Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ada lagi ke yang layak dapat BRIM tapi tak dapat? Daku salah seorang yang layak tapi tak dapat BRIM. Eh camne tu? Erm tertunggu-tunggu gak BRIM ni masuk ke akaun tapi hampeh sesen pun tak dapat.

Kebulur sangat ke nak BRIM? Dah tu yang kerajaan janjikan. So kenalah capati tepati janji yang dibuat. Tak gitu? Ini bukan entry politik ye, cuma kisah realiti hidup. Aku cuma golongan yang memerhatikan setiap apa yang terjadi dan dijanjikan. Politik bukan minat aku pun, sekadar ambil peduli apa yang berlaku.

Disebabkan kesibukan kerja hakiki, update BRIM pun hujung bulan 1 dekat-dekat nak tarikh tutup masa tu. Orang lain dapat BRIM, daku tak dapat-dapat. Padahal tahun lepas dapat je. Pelik pulak rasa. Apa status pun tak diketahui.

Tapi hari ni buka email, mata tertumpu kat satu email ni daripada BR1M@hasil.gov.my. Korang bacalah sendiri...
Tak Lulus dengan kod alasan bernombor 19
Okey kita rujuk pulak kod-kod alasannya ye....
19-Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain
Eh bila masa pulak dah aku jadi tanggungan orang lain? Sedangkan sekarang aku yang tanggung mak aku. Apa ke sengal sistem diaorang ni. Seingat aku masa mula-mula BRIM diperkenal dulu memang aku diletakkan sebagai tanggungan mak aku sebab masa tu aku belum bekerja lagi, baru abeh blaja. Tetapi sekarang dah tak begitu. Sama-sama support each others.

Tahun lepas daku dapat je BRIM ni selaku orang bujang. Yang musykil nape tahun ni tak dapat? Nak kata gaji aku riban-riban, campur elaun tak lepasi RM1, 500.00 gak sebulan. Konpius dah aku... Aku rasa la diaorang ni punya sistem yang tak up to date. Ntah apa-apa je...

Yang lagi bertambah aku cakap sistem diaorang yang bermasalah, aku update BRIM  pada 24/01/2014. Siap print PDF lagi weh.... Tengok la tarikh pada PDF tu, aku tak alter apa-apa ye.... Ni memang yang ori...

Baca semula email yang aku dapat tu, 'permohanan tuan/puan bertarikh 23/12/2013 tidak diluluskan'... La bila masa la pulak aku buat permohonan bulan 12? Aku update permohonan pada 24/01/2014 la... Sabar je la...

Aku: Ramai yang cakap itu hak yang perlu dituntut kerana janji telah dibuat. Tapi dah tak dapat, kemalasan nak peduli lak. Cuma lebih kesian sebab ramai yang lebih susah dari diri mengalami nasib yang sama disebabkan sistem yang tak sistematik ni. Orang cakap, lebih elok takde dari layak dan mengharap tapi tak dapat-dapat. Peace....^_^

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative