Tentang Dia

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tentang dia...Hurm bukan tajuk lagu ye.. Tapi memang tentang dia..

Tentang Dia...
Latar kami berbeza. Aku cuma gadis kampung biasa yang dah menjadi separa bandar. Masih tercari-cari kebahagiaanku sendiri, masih samar dalam kealpaanku sendiri. Dia...latar agama melatari kehidupannya, walaupun dia manusia biasa tetapi asasnya tentu lebih kukuh dari diriku.

Tentang Dia...
Hati seperti terarah untuk menyayangi dia.. Di saat hati keliru dengan insan-insan sekeliling, dia hadir dalam hidup. Mulanya hati menyamakan dia dengan lelaki-lelaki yang bermulut manis. Ya kata-kata dia, hujah dia selalu terasa seperti dia lelaki bermulut manis.

Tentang Dia...
Semakin lama kenal, terbit perasaan suka. Terasa perasaan sayang mula bercambah. Tapi hati masih berstatus ALERT. Siapalah aku untuk dia. Layakkah aku menjadi 'soulmate'nya.

Tentang Dia..
Terkadang tewas dengan perasaan sendiri. RINDU mula menyapa hati. Hati mula mengambil tahu, mula mengambil berat walaupun kadang-kadang cuba menidakkan kata hati.

Tentang Dia...
Biarlah perasaan sayang, rindu tersebut terus berkembang. Doaku jika dia bukan untukku, luputkan dia dari hidupku. Alihkan perasaan sayang dan rindu tersebut. Kerana ku percaya setiap apa yang berlaku pasti terselit hikmahNya...

Nukilan rasa: Aishah Jahirah

Comments

Suka baca nukilan macam ni. mendalam maksud nya. :-)
Kakzakie said…
Doa juga andai dia telah tertulis di loh mahfuz allah bahawa dia akan menjadi pendamping biarlah segera ianya menjadi kenyataan...

Amin... doa dari kakak.
moga dia jodoh terbaik. inshaALLAH..
Nafira usof said…
Moga Allah kirimkan teman yang terbaik yer~ :)
nn lylyn said…
siapekah gerangan org nye =)
Rodiah Amir said…
As salam sayang. Andai itu yg tersurat jgn ditangguh benda yg elok. andai benar dia pun ada perasaan yg sama cepat2 la menjurus ke arah kebahagiaan. Allah tak turunkan seseorang dalam hidup tanpa sebab. bagusla kesedaran bahawa diri kurang bekalan,perbaiki, tambah dan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah adalah mencari pasangan yg dapat membimbing ke jalan kebenaran. dah mcm entry blog plak comment aku hahahahahha
heheh kalau jodoh xkemana ;-)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing