Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sepatutnya entry ni tahun lepas punya entry. Tapi tuan tanahkan terlebih rajin. Makanya banyaklah perkongsian yang akan back dated. Menulis untuk diri sendiri takpe la kot syok sendiri. Ni isu PTPTN yang automatik potong gaji aku.

Bulan Oktober 2016 yang lepas tengok duit masuk dalam bank berkurangan. So semak slip gaji bulan Oktober 2016 tu.....tara PTPTN dah memotongkan dirinya. Eh boleh pulakkan? Sebab sebelum tu pegawai PTPTN yang aku jumpa tu cakap untuk potongan gaji kena clearkan outstanding balance dulu. Tapi ni outstanding balance tak clear lagi boleh pulak ye sistem dia buat potongan gaji tanpa pengetahuan aku. Automatik okay....

Sebenarnya tak kisahpun sebab memang sooner or later nak buat potongan gaji gak sebab tu gigih bayar outstanding balanced yang bertukun tu. Sanggup tak breakfast weh. Untuk lunch siap bawak bekal lagi sebab gigih nak bayar hutang. Walaupun rasa macam down nak bayar sebab bunga-bunga cinta saje je pun bertahun nak habis bayar, principal tak usik lagi tu.

Setiap kali check penyata rasa macam kenapa tak bergerak je PTPTN aku ni.Pastu mulalah fikir kenapalah aku tak masuk kolej swasta je dan amek loan MARA... Macam kawan aku, hutang RM30,000.00 tapi sebab pointer 3 ke atas bayar RM6,000.00. Takde bunga siap dapat diskaun lagi. Tapi bila fikir lagi.....eh rezeki masing-masing la. Benda dah lepas hadap je.

Part penting lepas ni tak perlu fikir pasal nak bayar PTPTN dah sebab dah automatik potong gaji. Cuma slip gaji la tak cantik ada potongan PTPTN kat situ. Tapi takpe la yang penting sekarang tak perlu fikir cuma perkiraan tu kena buat gak la. Sebab bila tanya pegawai PTPTN camne perkiraan tu depa pun tak boleh jawab, jawapan depa sistem yang kira (pegawai yang aku jumpa la). Dah kalau sistem salah kira camne? Sebab aku pun bekerja dengan sistem kewangan, sistem pun tak selalunya betul.

PTPTN korang camne? Automatik potong gaji gak ke?


Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative