Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bulan Ramadhan telah melabuhkan tirai... Bila dah masuk Syawal, ramai yang mengambil kesempatan melaksankan Puasa Sunat iaitu Puasa Enam.

Tetapi ada yang masih tertanya-tanya dan kurang pasti sama ada boleh atau tidak sekalikan puasa ganti dengan puasa Enam. Berikut beberapa soalan dan jawapan dari website Islam Grid berkaitan puasa ganti dan puasa enam.

Soalan:
Bolehkah puasa sunat kita selitkan dengan membuat puasa ganti (membuat kedua-dua puasa serentak dengan niat puasa sunat dan puasa ganti bulan ramadhan)?

Jawapan:
Puasa qadha' (ganti bulan ramadhan ) boleh disatukan dengan puasa sunat dengan niat puasa qadha' (ganti) dahulu kemudian niat puasa sunat. Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.


Soalan:
Saya masih tercari-cari kebenaran tentang puasa enam di bulan syawal boleh digabungkan dengan puasa ganti ramadan. Apakah hukum jika kita melakukannya serentak, dimana maksud mengganti puasa ramadhan sekaligus menunaikan puasa enam?

Jawapan:
Saudari wajib mengqada puasa Ramadhan terlebih dahulu dan diikuti puasa sunat selepas selesai mengqada'kan puasa Ramadhan atau mengqadakan puasa yang ditinggalkan pada bulan syawal dan sekaligus akan mendapat pahala sunat puasa enam di bulan Syawal tanpa digabung niatkan dengan puasa qada' dan sunat.


Soalan:
Adakah kita perlu menggantikan puasa terlebih dahulu dan baru boleh melaksanakan ibadah puasa enam?Adakah ianya boleh dilakukan bersama-sama.

Jawapan:
Sekiranya saudari mampu menggantikan puasa terlebih dahulu dan melaksanakan ibadah puasa sunat di bulan syawal maka itu adalah lebih afdhal. Jika tidak mampu berbuat demikian saudari boleh lakukannya
bersama-sama.


Kesimpulannya:
Apa yang daku faham Puasa Enam dan Puasa Ganti bolehlah disekalikan pada bulan Syawal ni. Selamat beramal....

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setelah lama menyepi dari dunia blog... Salam Aidilfitri untuk semua... Maaf zahir batin atas segala kesalahan, keterlanjuran dan kekhilafan dari segala aspek.

Terasa janggal setelah sekian lama tidak berblog. Dunia blog masih tetap di hati cuma masa dan keadaan menyebabkan tuan blog menyepi.

Perkembangan diri...Alhamdulillah dah berpindah ke rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerja. Tetapi dekatnya hanyalah seketika...tak sampai sebulan lamanya. Diri ditukarkan ke tempat lain, tapi tak la sejauh sebelum ni. Cuma biasalah Kuala Lumpur dan kesesakan lalulintas sangat la normal.

Kerjaya...baru sebulan di tempat baru. Masih menyesuaikan diri dan memahami tugas baru. InshaAllah akan cuba menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Keluarga...Masih cuba nak memberi yang terbaik untuk keluarga tersayang. Moga rezeki murah untuk diri dan family.

Jodoh... Serah pada Dia yang satu. Doakan yang terbaik sahaja, semua ketentuanNya...

Kesihatan... Alhamdulillah masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan kadang-kadang luar biasa. Cuma berat semakin turun sejak puasa, moga naiklah ke berat yang ideal.

Entry pertama di bulan Ogos... Cari mood untuk kembali berblog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative