Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cara nak hancurkan biji cili / cabai ketika diblender. Petua / tips ni mak cik aku yang kongsikan kat aku. Ni kira memanjangkan ilmu le ni untuk yang belum tahu lagi.

Untuk menghancurkan biji cili yang tak terlepas buang tu, masa blender silalah masukkan sedikit minyak masak. InshaAllah hancur biji cili or cabai tu. So takde la rosak usus orang.. Hahaa mandai je aku ni kan.

Maklumlah aku ni kadang-kadang nak cepat je... So ada la cili or cabai yang bijinya masih tersesat masa nak blender tu. Sakit pulak mata nengoknya. So cepat-cepat le amek minyak masak letak sekali sebelum blend. Lumat dengan biji-biji...

Tapi masa masak kena kurangkan minyak la sebab minyak dah letak dalam cili blend tu. Hehee selamat mencuba.

Untuk yang tumbuk cili or cabai tu sah-sah la korang kena tumbuk sampai lumat dengan biji-biji sekali ye. Tak payah ngada-ngada nak letak minyak dalam lesung batu lak.

 Sekian perkongsian cara hancurkan biji cili.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

merpati dua sejoli
Merpati Dua sejoli....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson

Pernah berkursus di Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Masa Kursus tu dapat hotel yang ada dua bilik. Agak selesa jugalah. Ada juga hotel yang memiliki tiga bilik, tapi dah dapat yang dua bilik. Hee sudah semestinya bilik share le.

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Ruang menonton TV...agak selesa

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Ada meja makan sekali. Pintu yang nampak tu bilik utama

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Kat sini seterika tak disediakan dalam setiap bilik. Kalau korang nak korang kena calling2 service la suh hantar. Dan nak guna tu pun ada tempoh dia bagi. Sejam ke dua jam macam tu la. Tapi kitaorang terbuat harta berjam2..Muahehe.. So bawa seterika sendiri lebih aman kot tak payah nak calling-calling.
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Ni balkoni yang dekat ruang tonton TV tu.
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Agak selesa tempat ni kecuali dari segi kebersihan daku rasa kureng sikit la. Tengok toilet dan dapur pun cukuplah. Singki daku tengok agak tak bersih seperti lama tak guna. Mungkin dia tak peduli sangat kot sebab sape je nak guna singkikan. Toilet pulak kat tepi-tepi toilet tu nampak la selekeh macam dia tak berus betul2. Aku ni bukanlah nak mengada sangat dan bukan juga terlalu pembersih, tapi bagi sebuah hotel daku rasa kureng la tahap dia. Tapi bolehlah nak hidup situ setakat tiga empat hari.. Free pulak tu...muahaha
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Telefon....

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Ruang sebelum masuk ke dalam....

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Dapur.....ada peti ais, jug kettle..

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Dalam bilik.. Ni bukan bilik utama. Ada kipas dan ada aircond. Balkoni pun ada...
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson. Katil bilik utama besar ye... Tak sempat nak snap picture maklumlah amek picture ni pun masa nak balik dah... Huhuu kelam kabut terikat dengan jadual program... Bilik utama ada toilet sendiri. Untuk bilik aku ni toiletnya di luar.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Gantung tak bertali istilah yang diguna pakai untuk sebuah perkahwinan yang mana isteri ditinggalkan oleh suami begitu sahaja tanpa berita atau tanpa penceraian. Lebih kurang begitulah, maaf aku tak begitu arif dengan istilah ni. Kalu salah betulkan.

Nape tiba-tiba nak menulis pasal gantung tak bertali? Sebab ada seorang sahabat yang sedang menuntut haknya di mahkamah. Fakta kes tak berapa jelas kenapa dia tak hidup bersama suaminya. Tetapi aku yakin dia mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Ye la perkara cerai ni bukan perkara suka-suka, main-main.

Perempuan mana yang nak memegang status janda. Cerai hidup pulak tu. Kalau cerai mati ni orang kesian, tapi cerai hidup orang lebih banyak mengata. Hurm realiti hidup macam tu la... Padahal bercerai tu bukan dipinta pun, bukan salah diri pun.

Apa yang kutahu, si suami tidak mahu melepaskan dirinya walaupun dah naik turun mahkamah banyak kali. Kalau aku kat tempat dia, sekuat itukah aku? Nauzubillah minta dijauhkan... Tidak sanggup rasa berfikir....

Apapun alasan si suami, daku rasa eloklah tamatkan segalanya dengan cara yang baik dan bermaruah. Kenapa nak menyiksa hidup seorang perempuan dengan cara begitu-digantung tak bertali.

Kepada yang masih digantung tak bertali tu, selagi selari dengan hukum syarak dan agama, tuntutlah hak masing-masing. Sebab teringat satu kes masa kat kampung dulu. Seorang mak cik ni digantung tak bertali sejak anak-anak masih kecil sampailah anak-anak dah berkeluarga. Hurm kesian rasa... Si suami siap dah berkahwin dan ada anak lain kot.

Aku: Kes-kes macam ni la yang buat orang tak kahwin lagi macam aku ni takut.. Takut ke? Hurm apapun tetap kena hadap, doakan yang baik-baik je...:)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Rendah hati vs rendah diri? Yang mana satu diri kita. Dan yang mana satu yang lebih penting. Ni hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Rendah hati tu penting, tanpa perasaan rendah hati dalam diri manusia, gamaknya semua manusia akan tinggi diri, bersifat riak dan takbur.

Rendah diri pun penting tapi bab rendah diri ni bahaya sikit. Kena tengok keadaan, sebab kalau terlalu merendah diri, nanti akan ada yang membuli. Akan ada yang mengambil kesempat, Akan ada yang pijak kita. Semestinya tak seronok macam tu.

Selalunya manusia yang rendah hati ni orang akan hormat orang tersebut dan segan dengan orang tersebut. Tapi ye la tak semua orang jugak akan hormat. Maklum manusia ni macam-macam spesies, 1001 macam ragam.

Rendah diri perlu kena pada tempatnya. Ada situasi kita perlu merendah diri dan ada situasi kita perlu tak terlalu merendah diri. Tapi jangan biarkan perasaan ego dan tinggi diri menguasi diri sebab orang akan sakit hati dengan kita.

So kesimpulannya rendah diri dan rendah hati dua-dua kena ada dalam diri setiap individu.. Tapi semua terpulang la kat masing-masing. Ni cuma personal opinion je.. peace..

Aku: Kadang-kadang terlalu merendah diri, tapi dah terbiasa begitu. Hurm moga Allah SWT melindungi diri dengan perasaan tersebut.

Kepada yang Masih BELUM BERPUNYA:
Pesanan Kepada Cinta-Percintaan bukanlah semudah yang difikirkan. Kadang-kadang, semakin kita mengejar cinta, semakin cinta itu menjauhi kita kecuali cinta kepada Ilahi. Jika cinta itu milik kita, insyaallah ia akan datang kepada kita tanpa diduga. Cinta boleh menjadi perkara yang paling membahagiakan dalam hidup kita tetapi cinta juga boleh menjadi perkara yang paling menyakitkan dalam hidup. Cinta amat bermakna sekiranya kita memberikannya kepada orang yang betul2 berhak mendapatnya dan tahu menghargainya. Jadi tak salah kalau korang ambil sedikit masa memilih yang terbaik untuk diri korang sendiri.

Pesanan Kepada Cinta-Percintaan itu macam si rama-rama. Semakin kita kejar, semakin ia menghindari kita. Tapi kalau dibiarkan terbang, ia akan datang kepada kita tanpa dijangka. Cinta boleh membahagiakan tetapi kebiasaannya ianya menyakitkan dan cinta yang paling bermakna ialah apabila kita memberikannya kepada orang yang betul-betul tahu menghargai. Jadi tak salah mengambil sedikit masa untuk memilih yang terbaik. Berhak memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

Kepada yang dah TAK SINGLE:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta bukan menjadi orang lain supaya kita nampak sempurna di mata si dia. Tetapi cinta adalah mencari seseorang yang boleh menjadikan diri kita seorang yang hebat tanpa mengubah diri kita yang sebenar. Tak payah berubah menjadi seorang yang pelik demi cinta.

Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL:
Pesanan Kepada Cinta-Kalau tak serius, jangan ucapkan perkataan sayang. Kalau memang niat di hati nak melukakan hati orang, jangan bercakap mengenai perasaan dan jangan sentuh soal kehidupan. Jangan memandang ke dalam matanya jika apa yang kita cakap tak betul dan tak ikhlas. Perkara paling kejam seorang manusia buat ialah membiarkan seseorang  jatuh cinta tetapi dia tidak berniat untuk serius dan bertanggungjawab untuk cinta tersebut. Sekali korang buat kat orang, mungkin berkali-kali orang akan buat balik kat korang. Beware...

Kepada yang sudah BERKAHWIN:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta itu saling memaafkan, saling memerlukan , saling memahami, saling berkorban. Cinta itu bukan saling menyalahkan, bukan saling mempersoalkan, bukan saling memdendami, bukan saling mementingkan diri. Cinta saling melengkapi, tak salah berhijrah menjadi yang terbaik untuk kesejahteraan bersama.

Kepada yang sudah BERTUNANG:
Pesanan Kepada Cinta-Tempoh masa kita bersama si dia bukanlah pengukur kepada keserasian bersama tetapi bagaimana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tunang pun boleh putus....

Kepada yang sedang PATAH HATI:
Pesanan Kepada Cinta-Kekecewaan akan berakhir apabila kita merelakan dengan sepenuh hati perpisahan yang terjadi. Kita sepatutnya bukan belajar untuk terus hidup dengan kekecewaan tetapi belajar bangkit dari kekecewaan dan menjadikannya sebagai pengalaman hidup. Ingat...cinta itu universal.

Kepada yang NAIF:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta boleh menjadi indah dan boleh menjadi sebaliknya. Bagaimana untuk jatuh cinta: Jatuh tetapi jangan tersadung, berterusan tetapi tidak terlalu mengharap, berkongsi dan jangan sesekali berlaku tidak adil, memahami dan tidak memaksa, dan dilukai tetapi tidak pernah menyimpan segala kesakitan. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu terluka bila patah hati.

Kepada yang INGIN MEMILIKI:
Pesanan Kepada Cinta-Amat terluka melihat seseorang yang kita cintai bahagia dengan orang lain tetapi lebih melukakan jika mengetahui orang yang kita cintai tidak bahagia bersama kita. Fikir-fikirkanlah...

Kepada yang TAKUT MENGAKUI:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta menyakitkan apabila kita memutuskan cinta dengan si dia. Cinta lebih menyakitkan apabila si dia yang memutuskan cinta dengan kita. Cinta teramat menyakitkan apabila orang yang kita cintai tidak mengetahui bahawa kita cintakannya. So kalau sukakan someone ngaku jelah walaupun dia menolak cinta kita.

Pesanan Cinta:
Pesanan Kepada Cinta-Memang amat menyedihkan apabila kita bertemu dan jatuh cinta dengan seseorang dalam tempoh yang lama sehingga bertahun-tahun tetapi pada penghujungnya kita dan dia tidak berjodoh. Ya bertahun-tahun masa telah dibazirkan dengan orang yang salah. Tapi jangan dikesali kerana pasti ada hikmah tersembunyi disebaliknya. Redha dan lepaskan cinta itu dengan hati yang tenang... InsyaAllah ada jodoh yang lebih baik untuk kita.

Nukilan Cinta: AishahJahirah
*********************
Aku: Mencari cinta yang HALAL

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kitab-kitab yang diturunkan kepada Rasul....

Taurad
Nabi Musa a.s

Zabur
Nabi Daud a.s

Injil
Nabi Isa a.s

al-Quran
Nabi Muhammad s.a.w

p/s: Salam Jumaat untuk semua...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tak payah cerita pasal benda lain, tapi dua benda ni memang keperluan kita semua sekarang. Jangan nafikan pulak...

1. Komputer @ Laptop
Kalau dulu ada komputer @ laptop sendiri merupakan kehendak. Kalau tak ada pun xpe, kalau ada memang cukup bertuahlah. Tapi sekarang memiliki komputer @ laptop sendiri adalah keperluan.

2. Sambungan Internet
Tak payah nak sangkalkan internet bukan lagi kehendak tetapi keperluan. Mana taknye nak berhubung dengan kawan-kawan, family, buah ati - boleh chat, boleh webcam, e-mail. Nak bayar bil pun sekarang online je. Bank-bank dah ada perbankan internet. Nak mintak keje pun dah online sekarang. Panjang kata macam-macam nak cite, pendek kata semua dihujung jari. Klik-klik siap.

Nak berblog pun dua benda ni perlu ada. Tak ada dua benda ni tak update la blog jawabnya. Tak BW la jawabnya.

So kalau dulu kehendak sekarang dah jadi keperluan...takde macam tak lengkap je hidup.... Tapi terpulang kat orang jugak la...Tak semua kot macam tu.. Heheh
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Lokasi: Pantai Telok Kemang, Port Dickson.
Lagu Tema  Cinta Pandang Ke 2-Aku Cinta-Affan Aizat
Lirik Lagu 
Aku Cinta-Affan Aizat

Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku

Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu

Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu

Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti

Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti

Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu

Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu


******************
Lagu Tema  Cinta Pandang Ke 2-Kedua Kali-Anis Syazwani
Lirik Lagu Kedua Kali-Anis Syazwani

Dikala ku rindu bayangmu
Setiap malam ku igaukan kamu
Hadirnya rasa nan indah buatmu

Jika kau bukan untukku
Hati kecikku bagai tak setuju
Rebah jiwaku melihat sikapmu

Lantas ku teruskan hidup
Lenyapkan semua keresah
Mencari bahagia erti tanpa mu

Ku pendam duka
Kerananya bisa bagai menghempas jiwa
Kini kau hadir kembali
Bertakhta kedua kali

Cintamu kini menawanku
Terhapus jua dendam buatmu
Tali arahku disini
Seperti pertama kali

Ku pendam duka
Kernanya

Ku pendam duka
Kernanya bisa bagai menghempas jiwa
Kini kau hadir kembali
Bertakhta kedua kali

Bertakhta kedua kali...
Kedua kali

*****************
Suka dengar lagu Aku Cinta-Affan Aizat.. mood in love...muahaha

Macam biasa, kalau nak Lagu Tema  Cinta Pandang Ke 2-Aku Cinta-Affan Aizat dan  Kali-Anis Syazwani full version dalam format MP3 korang boleh convert je dari Youtube. Google je Youtube converter MP3. Pastu pilih mana berkenan, masukkan link,convert, download. Heee setel.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang semua kalau jatuh sakit camne? Maksudnya mengerang kesakitan ke, dok diam ke or mulut bising ke? Sesetengah orang kalau sakit mulut dia mengerang macam dah nak habis nyawa je. Hehee tu style masing2 le kot.

Ada orang jenis penyenyap suka menyepikan diri, ada orang selesa berkongsi dengan orang lain, ada orang sengaja nak mengada2 walaupun sakit tak seberapa, ada orang jenis tahan sakit, ada orang jenis yang memang tak tahan sakit. Ye la setiap manusia tu berbeza2 dari segala segi. Itulah uniknya ciptaan Allah S.W.T.

Tak semua orang selesa berkongsi mengenai penyakit mereka dengan orang lain. Tak semua orang mampu bercerita mengenai penyakit mereka dengan orang lain. Kadang2 mereka yang sakit ni mampu hidup secara normal seolah2 mereka tidak berpenyakit.

Tak nampak macam sakit pun ada, kadang2 lebih cergas dan cerdas daripada manusia yang sihat walafiat. Kalau aku pun, aku nak hidup macam manusia yang tak sakit. Tak ada apa2 keistimewaan yang diberikan, tapi diri sendiri je yang tahu bahawa aku sebenarnya kuat sebab aku mampu hidup seperti mereka yang sihat.

Walaupun orang akan bercakap2 prestasi budak ni makin menurun, lembap semacam je dan macam2 lagi. Diaorang tak tahu disebalik tu sebenarnya kita telah melakukan yang terbaik dan kadang2 lebih hebat dari mereka.

So kesimpulannya kalau orang yang segar bugar tu cakap dia tak sihat or berpenyakit janganlah tak nak percaya lak. Tapi berhati2 gak sebab ramai penipu sekarang ni. Kalau yang menipu tu, sakit betul2 baru kome tahu.

*******************************************
Aku: Kadang-kadang apa yang kita nampak dan fikir tu tak seperti tu sebenarnya... Mungkin kena nilai dengan mata hati. Bila terkena kat diri atau keluarga baru terasa, tapi ada jugak yang tak terasa. Oh manusia...
Lagu Tema Ariana Rose- Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah
Lirik Lagu  Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih 

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

******************************
Kalau nak Lagu Tema Ariana Rose- Di Pintu Syurga-Dayang Nurfaizah full version dalam format MP3 korang boleh convert je dari Youtube sebab sedia ada MP3 tak full. Daku pun main convert. Google je Youtube converter MP3. Pastu pilih mana berkenan, masukkan link,convert, download. Heee setel.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seorang lelaki mempunyai seekor anjing dan dia sangat menyayangi anjing tersebut. Setiap hari dia akan membelai dan bercakap dengan anjing belaannya. Dia juga akan berkongsi makanan dengan anjing tersebut.

Lelaki tersebut juga ada memelihara seorang keldai. Dan setiap hari keldai tersebut melihat kemesraan lelaki tersebut bersama anjing.

"Kenapa aku tak pernah dibelai seperti anjing tersebut?" bisik si keldai kepada dirinya.

"Memang tak adil. Aku bekerja keras untuk tuan aku sedangkan anjing tersebut tak buat apapun, hanya bermanja, duduk di riba, goyang2 ekor. Memang tak adil," berkata-kata lagi hati kecil si keldai.

Keldai bercakap kepada dirinya," Kalaulah aku buat benda yang sama seperti anjing buat, mungkin tuan aku akan belai aku."

Maka berlarianlah si keldai ke dalam rumah. Keldai menggoyang-goyangkan ekornya, cuba melompat ke atas riba tuannya seperti apa yang anjing lakukan.

Lelaki tersebut sangat terkejut dan terfikir keldainya dah naik gila. Dia menjerit meminta pertolongan.

Sekumpulan lelaki berlari mendapatkan tuan keldai dengan membawa kayu lalu memukul keldai sehingga keldai berlari keluar dari rumah. Mereka membawa keldai ke ladang.

"Aku hanya buat apa yang anjing buat,"keldai berkata dengan nada sedih. "Mereka memukul aku dengan kayu dan bukan membelai aku, memang tak adil."

Moral: Jadilah diri anda, jangan samakan diri anda dan keupayaan anda dengan orang lain.

*******************************************
Lama tak tulis cerita macam ni...hehee seronoknya dapat menulis...
Cinta Perlukan Masa...

Cinta...kamu ucapkan perasaan cinta
Tetapi sejauh mana kebenarannya?
Kita baru bertemu
Cinta perlukan masa untuk bercambah
Ia bukan perkara remeh

Cinta,kau ucap cinta padaku
Benarkah ucapan itu?
Kita baru bersua
Cinta perlukan masa
Bukan tiba-tiba
Kau sendiri mungkin tak maksudkannya

Cinta perlukan masa
Ia terbina atas kepercayaan, kesabaran, kesefahaman dan kasih sayang
Kau dan aku tidak lagi begitu
Aku pernah mencintai sebelum ini

Cinta sebenar, tanpa syarat
Cinta yang takkan terpadam
Mungkin kau merasainya..
Mungkin aku merasainya...

Biarlah masa yang menentukan...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Susah ke nak jadi baik? Hurm selalu akan tersebut ayat ni...susahnya nak jadi baik. Tapi kan orang cakap apa yang kita sebut tu boleh menjadi satu doa. Dah hari-hari sebut susahnya nak jadi baik, tak jadi baik le.

Dan kadang-kadang aku pun automatik sebut ayat macam gitu. "Susahnya nak jadi baik".

Bila difikirkan semula, nak jadi sebaliknya pun susah jugak kot. Susahnya nak jadi tak baik. Nak jadi jahat pun take time kot.

So antara nak jadi baik dan jahat, eloklah prefer menjadi baik. Tak gitu?

Tetiba cakap pasal susahnya nak jadi baik ni, dah kenapa cik Aishah ni ye. Sebab terasa diri tak berapa baik. Tapi tak juga berubah untuk menjadi baik. Macam mana tu?

Biarlah hanya diri dan Dia yang tahu apa yang berlaku, tetapi haruslah dalam hati sangat nak berubah menjadi lebih baik. Susah ke nak jadi baik? Subjektif kot sebab masing-masing punya pandangan tersendiri.

Bagi aku tak susah tetapi kena istiqamah dan disiplin diri yang tinggi. Tu pun lemah jugak tu... Erm takpe teruskan mencuba dan berusaha.

Jangan susah nak jadi baik...peace no war...
me...2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

2013 sudah lama melabuhkan tirai.. Nak throwback semula sepanjang 2013 secara kasar je. Hee untuk kenangan sendiri.

2013 masih berulang alik dari Selangor ke Kuala Lumpur. Ye dok kat Selangor tapi bekerja kat Kuala Lumpur. Tiap-tiap hari kejar thumb print dan punch kad. Pernah minta dengan big bos masuk pukul 8.00 pagi tapi tak dibenarkan. Cukup tiga kali minta, tetap tak bagi takpe la. Bukan semua orang faham kita pun.

2014 pun masih berulang alik. Tapi Alhamdulillah dapat masuk pukul 8 pagi, so takde la terkejar sangat. Thanks bos baru sebab benarkan dan thanks kepada 2nd big bos dan ketua atasan yang menyokong. Alhamdulillah syukur sangat.

Untuk pertama kali 2013 daku terlanggar palang masa kat tol. Hee mungkin kena wat satu entry khas kot pasal story langgar palang tol tu. Erm mujur cermin kereta ada insurans untuk cover.

Dan untuk pertama kali aku terperangkap dalam lif pejabat hampir dua jam lamanya-2013. Siap bomba datang lagi. Thanks incik-incik bomba. Maintenance lif yang bukakan akhirnya sebab kalau pintu lif dipecahkan mahu 10k kena ganti. Tak tahu la antara nyawa dan harta macam nyawa jatuh ke tempat ke 2 je dah. Mujur takde apa yang berlaku cuma pening2 lalat je.

Sibuk dengan urusan kerja yang tak sudah, persaraan bos lama yang sampai sekarang tak selesai serah tugasnya. Kalau la aku mengadap blog, takutnya terluah semua kat sini. So lebih eloklah urusan kerja menjadi private and confidential. Biarlah semua terbuku kat hati walaupun kadang-kadang tak sanggup nak simpan.

Jodoh...masih memberi ruang kepada diri. Sedang berkawan dengan seseorang. Moga ada jodoh antara kami. Kadang-kadang terasa diri tidak layak untuk dia, tapi bila difikirkan semua orang pun sama je. Tapi dugaan pun kuat, disaat rasa diri disayangi si dia, tiba-tiba muncul orang lain yang selama ini mendiamkan diri cuba mencuri perhatian. Tapi hati memang lebih kepada si dia.

Sebab aku percaya kadang2 jodoh boleh datang dalam keadaan yang tak terjangka. Semuanya tak mustahil dengan izinNya... Doakan kami berjodoh dengan ikatan yang sah....

Apapun Selamat Tinggal 2013 yang penuh dengan suka dan duka. 2014 semoga semuanya lebih tersusun dan teratur. Semoga dipermudahkanNya segalanya pada 2014 ni..inshaAllah...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri. Aku ni dari sekolah sampai masuk U tahu bawak basikal je. Rumah aku ada basikal je pun. First time belajar bawak motor dengan adik sepupu aku. Dia la terangkan camne nak tukar gear, press minyak jangan mengejut, brek camne. Aku zero pasal motor. Yang reti bonceng je. Sehari tu je belajar sebab masa tu cuti semester saje je la lepak-lepak dengan dia.

Lepas pada tu aku memang tak penah bawak motor, bonceng macam selalu je tahu. Dah setahun lebih tiba-tiba terbuka hati nak amek lesen masa last year study.

Dah le masa ceramah KPP, ada motor yang tersangkut kat jaring, ada yang terpress minyak bukannya brek masa latihan. Waa kecut kau....

Tapi aku segan nak ngaku aku tataw apa, nanti aku dilayan special pulak. So masa latihan bawa motor tu, aku tengok dulu budak-budak lain bawak motor, kemudian aku try. Budak-budak tu pun rajin ajar aku. Cuma masa kat selekoh mula-mula tu memang kaki automatik jatuh sebab rasa tak secure. Hehee ada la jugak terlanggar kon masa zig zag tu. Brek pun brek bodoh2 je dulu. Titi pun aku tak naik. Cikgu yang pantau dah tengok semacam aku buat dek je..

Hari kedua latihan alhamdulillah dah bertambah baik kawalan aku, berani dah naik titi. Wah terer jugak aku tak jatuh pun masa kat titi tu. Tapi kat selekoh still kena control supaya kaki tak jatuh, ye la kalau jatuh time JPJ test GSM kot kan. GSM=Gagal Serta Merta. Dah buat latihan tangan tu. Malu tapi kena gak buat.

Tapi masih fail buat double stand. Motor tu berat. Jenuh cikgu tu menurun ilmu kat aku dengan budak-budak lain. Owh ada cara rupanya nak buat double stand tu. Tapi masih terkulat-kulat jugak budak-budak perempuan yang berbadan kecik termasuklah aku. Rasa macam nak biar je motor tu jatuh,eh tongkat satu dah la kot.

Masa latihan semua jenis motor aku try. Aku suka motor lama kot sebab masa titi kan kena lebih 7 saat, kalau tak fail. Motor aku tak suka honda wave sebab terlalu smooth masa kat titi, nanti tak sampai 7 saat meniti. Lagi sebijik motor suzuki lama yang berat amat, sebab aku tak lepas-lepas nak buat double stand. Memang aku surrender dengan motor tu.

Aku memang pulun habis-habisan masa latihan tu belajar bawa motor. Di samping tu, dengan Lesen L yang ada, confidentkan diri bawa motor kawan aku. Bawa dalam kawasan taman je pun.hehee.

Masa tu pulak terpaksa merempit dari Perlis ke Kedah kerana urusan penting. Nak sewa teksi mahal. Naik bas pulak tataw hala mana. Motor la pilihan yang save kos. First time bawak atas jalan raya yang banyak kenderaan, cuak jugak. Kereta, lori, motor lain semua laju-laju je bawak. Cuak-cuak pun kena teruskan niat. Siap kena tahan dengan JPJ lagi. Huhuu

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali  perjalanan aku masa tu. Niat fi sabilillah, pergi kerana urusan belajar, Allah mudahkan walaupun masa balik hujan. Nak nangis rasa, bawak motor dalam hujan first time pulak tu.

Masa JPJ test, Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya. Aku dapat motor yang aku tak suka, si wave. Tapi lebih daripada 11 saat masa titian aku. Siap budak-budak tu tanya, apasal akak meniti lama sangat. Kih3 adik-adik akak cuak le. Oke tu jawapan aku dalam hati je. Jawapan kat diaorang, akak risau takut kurang 7 saat, wave tu smooth sangat. So total up semua horey LULUS dua-dua bahagian.

Tapi masa tu aku hold dulu lesen P untuk motor sebab nak sekalikan dengan kereta. Kereta sadis sket sebab fail dua-dua bahagian time tu masa first time. Sadis kan..huhuu

Tu la pengalaman JPJ Test Motor. Korang pun mesti ada pengalaman sendirikan?share la....

Aku: Last bawak motor tahun 2009, agak-agak berani dan reti tak lagi aku nak bawa motor ye. Hehee kat sini takde motor nak cuba bawa. Kesian lesen motor, hahaa...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Alasan kenapa Kawan lebih baik dari pasangan:

  • Tak perlu call setiap hari, setiap saat.
  • Tak payah nak ingat anniversary dan sewaktu dengannya.
  • Kawan baik takkan kisah penampilan kita, kecantikan kita dan seumpamanya.
  • Tak payah susah-susah nak cemburu bila kawan baik ada teman istimewa.
  • Tak payah nak sakit hati lebih-lebih kalau kita tak dipedulikan.
  • Selebihnya fikir-fikirkanlah sendiri.

************************
Aku: Kalau sudah mempunyai hubungan sah disisi Agama, tak wajarlah nak guna point kat atas. Konsep saling melengkapi dan menerima seadanya serta berubah demi kebaikan patut sama-sama amalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative