Thursday, March 6

Tips Cepatkan Ulser Mulut Sembuh

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Dalam keadaan cuaca yang tidak berapa baik sekarang, kebanyakan masa memang panas dan cuaca berjerebu, macam-macam sakit boleh terkena. Salah satu penyakit yang senang kena ialah ulser di dalam mulut. Hee macam yang aku tengah kena sekarang la.

Ulser kat mulut dan kat lidah. Wuu sakit teramat kot. Nak makan pun siksa amat. Ulser-ulser..

So tips untuk cepatkan ulser sembuh atau baik:

  • Pastikan minum air kosong secukupnya supaya proses penyembuhan ulser tidak terganggu. Ye la dah kalau minum air pun malas je, bila nak baiknya. Kih3 sila jangan contohi aku yang agak malas minum air minggu lepas, terlalu sibuk sebenarnya sampai air pun lupa minum. Sudahnya terkena ulser.
  • Bolehlah beli Bonjela, Anbesol atau krim lain di Farmasi dan letakkan kat tempat yang ada ulser untuk menyejukkan kawasan terkena ulser sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Kepada yang tahan sakit macam aku, rajin-rajin la kumur air garam ye... Hehee memang agak pedih tapi rasa lebih oke dr kumur listerine. Hee kalau yang boleh kumur listerine tu boleh kumur listerine. Ni supaya bakteria dalam mulut takde la bermaharajalela.
  • Make sure kebersihan mulut terjaga sepenuhnya kalau nak cepat sembuh ulser mulut tu cepat. Ha jangan lupa berus gigi dan berkumur setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Nanti bakteria bertapa confirm lambat lak sembuhnya.
  • Gunakan ais batu untuk sembuh ulser cepat. Kemam kat tempat yang ada ulser tu. Selain mengurangkan rasa sakit, dapat kecutkan ulser tu cepat. Aha fakta mana tah aku amek tapi aku buat oke je. Kalau rasa macam sejuk sangat ais batu tu, minum air ais pun oke kot.hehee
  • Jangan jilat tempat ulser dengan lidah...haha tapi yang ni aku sendiri susah nak hindar. Patut ulser aku tak baik-baik lagi kot.. Eh baru sehari dua kena kot takkan nak elok dah..hihi
  • Elakkan makanan pedas dan panas...Elakkan kafein supaya proses sembuh cepat je... Tapi bagi aku lak, makan makanan pedas tu lg cepatkan proses sembuh.. Depends kat orang kot...:)
  • Yang terbaik, jumpalah dengan doktor ye supaya korang mendapat rawatan pakar...
Aku: Bila ulser nak baik ni..huwaaa..:(

8 comments:

Kakzakie said...

Kakak pun sedang kena ulser ni Sha.. Tapi kakak spray guna glister (Product Amway). Nak kata tak jilat dgn lidah memang tak boleh sebab kejap-kejap nak rasa. Pedih Sya... aduhai seksa.

Tapi biasa dgn glister ni kakak boleh sembuh dua-tiga hari..

Nafira usof said...

betol tuh.. minum air masak banyak2 adalah ubat yg mujarab. kalo batuk pon kena minum air masak byk2 kan~

Aku Penghibur said...

alhamdulilah terima kasih infonya

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum..aishah,

thanks tips nie..bagus kekadang kalau mulut sakit nie nak makan pun susah..kan.

mselim3

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Yang paling tak berani nak buat. guna garam.huhu.. Boleh berair mata letak garam dekat ulser.

lylyn said...

skrg pun tgh ulser bibir ni hmmm

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

nice sharing,,thanx=) paling tak tahan yg kumur air garam tu,,hohoho huh da try da

Anonymous said...

aku siap letak garam kt ulser tu..pergh dia punya pedih..tapi tahan je lh akukan superduper hiro..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...