Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
sources:http://www.pinterest.com/

Kerana Aku Seorang Perempuan...
Walau nampak seperti seorang gadis yang ceria dan happy go lucky, disebaliknya terselit kedukaan yang tidak terluah dek hati. Biarlah segalanya tersimpan jauh disudut hati, sampai masa maka sang pinatubo pasti meletus jua nanti. Kedukaan itu kadang-kala menjadikan perempuan seorang yang lebih tabah dan kuat diri. Kedukaan itu menjadikan diri matang menempuhi hidup ini.

Kerana Aku Seorang Perempuan...
Sayang dan Rindu yang bercambah dihati terpaksa dibiarkan layu mati. Walaupun istilah perigi mencari timba sudah menjadi kebiasaan, namun bagi gadis separa moden seperti aku perasaan segan dan malu mengatasi segalanya. Siapalah diriku untuk memulakan sesuatu yang tiada kepastian yang pasti? Bercakap dan menasihati orang lebih mudah mungkin....

Kerana Aku Seorang Perempuan...
Memuaskan hati semua orang bukanlah semudah yang dijangkakan, namun kucuba juga sedaya upaya supaya tiada hati yang terkesan dengan diriku. Penatnya menjaga hati orang sedangkan hati sendiri hancur luluh tiada yang perasan.

Kerana Aku Seorang Perempuan...
Masih menanti pemilik tulang rusuk... Yang mampu membetulkan hatiku yang bengkok, menjadi imam kepada diriku. Walaupun sindiran sinis mula kedengaran betapa memilihnya empunya hati. Diri yakin kalau sudah tersurat jodoh dengan 'seseorang' maka akan berakhirlah dengan ikatan yang sah. Jika sebaliknya mungkin tersimpan hikmah yang hanya Dia lebih mengetahui.

Kerana Aku Seorang Perempuan...
Perasaanku sukar dimengerti, perbuatanku sering disalah erti, percakapanku seperti tiada erti. Terkadang ku tidak dipeduli, wujudku bagaikan fantasi.

Kerana Aku Seorang Perempuan...
Aku terus tabah dan kuat. Biarlah apapun yang terjadi, aku cuba menjadi seorang perempuan yang tabah dan kuat semampu diriku. Biarlah dimata orang aku lemah, tetapi diri sendiri tahu dan faham apa yang telah aku tempuhi.

Semuanya Kerana Aku Seorang Perempuan...

Aku: Sekadar Nukilan hati, tiada kaitan dengan yang hidup atau telah mati, waima tuan blog sekali pun...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative