Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hidup setiap insan pasti diuji, ujian tu memang setiap orang pun dapat. Cuma tahap diuji dan ketahanan diri je berbeza-beza. Dah namanya pun manusia yang unik, diciptakan tidak sama setiap orang. Tak faham jugak kalau ada orang yang suka samakan diri dia dengan orang lain.

Eh macam emo lak mukadimah. Erm tak nak emo-emo la...Itukan hak masing-masing. Do I care? Aha teruk budak Aishah ni... Tajuk entrynya tawar hati tapi merapu ke ujian la, emo la.. Haip biasa tu lari topik.

Erm tawar hati? Kenapa nak tawar hati? Tak tawar hati tak boleh ke? Tawar hati kat sapa?

Banyak le pulak persoalan... Meh kita huraikan satu-satu...

Tawar hati ni banyak sebab musababnya.
  • Tawar hati sebab rasa diri tak dihargai. Contoh la kat tempat kerja, kita rasa dah buat sebaik mungkin. Dah cuba yang terbaik la tapi orang sekeliling tak bekerjasama. Bos pulak tak hargai apa kita buat. Lama-lama boleh tawar hati beb. Takde appreciation langsung.... 
  • Tawar hati tak diberi perhatian. Contoh paling bagus dengan si dia la. Buat endah tak endah je, eh wujud lagi ke aku dalam hati dia ni? Ha kan hati dah berkata-kata, setan dah berbisik-bisik. Bila rasa si dia ni macam tak serius je, tawar hati beb.
  • Tawar hati dengan kehidupan. Macam bahaya je bunyinye... Ha ni memang bahaya, sebab silap langkah ada yang sampai bunuh diri atau bahasa omputihnya 'suicide'. Idak la teman sampai nak suicide ni.

Uik cheq, hang tawar hati kat sapa?
  • Tawar hati dengan si dia tersayang, tawar hati dengan family, tawar hati dengan kawan-kawan, tawar hati dengan orang sekeliling. Eh banyaknye calon calon hati ye... 

Tak boleh ke kalau tak tawar hati?
  • Boleh je... Awat plak tak boleh? Tapi biasa la bukan tiap saat pun nak rasa tawar hati. For me tawar hati tu perkasa biasa la. Rencah kehidupan... 
  • Rasa tawar hati tu selagi masih terkawal ianya perkara normal. So what? Hahaa ayat...jangan marah eaa...

Macam mana nak bagi tak tawar hati?
  • Positive thinking of course-fikir positif dan berprasangka yang baik-baik je. Idak la hati tu terasa tawar setawarnya. Kiranya tawar tapi cepat-cepat berperisa la. 
  • Senyum je walaupun kenyataan sangat pahit dan pilu. Ah ada ku kesah? Lebih kurang macam tu la....hepykan diri walaupun sebaliknya. So hati pun InshaAllah takde la tawar sangat nanti.
  • Buat yang terbaik tanpa harapkan pujian/balasan. Tipu la weh at least mesti nak someone appreciate tapi sometime bila di masa dan waktu yang salah terpaksa la set di fikiran, aku tak harapkan apa-apa.
So, tawar hati ke? Tanya hati jawab la sendiri...Sekian.


*******************************************
Aku: Tawar Hati nak balik Perak... Rasa seperti nak bawa diri jauh-jauh je...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative