Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama nak post entry ni, tapi takde kesempatan. Daku ni salah seorang pengguna jalan dari Cheras-Kajang. Hari-hari lalu jalan yang sama sampai dah nak muntah lalu jalan yang sama. Banyak suka duka bersama laluan Cheras-Kajang ni.

Kalau perasan la, setiap tol kat Malaysia berlainan maklumlah seliaan pelbagai konsesi tol. Grand Saga, Plus, and apa tah lagi. Tol kat Jalan Kajang-Cheras ni, jarak touch dan palang pun agak jauh kalau nak banding dengan sesetengah tol lain.

Tapi yang menarik perhatian aku, palang tol kat Tol Batu 9 tu. Baru-baru ni je berpalang salah satu lorong Touch n Go dia. Kalau tak salah ingatan aku, asalnya palang tu pendek macam separuh je, lepas tu sejak awal tahun 2014 dah tak berpalang lane Touch n Go tersebut. Ha da togel without any palang.

So sesiapa je yang rasa nak free je boleh je la lalu je kot. Tapi akan ada bunyi siren kalau tak salah aku sesapa lalu tanpa touch. Aku? Eh mestilah touch sebab tak baik rasanya nak redah je sebab tak bermoral le. Aku kan skema...

Cuma terfikir lambatnya Grand Saga ambil masa untuk letak palang baru sebab konsesi tol kan kaya je, penyelenggaraan kecik macam tu take time berbulan-bulan ke? Dah la tu antara tol yang sibuk.

Penyibuk lak aku kan. Sebabnya aku ada peristiwa tak best kat tol Batu 9 tu....langgar palang tol....Hee tu yang jadi penyibuk terlebih tu. Masa memula kejadian tersebut, memang elak lalu lane tol tersebut. Sanggup bagi signal amek lane lain, punya trauma.

Tapi sekarang Alhamdulillah lalu je mana lane yang dah pegi tu. Benda dah lama berlalu, cuma berhati-hati lebih sikit lagilah. Huuu tol-tol.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative