Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kenapa susah payah nak buat surat ikatan amanah? Kan lebih senang kalau terus pindah milik segala hartanah kepada yang hendak diberi?

Bagi aku yang memilih surat ikatan amanah dalam urusan hartanah, ada sebab-sebab tersendiri yang orang cakap win-win situation. Di mana pihak yang memberi dan menerima dua-dua takkan rugi untuk jangka masa panjang jika berlaku sesuatu yang tak dapat dijangka. Dalam kes aku:


  • Manalah kita tahu ajal maut kitakan. Katakan aku mati dulu daripada mak aku yang memberi tanah, tanah tu kalau ikut hukum Islam dibahagi kepada waris-waris lain. So untuk secured, bila buat ikatan amanah, kalau aku mati sebelum mak aku, maka akan terbatallah ikatan amanah tersebut dan hak milik kekal menjadi hak mak aku.

  • Kalaulah tiba-tiba aku jadi jahat (nauzubillah minta dijauhkan)... Sebagai contoh mana la tahu aku berniat jual tanah yang dah dipindah milik kepada aku tu. Kesian mak aku, tak pasal hilang tanah sebab anak. So bila buat ikatan amanah selagi mak aku hidup, hak jual tanah hak mutlak mak aku.

  • Segala apa yang kita nak syaratkan boleh dimasukkan dalam surat ikatan amanah tu nanti mengikut keperluan kitalah. 

Mungkin nampak macam renyah dan rumit tapi untuk win-win situation bagi aku ikatan amanah adalah yang terbaik. Tu sebab kenapa aku pilih untuk buat surat Ikatan Amanah... Maklumlah ke depan hari kita tak tahu apa akan dan boleh berlaku.

So terpulanglah kepada diri nak memilih untuk terus pindah milik atau menerusi Surat Ikatan Amanah....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative