Posts

Showing posts from 2016

Passive Income Nuffnang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setelah berkurun baru ada perasaan nak buat entry pasal Nuffnang. Kira macam income passive la... Ye la tuan blog dah tak aktif berblog macam dulu. Dulu masa suam-suam kuku aktif pun tak la masyuk.. hihi.. Sekadar suka-suka.

Login nuffnang dan dok berfikir nak cash out ke tak.... Tangan gatal je nak tekan butang Cash Out... Tapi bila dah cash out berapa kurun lagi la boleh cash out lepas ni.. Ngee

Boleh la beli apa yang diingini... Maklumlah sekarang ni banyak kehendak yang terpaksa dipendam sebab status kewangan yang ke laut..

Takde istilah biar papa asal bergaya. Biar tak bergaya asal cukup makan.. Tu untuk kes aku.. Chill ^_^

Perangai Manusia

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pelikkan manusia ni. Okay manusia tu termasuk akulah. Bila bekerja dengan orang ramai ni macam-macam perangai manusia kita akan jumpa.

Yang menguji kesabaran...
Yang menggelikan hati...
Yang menguji IQ...
Yang menjengkelkan...
Yang memahami...
Yang Suka mencari salah orang...
Yang syok sendiri...

Dan bermacam-macam Yang....

Selalu berpesan kepada diri... Walau apapun jenis mereka, cuba layan mereka sebaik mungkin dan seadil mungkin. Jangan pilih kasih di antara mereka. Cuba letakkan diri di tempat mereka. Tapi kadang-kadang terlepas jugak lahar Gunung Berapi. Alasan rapuh sebab aku cuma manusia biasa, kesabaran ada batasnya. Hahaa sinis.

Itulah perangai manusia


Nak marah tak kesampaian... Mulut membebel tanda tak puas hati. Itulah AKU..Peace

Tips menarik hati si dia

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Nak berkongsi tips menarik hati si dia. Yang terbaik si dia tu biarlah orang yang sepatutnya dan selayaknya. Suami or isteri sendiri sudah semestinya..

Serlahkan keperibadian

Tampil dengan apa yg kamu ada dan alami. Jangan terlalu menonjolkan siapa diri kamu, tapi tunjuklah diri kamu seadanya.
Tersenyum


Senyum apabila ada kesempatan kerana dengan tersenyum orang tidak akan tahu apakah kamu susah atau senang. Tersenyum juga akan membuat wajah kamulebih sedap dipandang.
Jadilah diri sendiri

Jangan kerana kita meminati seseorang, kita turut menyukai apa yang menjadi kesukaannya.Berusahalah menjadi diri kamu sendiri kerana dengan itu orng lain akan yakin bahawa kamu mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Mainkan Mata
Jangan sesekali tunduk sewaktu bercakap, sebaliknya pandanglah mata si dia. Dengan pandangan si dia akan dapat merasai kejujuran kamu dalam perhubungan.
Setiap orang ada cara tersendiri untuk menarik hati pasangan masing-masing dan ianya berbeza…

Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setahun lebih dah berlalu baru ada feel nak menjenguk blog. Selamat tinggal 2015 tanpa sebarang entry.

Maaf kepada yang bertanya...  Memang tidak dijawab sebab tuan rumah dah setahun lebih tak menjenguk rumah.

Orang kata diam lebih baik kadang-kadang tu.  Dan itulah yang dilakukan. Semua aktiviti di media sosial dihadkan.

Tak mengapalah orang cakap kita sombong ke.  Kawan rapat cakap kita menjauhkan diri ke.  Sebab hanya diri dan Allah tahu apa yang berlaku. Saya tetap sayang dan kenang kawan-kawan saya terutama kawan masa sekolah dan belajar.  Mereka pencetus semangat saya.

Mungkin keadaan tak sepertinya...  Saya tak boleh jadi kawan yang baik secara realiti.

Moga 2016 lebih berjaya untuk kita semua..