Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
http://www.pinterest.com/
Macam mana nak tahu seorang lelaki serius menjadikan kita sebagai suri hidupnya? Nak tahu lelaki serius dalam perhubungan. Maklumlah manusia ni pelbagai ragam dan perangainya dan tak sama anatara setiap orang. Phew topik agak berat ni ye... Well bila tahap curious dah tinggi gitu la jadinya..

Tak Putus Asa
Kalau serius suka dan berniat nak jadikan teman sehidup semati, mestilah si dia takkan berputus asa mendekati kita. Penolakan awal takkan dijadikan alasan untuk tidak terus mencuba untuk memiliki hatinya. Nampaklah usaha di situ dan tahap keseriusan si dia. Ni tidak, sekali cuba pastu senyap je... Pastu sekali sekala kontek...senyap... Boleh dianggap sebagai tak serius begitu.

Mendekati Keluarga
Kalau serius mestilah next step nak kenal dengan family kita. Berbincang untuk mengenali lebih rapat family perempuan. So nampaklah hala tuju hubungan tersebut ke arah yang lebih serius dan bukan sekadar bercinta sahaja. Ni da macam merisiklah.

Terima Seadanya
Terima seadanya diri kita dan keluarga kita. Bukan semua orang dan keluarga dia boleh terima kita dan keluarga kita. Sebagai contoh keluarga dia mungkin tak suka keluarga yang ada sejarah kahwin lebih daripada satu. So ni depend gak kat si dia, kalau dia bijak tackle family dia dan serius, InshaAllah family dia akan terima juga. Kalau tak, baiklah tak payah nak serius lebih-lebih.

Meminang dan Kahwin
Dah suka sama suka, so next step masuklah meminang segera... Umur makin berkurang dan bukannya makin bertambah... Jangan sia-siakan hidup orang tersayang kita. Halalkan hubungan dengan pekahwinan.

Point di atas bolehlah dijadikan sebagai penanda aras je, sebab setiap manusia tu tak sama tindakan dan pemikirannya. Nak tahu lelaki serius ke tak dalam hubungan tanya dia sendiri, nilaikan dengan mata hati, minta pendapat orang sekeliling. Buatlah keputusan yang bijak.

Paling utama...doa banyak-banyak, buat istikharah minta petunjuk dari Dia yang Satu. Moga dapat membantu sedikit sebanyak... 

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative