Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semenjak beberapa bulan yang lepas, daku dah curang dengan celcom internet prepaid. Sebabnya bila masuk ke smart phone mana la dia akan automatik disconnect. So tak pasal-pasal kredit aku jadi kosong kosong kosong. Maklum diri pun tak berapa nak peka. So daku dah stick dengan maxis internet prepaid le pulak.

Subscribe montly punya yang RM30.00 tu. Ala yang untuk mobile punya. Sebab maxis ni ada dua plan sebenarnya mobile dengan broadband. Broadband 1gb RM25.00, mobile RM30.00. Beza dua ni, lepas dah sampai 1gb kalau broadband memang tak leh guna dah. Tapi kalau amek mobile walaupun dah sampai kuota 1gb masih boleh digunakan tapi slow la. Broadband ni leceh kalau masuk smart fon sebab setiap kali nak guna kena pegi home page maxis untuk connect, so tak sesuai la untuk smart phone.

So alang-alang aku beli simkad maxis internet prepaid, aku subscibe je la mobile internet RM30.00 sebulan. Aku topup pun ngam-ngam sebulan je. Ha so bila cukup sebulan kredit expired sekali dengan internet prepaid je. Senang takde la kredit aku nak tinggal kosong kosong kosong...

Bolehlah setakat nak wechat, whatsaap, facebook, tengok video, instagram dan kadang-kadang buka blog. kalau rasa slow sangat tu, subscribe la yang daily punya ke, 3 days punya ke. Ala bukan selalu pun. Contoh bila nak berblog daku subscibe la daily ke quota upgrade punya ke. Tapi jarang kot subscribe sebab masih boleh berblog walaupun slow.

Cumanya kalau dok kat KL sesetengah area jangan harap la nak dapat internet. Hampeh... So kena tengok area jugak la. KL sesetengah kawasan guna Digi atau U Mobile lagi oke kot untuk internet. So selagi kawasan aku ni oke, daku guna je la Maxis Internet Prepaid Montly ni. Jimat pun jimat.

Entry Lain Berkaitan:
Maxis Internet Prepaid

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative