Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
sources:http://media-cache-ak0.pinimg.com/236x/99/35/5d/99355d76734fb6172811458497da4b65.jpg

Setiap negara punya undang-undang sendiri di jalan raya, Malaysia  pun punya undang-undang sendiri. Tetapi masih ramai yang kurang ajaran bila di jalan raya. Ntah la nak salah siapapun tak tahu la.... Sebab kadang-kadang terasa diri pun kurang ajar juga bila di jalan raya (tapi aku ni skema je selalu). Heee attitude, situasi mungkin...

Tetapi secara logik akalnya, jika seorang pemandu ingin menukar lorong, seharusnya memberi signal supaya niat suci murni ingin bertukar lorong dapat dikesan oleh pemandu lain. Tak gitu? Dalam undang-undang pun ada, cuma pada pandangan peribadi aku, tak ditekankan sangat. Setakat belajar dan ambil lesen, pastu ikut kepala otak sendiri masa memandu.

Kalau dah salah lorong, ingin bertukar ke lorong yang betul, bagilah signal elok-elok. Ni bagi tayar je seolah-olah bawa kereta 'makan jalan'. Mana orang tahu niat tersebut wahai manusia oi. Dan mengikut hukum logik akal dan alam, kau dah salah lorong, kalau orang tak bagi jalan jangan nak melulu-lulu terjah himpit orang jugak. InshaAllah akan ada yang baik hati bagi laluan kat kau nanti, tu pun kalau kau signal beria-ria. Kalau tak dapat hon kena maki ada la.

Jangan nak bersikap cerdik sombong sangat dengan tak bagi signalnya, himpit orangnya. Tolonglah bersopan sikit dan hormat pemandu lain. Dah sah-sah kau yang salah lorong pun. Erm ke buat-buat salah sebab tak nak q barisan panjang sangat? Hanya diri kau sendiri yang tahu pun.

I know ramai yang meremehkan bagi signal. Tetapi bagi aku signal tu amat penting, walaupun kadang-kadang terasa remeh nak bagi signal, paksa diri juga bagi signal. Alhamdulillah 2 kejadiaan yang berlaku, signal la penyelamat aku daripada kena hit.

Sebagai iktibar, experience aku sendiri. Masa kat bulatan, memang takde kenderaan lain dan jalan lengang masa tu, malas terasa nak bersignal. Tapi bagi jugak buat syarat je. Rupanya ada sebuah lori kecik kat blind spot masa tu. Laju lak lori tu. Tapi sebab dia nampak signal daku bagi kot, takde la dia hon aku walaupun nyaris nak hit sikit je lagi. Masa tu sangat bersyukur sebab aku bagi signal walaupun tak ikhlas.

Aku: Baru je side mirror kena langgar hari tu dengan seorang perempuan ni. Gelojah sangat dia nak tukar lorong. Dah aku yang kat sebelah ni pun dilanggarnya. Dengan sticker P sepatutnya silalah berhati-hati dan jangan over confident sangat. Dan tolonglah bagi signal dan signal tu bagi lebih awal.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative