Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ada lagi ke yang layak dapat BRIM tapi tak dapat? Daku salah seorang yang layak tapi tak dapat BRIM. Eh camne tu? Erm tertunggu-tunggu gak BRIM ni masuk ke akaun tapi hampeh sesen pun tak dapat.

Kebulur sangat ke nak BRIM? Dah tu yang kerajaan janjikan. So kenalah capati tepati janji yang dibuat. Tak gitu? Ini bukan entry politik ye, cuma kisah realiti hidup. Aku cuma golongan yang memerhatikan setiap apa yang terjadi dan dijanjikan. Politik bukan minat aku pun, sekadar ambil peduli apa yang berlaku.

Disebabkan kesibukan kerja hakiki, update BRIM pun hujung bulan 1 dekat-dekat nak tarikh tutup masa tu. Orang lain dapat BRIM, daku tak dapat-dapat. Padahal tahun lepas dapat je. Pelik pulak rasa. Apa status pun tak diketahui.

Tapi hari ni buka email, mata tertumpu kat satu email ni daripada BR1M@hasil.gov.my. Korang bacalah sendiri...
Tak Lulus dengan kod alasan bernombor 19
Okey kita rujuk pulak kod-kod alasannya ye....
19-Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain
Eh bila masa pulak dah aku jadi tanggungan orang lain? Sedangkan sekarang aku yang tanggung mak aku. Apa ke sengal sistem diaorang ni. Seingat aku masa mula-mula BRIM diperkenal dulu memang aku diletakkan sebagai tanggungan mak aku sebab masa tu aku belum bekerja lagi, baru abeh blaja. Tetapi sekarang dah tak begitu. Sama-sama support each others.

Tahun lepas daku dapat je BRIM ni selaku orang bujang. Yang musykil nape tahun ni tak dapat? Nak kata gaji aku riban-riban, campur elaun tak lepasi RM1, 500.00 gak sebulan. Konpius dah aku... Aku rasa la diaorang ni punya sistem yang tak up to date. Ntah apa-apa je...

Yang lagi bertambah aku cakap sistem diaorang yang bermasalah, aku update BRIM  pada 24/01/2014. Siap print PDF lagi weh.... Tengok la tarikh pada PDF tu, aku tak alter apa-apa ye.... Ni memang yang ori...

Baca semula email yang aku dapat tu, 'permohanan tuan/puan bertarikh 23/12/2013 tidak diluluskan'... La bila masa la pulak aku buat permohonan bulan 12? Aku update permohonan pada 24/01/2014 la... Sabar je la...

Aku: Ramai yang cakap itu hak yang perlu dituntut kerana janji telah dibuat. Tapi dah tak dapat, kemalasan nak peduli lak. Cuma lebih kesian sebab ramai yang lebih susah dari diri mengalami nasib yang sama disebabkan sistem yang tak sistematik ni. Orang cakap, lebih elok takde dari layak dan mengharap tapi tak dapat-dapat. Peace....^_^
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Jemput semua pergi ke KFC berdekatan untuk mencuba KFC Zinger Reloaded. Hanya RM9.95 tidak termasuk govermant tax 6%. Eh tetiba je promote KFC Zinger Reloaded.

Daku takde la selalu makan KFC pun. Bila teringin atau tiada pilihan je makan. So hari tu tergoda la menengok Zinger Reloaded ni. Take as lunch....herm kenyang la jugak bagi aku. Nak makan nasi tak lalu hari tu.

Not bad la sebab zaman belajar dulu suka makan zinger burger tapi dah bertahun-tahun tak menjamah ala-ala burger KFC ni.

Yang belum try, try la kalau terasa teringin.

Aku: Hari ni cuti rehat. Macam nak melantak KFC je...hihi
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ternampak ada iklan tesco menari-nari kat blog aku. Itulah CPUV yang sangkut untuk bulan Mac. Jadilah ada jugak CPUV kan. Tertarik pulak nak mengetahui lebih lanjut bila baca iklan yang berbunyi,'shop online, we deliver'.

So terus ke website tesco malaysia untuk menyiasat lebih detail. Owh tesco ada servis baru rupanya, delivery barang-barang kepada pelanggan. Erk macam Pizza, MC Donald ngan KFC delivery pulak.

Kepada yang berminat bolehlah klik iklan tu untuk mengetahui dengan lebih details. Korang boleh cek kat kawasan mana tesco terdekat dengan korang buat delivery. Nak shopping online ni korang kena la ada akaun online dengan tesco, apa-apa boleh rujuk website tesco.

Macam menarik je tak perlu nak sesak-sesak cari parking, tolak troli, harga promosi pun layak dapat, clubcard mata pun dapat. Tak payah susah-suash beratur kat kaunter nak buat bayaran. Semua kat hujung jari je...


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semenjak beberapa bulan yang lepas, daku dah curang dengan celcom internet prepaid. Sebabnya bila masuk ke smart phone mana la dia akan automatik disconnect. So tak pasal-pasal kredit aku jadi kosong kosong kosong. Maklum diri pun tak berapa nak peka. So daku dah stick dengan maxis internet prepaid le pulak.

Subscribe montly punya yang RM30.00 tu. Ala yang untuk mobile punya. Sebab maxis ni ada dua plan sebenarnya mobile dengan broadband. Broadband 1gb RM25.00, mobile RM30.00. Beza dua ni, lepas dah sampai 1gb kalau broadband memang tak leh guna dah. Tapi kalau amek mobile walaupun dah sampai kuota 1gb masih boleh digunakan tapi slow la. Broadband ni leceh kalau masuk smart fon sebab setiap kali nak guna kena pegi home page maxis untuk connect, so tak sesuai la untuk smart phone.

So alang-alang aku beli simkad maxis internet prepaid, aku subscibe je la mobile internet RM30.00 sebulan. Aku topup pun ngam-ngam sebulan je. Ha so bila cukup sebulan kredit expired sekali dengan internet prepaid je. Senang takde la kredit aku nak tinggal kosong kosong kosong...

Bolehlah setakat nak wechat, whatsaap, facebook, tengok video, instagram dan kadang-kadang buka blog. kalau rasa slow sangat tu, subscribe la yang daily punya ke, 3 days punya ke. Ala bukan selalu pun. Contoh bila nak berblog daku subscibe la daily ke quota upgrade punya ke. Tapi jarang kot subscribe sebab masih boleh berblog walaupun slow.

Cumanya kalau dok kat KL sesetengah area jangan harap la nak dapat internet. Hampeh... So kena tengok area jugak la. KL sesetengah kawasan guna Digi atau U Mobile lagi oke kot untuk internet. So selagi kawasan aku ni oke, daku guna je la Maxis Internet Prepaid Montly ni. Jimat pun jimat.

Entry Lain Berkaitan:
Maxis Internet Prepaid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Darah Beku...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu gosip ni lebih sinonim dengan perempuan. Asal gosip je mesti kaum perempuan yang lebih mendapat nama suka bergosip. Tapi sekarang dah setara kot. Lelaki pun bergosip jugak. Cuma style berbeza la...Ha ah ada style kau lelaki ni bila berkumpul ramai-ramai bergosip.

Bila lelaki berkumpul...topik apa selalu yang mereka gosipkan? Hahaa macam-macam weh, lelaki sekarang kemain lagi diaorang bila dapat berkumpul sesama diaorang.

Al maklumlah dalam opis aku, aku dan kawan je bunga yang tersesat dikalangan kumbang-kumbang. Dengar ayat tu, kumbang-kumbang.... Means lebih ramai lelaki dalam opis aku tu. Erm patut la kena buli sokmo pun.

So bila diaorang bergosip aku yang perempuan ni naik segan. Maklumlah topik orang lelaki ni, sesuai untuk yang dah kahwin. Dah nama lelaki memang la pasal tut je la diaorang ni dok bergebang.

Mula-mula dulu ramah jugak mulut aku menegur, eh ingat sikit ada anak dara kat sini. Agak-agak la nak merapu pun. Phui macam simbah air ke daun keladi je sound tersebut. Takde effect langsung.

Sekarang? Lantak kome la nak merapu apa pun. Paling senang buat-buat tak dengar je walaupun terpaksa dengar. Ah stress jugak kadang-kadang sebab ada cerita hot diaorang yang boleh buat aku pandang bawah je merenung keyboard dan pandang depan merenung skrin komputer. Yang pasti tak hadap muka diaorang yang tengah bergosip tu.

Kalau ada hands free daku sumbat je telinga dengar lagu lagi syok. Pastu mula sengih-sengih gatal tengok aku (tak semua la). Ah memang dasar lelaki... Ops blogger lelaki jangan terasa, korang tak macam tukan. Siap buat pesanan, "awak cepat-cepatlah kahwin,best taw kahwin.rugi awak lambat kahwin".

Tak ke macam menyakitkan hati je ayatnya? Bengang seketika daku mendengarnya. Dalam hati menjawab, eh suka hati aku la nak kahwin bila pun, sebok apasal?

Bila lelaki berkumpul lebih kurang pompuan je la. Tapi topiknya memang 'hot'.... Rasa macam lebih teruk dari perempuan je pulak. Aha... Kan dah kena...

Bila berkumpul topik lain pun ada gak diaorang utarakan. Yang bukan 18sx tu boleh la daku join bahaskan. Maklum pompuan tersesat macam tu la dikalangan lelaki, terpaksa pandai-pandai bawak diri. Jangan memerangkap diri sudahlah kan....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang pernah cek tak sama ada entry korang ada yang dicopy paste? Sebijik-sebijik pulak tu... Hurm tak kisah la nak copy paste sebijik-sebijik pun, pengetahuan untuk dikongsi. Tapi tolonglah beretika, sekurang kurangnya backlink/credited la semula ke blog yang korang 'curi' entry tu.

Hari ni tak tahu nape tergerak hati nak cek ada ke entry yang 'dicuri' orang. Istilah curi rasanya tepat untuk sesiapa yang copy paste hasil kerja orang lain tanpa rasa berdosa tak nyatakan sumbernya. Sebagai seorang blogger silalah beretika dan jangan sesuka hati copy paste idea orang lain.

Memang la aku cakap tak kisah pun sebab dah tu pengetahuan untuk dikongsi bersama. Tapi dah kalau sejibik camne tu? Ha ni daku bagi screenprint blog yang ayatnya hampir 100% sama dengan entry daku tulis sebelum ni. Tak ke curi namanya? Hurm Sabar je la....

'Ni dari google aku printscreen-erm rasa macam tak elok pulak dedahkan URL mereka yang 'terlibat'. Bukan nak berlagak baik ye, tapi masih punya hati dan perasaan. So takde la baik pun sebab korang boleh search je...


Ni entry original-Cara Delete Akaun Facebook

Ni fake entry 1- Baik sikitlah gambar2 dia print screen sendiri. Ayat hampir 100%-Entry Kena Curi

Ni fake entry 2-memang 100%-Entry Kena Curi

Yang terkilan takde lak dia credited kan dari mana sumber dia dapat. Tu yang tajuk entry, Entry Kena Curi... Hurm...

Aku: Pesanan untuk blogger sekalian, beretikalah semasa berblog, kalau dah memang amek entry orang silalah nyatakan sumbernya. Kebanyakan entry aku, hasil idea daku sendiri kecuali daku nyatakan sebaliknya. Memang terkilan...:(
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Entry berkisar hati dan perasaan lagi... Seorang wanita hatinya memang sensitif dan cepat tersentuh terutama dengan orang yang tersayang (tapi ada gak kot sebaliknya-takde perasaan barangkali atau mampu berpura-pura takde perasaan?).

Erm... Kalaulah lelaki faham apa yang wanita inginkan, kata hati hati wanita... Ada je yang faham, pura-pura tak faham pun ada, yang tak faham pun wujud. Ni da macam kesinambungan entry Untuk Lelaki: Perkara yang Perempuan Suka...
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan suka lelaki kesayangan mereka text dan call setiap hari. Sebenarnya satu mesej gud morning dan satu mesej gud nite pun memadai dan dah menceriakan hidup perempuan walau sesibuk manapun lelaki kesayangan mereka tu. So take note ye lelaki, tapi jangan la tiap-tiap hari sekadar nak mesej gud morning dan gud nite je... Maksudnya kalau takde masa sangat tu je...Ada faham?
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan akan suka bila lelaki kesayangan mereka beralah ketika bergaduh. Hee gentleman la kan, maksud beralah ni takde la sampai lelaki kesayangan kena ikut semuanya. Ye la kadang-kadang gaduh sebab hal kecik je, so tak salahkan korang selaku lelaki gentleman mengalah... Mengalah bukan bererti kalah...right?
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan sangat suka bila lelaki kesayangan yang mulakan sesuatu. Contoh mulakan perbualan, mula text dulu....Kami pompuan (tak semua kot) rasa sangat sweet bila lelaki yang mulakan sesuatu. Hee so please take note....:)
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan suka ayat yang sweet dan mengambil berat. Setengah lelaki ni kan dia mesej macam nak tak nak je. Sepatah dua je. Oke...xpe la...ye ke... Kalau aku la terus rasa macam tak nak balas mesej camni. Langsung tak peka perasaan orang. Memang la dah jenis orang suka mesej gitu, tapi please la matikan mood je...:(
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Sesetengah perempuan suka lelaki yang mendominasi keadaan. Contoh buat keputusan, nak pergi mana dan sebagainya. Tapi setengah perempuan pulak suka mendominasi lelaki, maksudnya lelaki kena ikut segala kemahuan mereka. Aku suka lelaki yang mendominasi keadaan tetapi dalam masa yang sama pandangan perempuan kena juga amek kira ye. Sebab aku ni dah tahap malas nak buat keputusan sendiri. Dah penat nak berfikir...hahaa boleh gitew?
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan sangat suka lelaki yang hormat perempuan. Dah tu mak ko pun perempuan jugakkan... So bila seorang lelaki hormat perempuan, automatik sepatutnya dia akan hormat kita sebagai perempuan kesayangan dia. Tak gitu? Aha lebih kurang la...
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan amat suka lelaki yang jujur. Yes untuk perkara tertentu, ada yang masih perlu diletakkan sebagai private and confidential-tapi bukan semuakan. Dah cakap sanggup terima seadanya. So fikir-fikirkan lah....
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan memang teramat suka bila lelaki kesayangan peka dengan perubahan perasaan mereka. Rasa comfort, secure je dengan lelaki macam ni. Biasa la perempuan ni perasaannya berubah-ubah, mood berubah. Dah lelaki kan selalu cakap, 'datang bulan pe minah ni'. Dah memang bulan tu teman akrab setiap perempuan normal, so? Ada la lelaki yang cakap, 'dah asyik aku je yang nak faham'. Eh macam la perempuan tak pernah bertoleransi langsung. Kan.... So kata kuncinya sama-samalah peka ye dengan perubahan emosi pasangan masing-masing.
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan diam bukan bererti dia tak sayang, tak rindu. Macam point diatas, perempuan (tak semua) suka lelaki yang mulakan. Kalau lah lelaki faham...tentu lelaki akan hiraukan wanita kesayangan masing-masing...:)

********************


Aku: Entry hati dan perasaan lagi.. Terasa diri tidak difahami..:(

Entry Lain yang Berkaitan:
Untuk Lelaki:Perkara yang perempuan Suka
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hidup setiap insan pasti diuji, ujian tu memang setiap orang pun dapat. Cuma tahap diuji dan ketahanan diri je berbeza-beza. Dah namanya pun manusia yang unik, diciptakan tidak sama setiap orang. Tak faham jugak kalau ada orang yang suka samakan diri dia dengan orang lain.

Eh macam emo lak mukadimah. Erm tak nak emo-emo la...Itukan hak masing-masing. Do I care? Aha teruk budak Aishah ni... Tajuk entrynya tawar hati tapi merapu ke ujian la, emo la.. Haip biasa tu lari topik.

Erm tawar hati? Kenapa nak tawar hati? Tak tawar hati tak boleh ke? Tawar hati kat sapa?

Banyak le pulak persoalan... Meh kita huraikan satu-satu...

Tawar hati ni banyak sebab musababnya.
  • Tawar hati sebab rasa diri tak dihargai. Contoh la kat tempat kerja, kita rasa dah buat sebaik mungkin. Dah cuba yang terbaik la tapi orang sekeliling tak bekerjasama. Bos pulak tak hargai apa kita buat. Lama-lama boleh tawar hati beb. Takde appreciation langsung.... 
  • Tawar hati tak diberi perhatian. Contoh paling bagus dengan si dia la. Buat endah tak endah je, eh wujud lagi ke aku dalam hati dia ni? Ha kan hati dah berkata-kata, setan dah berbisik-bisik. Bila rasa si dia ni macam tak serius je, tawar hati beb.
  • Tawar hati dengan kehidupan. Macam bahaya je bunyinye... Ha ni memang bahaya, sebab silap langkah ada yang sampai bunuh diri atau bahasa omputihnya 'suicide'. Idak la teman sampai nak suicide ni.

Uik cheq, hang tawar hati kat sapa?
  • Tawar hati dengan si dia tersayang, tawar hati dengan family, tawar hati dengan kawan-kawan, tawar hati dengan orang sekeliling. Eh banyaknye calon calon hati ye... 

Tak boleh ke kalau tak tawar hati?
  • Boleh je... Awat plak tak boleh? Tapi biasa la bukan tiap saat pun nak rasa tawar hati. For me tawar hati tu perkasa biasa la. Rencah kehidupan... 
  • Rasa tawar hati tu selagi masih terkawal ianya perkara normal. So what? Hahaa ayat...jangan marah eaa...

Macam mana nak bagi tak tawar hati?
  • Positive thinking of course-fikir positif dan berprasangka yang baik-baik je. Idak la hati tu terasa tawar setawarnya. Kiranya tawar tapi cepat-cepat berperisa la. 
  • Senyum je walaupun kenyataan sangat pahit dan pilu. Ah ada ku kesah? Lebih kurang macam tu la....hepykan diri walaupun sebaliknya. So hati pun InshaAllah takde la tawar sangat nanti.
  • Buat yang terbaik tanpa harapkan pujian/balasan. Tipu la weh at least mesti nak someone appreciate tapi sometime bila di masa dan waktu yang salah terpaksa la set di fikiran, aku tak harapkan apa-apa.
So, tawar hati ke? Tanya hati jawab la sendiri...Sekian.


*******************************************
Aku: Tawar Hati nak balik Perak... Rasa seperti nak bawa diri jauh-jauh je...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sejak tersiar kat media massa Ultraman diharamkan, tu dia kebanyakan news feed semalam semua pasal ultraman je. Glamer kau Ultraman...

Erm apa yang daku faham buku Ultraman yang dicetak dalam versi Bahasa Melayu tu yang diharamkan bukannya total Ultraman. Eh tataw la kot aku yang tersalah faham...

Sebab dikatakan kat dalam buku tu ada perkataan Allah. Nak lebih jelas baca sini la---->http://berita-harian.net/agama-2/punca-utama-komik-ultraman-the-ultra-power-diharamkan/

Aku ni pun dulu membesar dengan cerita Ultraman kot sejak sekolah rendah lagi. Mesti bertapa depan TV nak tengok Ultraman. Dulu Ultraman Taro rasanya.. Eh ye ke? Hee rasanya la... Pastu Power Rangers, Kesatria Baja Hitam... Zaman aku le tuh masa sekolah rendah dulu. Hehee

Dah besar je tak bape minat nak tengok semua tu dah. Tapi kalau anak-anak buah tengok, boleh je join lagi. Aku kan fleksibel...kih3

Aku: Tapi aku rasa tu macam masalah translater kot. Ye la buku tu dari Bahasa Inggeris diterjemah ke Bahasa Melayu. Mungkin ayat dia tak patut macam tu kot... Ada perkataan Allah yang memang sensitif.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Dalam keadaan cuaca yang tidak berapa baik sekarang, kebanyakan masa memang panas dan cuaca berjerebu, macam-macam sakit boleh terkena. Salah satu penyakit yang senang kena ialah ulser di dalam mulut. Hee macam yang aku tengah kena sekarang la.

Ulser kat mulut dan kat lidah. Wuu sakit teramat kot. Nak makan pun siksa amat. Ulser-ulser..

So tips untuk cepatkan ulser sembuh atau baik:

  • Pastikan minum air kosong secukupnya supaya proses penyembuhan ulser tidak terganggu. Ye la dah kalau minum air pun malas je, bila nak baiknya. Kih3 sila jangan contohi aku yang agak malas minum air minggu lepas, terlalu sibuk sebenarnya sampai air pun lupa minum. Sudahnya terkena ulser.
  • Bolehlah beli Bonjela, Anbesol atau krim lain di Farmasi dan letakkan kat tempat yang ada ulser untuk menyejukkan kawasan terkena ulser sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Kepada yang tahan sakit macam aku, rajin-rajin la kumur air garam ye... Hehee memang agak pedih tapi rasa lebih oke dr kumur listerine. Hee kalau yang boleh kumur listerine tu boleh kumur listerine. Ni supaya bakteria dalam mulut takde la bermaharajalela.
  • Make sure kebersihan mulut terjaga sepenuhnya kalau nak cepat sembuh ulser mulut tu cepat. Ha jangan lupa berus gigi dan berkumur setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Nanti bakteria bertapa confirm lambat lak sembuhnya.
  • Gunakan ais batu untuk sembuh ulser cepat. Kemam kat tempat yang ada ulser tu. Selain mengurangkan rasa sakit, dapat kecutkan ulser tu cepat. Aha fakta mana tah aku amek tapi aku buat oke je. Kalau rasa macam sejuk sangat ais batu tu, minum air ais pun oke kot.hehee
  • Jangan jilat tempat ulser dengan lidah...haha tapi yang ni aku sendiri susah nak hindar. Patut ulser aku tak baik-baik lagi kot.. Eh baru sehari dua kena kot takkan nak elok dah..hihi
  • Elakkan makanan pedas dan panas...Elakkan kafein supaya proses sembuh cepat je... Tapi bagi aku lak, makan makanan pedas tu lg cepatkan proses sembuh.. Depends kat orang kot...:)
  • Yang terbaik, jumpalah dengan doktor ye supaya korang mendapat rawatan pakar...
Aku: Bila ulser nak baik ni..huwaaa..:(
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tentang dia...Hurm bukan tajuk lagu ye.. Tapi memang tentang dia..

Tentang Dia...
Latar kami berbeza. Aku cuma gadis kampung biasa yang dah menjadi separa bandar. Masih tercari-cari kebahagiaanku sendiri, masih samar dalam kealpaanku sendiri. Dia...latar agama melatari kehidupannya, walaupun dia manusia biasa tetapi asasnya tentu lebih kukuh dari diriku.

Tentang Dia...
Hati seperti terarah untuk menyayangi dia.. Di saat hati keliru dengan insan-insan sekeliling, dia hadir dalam hidup. Mulanya hati menyamakan dia dengan lelaki-lelaki yang bermulut manis. Ya kata-kata dia, hujah dia selalu terasa seperti dia lelaki bermulut manis.

Tentang Dia...
Semakin lama kenal, terbit perasaan suka. Terasa perasaan sayang mula bercambah. Tapi hati masih berstatus ALERT. Siapalah aku untuk dia. Layakkah aku menjadi 'soulmate'nya.

Tentang Dia..
Terkadang tewas dengan perasaan sendiri. RINDU mula menyapa hati. Hati mula mengambil tahu, mula mengambil berat walaupun kadang-kadang cuba menidakkan kata hati.

Tentang Dia...
Biarlah perasaan sayang, rindu tersebut terus berkembang. Doaku jika dia bukan untukku, luputkan dia dari hidupku. Alihkan perasaan sayang dan rindu tersebut. Kerana ku percaya setiap apa yang berlaku pasti terselit hikmahNya...

Nukilan rasa: Aishah Jahirah
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setelah lama tak bersiaran...ramai yang curang dengan Nuffnang ye. Hehee dengarnya Nuffnang dah tak banyak iklan yang bersiaran kat blog masa awal bulan Januari aritu.

Erm mungkin gak sebab tengok ketiga-tiga yang muncul semua iklan churp-churp je. Patutlah ramai blogger yang dah curang dengan Nuffnang ye. Dan tahun ni dah masuk bulan tiga hanya satu CPUV @ BE yang lekat kat blog aku bila dicek.

Mungkin sebab aku tak aktif sangat kot, tanya usha punya usha blogger yang aktif pun tak dapat CPUV baru sangat. Siap decide curang lagi dengan Nuffnang.

Apa-apa je la...Hee biarlah dulu dengan Nuffnang sebab takde masa pun sangat nak ngadap blog apatah lagi nak bertukar ke advertiser yang lain.

Aku: Kot tergerak hati nak curang, aku bagitaw..hik2

Aku: Tapi Nuffnang macam dah normal je iklan-iklan dia...xde la macam bulan sebelum ni asyik churp-churp punya iklan je.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sungguh tak boleh blah tuan blog ni... Awal bulan dua je berjaya post entry, lepas tu tak jejak blog dah. Hee kesibukan melanda diri camtu la. Aku jenis yang kalau tumpu kat sesuatu, tumpu tu je la. Tapi tengok situasi la jugakkan...

Moga semua sihat dan ceria selalu... Tuan blog je tak berapa ceria. Keja melambak-lambak. Nampak macam boleh selesaikan ikut masa. Tapi bila da buat haip makin bertambah le pulak. Selagi boleh hadap, layan je la.

Tekanan? Cara setiap orang menghadapi tekanan berbeza-berbeza. Dah tu setiap orang pun tak sama kan. Setengah orang refuse untuk pergi kerja sebab tekanan. Setengah orang masih mampu gagahkan diri dan mencuba yang terbaik untuk selesaikan apa yang perlu. Setengah orang pura-pura mampu tapi dalaman dah collapsed.

Mana satu diri kita agaknya? Aku sendiri semua perasaan tu pernah merasa. Tapi selalu tengah-tengah la, masih mampu gagahkan diri untuk cuba buat yang terbaik. Berjaya ke tak, hurm tu lain kira.

Kadang-kadang tak boleh terlalu berkira bila bekerja ni. Bukan kerja kita pun, masih boleh tolong buatkan kalau tahu. Tetapi kalau selalu sangat tak berkira, kerja sendiri terabai, mengamuk juga la bila rasa nak ngamuk tu. Huaha nasib le sape kena...

Kita selalu nampak kesalahan orang je...tapi kadang-kadang salah sendiri kita pun tak sedar. Ingatan untuk diri supaya tidak sesekali memandang remeh dan rendah terhadap kesilapan dan kekurangan orang lain. Peace...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative