Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

sources:http://www.pinterest.com/

Berada di kalangan rakan-rakan sekerja di tempat kerja baru...bukanlah semudah yang ditafsir dan bukan juga sesukar mana.... Kena pandai bawa diri sebab kita tak kenal siapa kawan dan 'kawan'.

Berkawan je dengan semua orang dan jangan memilih kawan... Apa sahaja cerita buruk berkenaan rakan yang diceritakan oleh rakan lain dengar dan cuba nilaikan kebenarannya. Selagi boleh hadap, hadap je.

Disebabkan spesies yang tak pandai nak negatif kat orang sangat, kadang-kadang orang sekeliling kita yang lebih sedar kalau ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kelurusan kita.

Tapi masih tetap positif, selagi mampu bertahan dan boleh hadap layankan aje. Manusia boleh berubah dan setiap manusia tu tak sama. Kawan pun macam tu pelbagai jenis peel kawan dalam dunia ni.

Asalkan tak beri kemudaratan pada diri, kawan la selagi masih sudi berkawan.

Cakap belakang? Maaf aku bukan orang sebegitu. Lebih baik diam dari bercakap yang bukan-bukan. Nilaikan sendiri dengan mata hati kita.

Menyampaikan keburukan kawan... Pun sama, sebab bagi aku buat apa nak putuskan silaturrahim sesama kita berpunca daripada mulut kita yang suka menyampai-nyampai cerita. Kecuali sesuatu yang betul-betul perlu dan penting untuk disampaikan.

Tapi aku pun manusia biasa...terkadang mulut terlanjur berkata-kata, tangan laju menaip perkataan....

Ya Allah tetapkan hatiku supaya tidak membuka aib diri, aib kawan-kawan ku.... Jagakan lidahku, gerak tubuhku agar tidak menyakiti manusia lain. Berikan daku ketabahan untuk menghadapi segala tohmahan. Jauhkanku daripada riak dan takbur. Lindungi diriku daripada segala fitnah dan niat tidak baik manusia lain.

Kawan tetap kawan... Sebaiknya jangan dijadikan lawan... Api kalau dicurah petrol tak ke lagi berapi? So selagi masih dan boleh bersabar... sabarlah duhai hati... Kawan manusia yang pelbagai ragam... Diri sendiri pun sama.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative