Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
sources:http://www.pinterest.com/
Topik hari ni jodoh pilihan keluarga. Wah dah macam semanis kurma pulak dah ye... Hehee ini versi kepala otak aku sendiri. Di zaman moden serba canggih ni jangan ingat dah takde jodoh pilihan keluarga. Masih ada lagi dan masih wujud. Tu semua terpulang kepada individu tu sendiri sama ada jodoh tersebut dicari sendiri atau keluarga yang tolong carikan.

Setiap apa yang berlaku pasti terselit hikmah, kalau di zaman dahulu kala jodoh pilihan keluarga ni lebih kepada kau nak ke tak nak ke, tetap kena kahwin gak. Diktator keluarga dalam membuat keputusan jodoh anak mereka. Dah macam satu paksaan. Paksa rela kot istilah yang lebih tepat. Selalu berlaku pada si gadis sunti la. Kalau orang masuk meminang, mak ayah suka maka itulah jodoh gadis tersebut. Tak semua macam tu tapi kebanyakan orang zaman dulu-dulu gitu la.

Tak pun keluarga dua-dua belah pihak memang nak berbesan, diaturkan perkahwinan untuk menyatukan anak-anak mereka. Nak merapatkan ukhwah katanya. Betul la tu... Ada yang tak nak orang luar mewarisi harta, so kahwin pun di kalangan saudara jugak.

Erm ada yang bahagia kekal sampai ke anak cucu. Ada la juga yang cerai berai tiada persefahaman. Hurm semua tu sebenarnya jodoh. Dah tersurat sampai setakat tu jodoh si polan dengan si polan. So masih nak salahkan jodoh pilihan keluarga ke?

Zaman dah berubah, soal jodoh pandai-pandailah cari sendiri. Tetapi kalau nak diikutkan mencari pasangan untuk anak tanggungjawab mak ayah gak. Just my humble opinion la... Bila sampai masa yang sepatutnya tapi anak-anak belum bertemu jodoh mereka, keluarga mesti risaukan. So tak salah jadi orang tengah untuk mencari jodoh terbaik untuk anak-anak.

So mana satu pilihan korang? Jodoh pilihan keluarga atau sendiri? Perlu tengok situasi jugak bagi aku. Kalau dah ada pilihan sendiri boleh la proceed ke next step. Tapi bila pilihan sendiri tak memberi apa-apa kepastian, tak salah pertimbangkan pilihan keluarga.

Aku: Proses Taaruf tak berjalan lancar. Takpe mungkin ada hikmah...mungkin dia bukan yang terbaik seperti yang didoakan oleh seorang ibu untuk anaknya.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative