

Next masalah dengan plan Internet Maxis Hotlink Fast ni diri sendiri pulak terkena. Aku claimed reward dapat 550 MB percuma untuk 3 hari. So kira save la 5GB aku tu patutnya untuk 3 hari. So reward untuk next level aku tak claim la. Aku tak dapat nak cek balance internet aku sebab apps Hotlink Red diaorg ni asyik bagitaw under maintenance dengan unable to process your request. whatever la sebab aku yakin tak la banyak sangat internet aku guna pun. Setakat main game, whatsapp, line, sesekali facebook, instagram dan twitter memang 5GB tu akan mampu bertahan sebulan atau kalau ada kegunaan lain at least 3 minggu tu boleh bertahan. Tup-tup arini sampai mesej dah habis guna 550MB tu. So pegi la apps Hotlink Red nak cek data aku. Eh terkejut mak tengok data 5GB yang suci murni dah tinggal 2.82 GB sedangkan 550GB baru abeh guna. Camne tu eh. Tak logik mak guna 2GB plus plus dan 550MB dalam masa 3 hari tak sampai.

Call customer service tersasul plak cakap 1GB plus plus. Sebab time tu dalam kereta jiwa tengah kacau. Adoi dapat refund RM3.00 dan kita terpaksa redha. Bila dah tengah drive baru tersedar eh apa aku cakap dengan customer service tadi,.. Eh RM3 tu tak berbaloi nak.... dpt beli 1GB sehari je...tak dapat compensate semula 2GB mak yang hilang tu. Adeh pening...Terus tawar hati dengan Maxis dan tengah usha internet provider yang lain. Korang nilai la sendiri apa yang berlaku:


Mesej ni dapat pada 27 September 2017

Data 5GB aku tinggal 2.82GB... Hairan bin ajaib dalam masa kurang 3 hari kot. Mana pergi 2.18GB?



Baru perasan mana reward yang aku claimed pada 25 September tu ye. Takkan la dapat reward dia tolak 2.18GB aku kot. Antara free reward dengan 2.18 GB tu aku akan pilih 2.18GB kalau diberi pilihan sebab reward dalam tempoh tiga hari je dah expire. Kadang2 tak sempat habis pun.
Kita tunggu apa maxis punya jawapan ye. Setakat bagi RM3.00 tu dia ingat aku ni budak sekolah ke? Adoyai

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative