Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Entry berkisar hati dan perasaan lagi... Seorang wanita hatinya memang sensitif dan cepat tersentuh terutama dengan orang yang tersayang (tapi ada gak kot sebaliknya-takde perasaan barangkali atau mampu berpura-pura takde perasaan?).

Erm... Kalaulah lelaki faham apa yang wanita inginkan, kata hati hati wanita... Ada je yang faham, pura-pura tak faham pun ada, yang tak faham pun wujud. Ni da macam kesinambungan entry Untuk Lelaki: Perkara yang Perempuan Suka...
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan suka lelaki kesayangan mereka text dan call setiap hari. Sebenarnya satu mesej gud morning dan satu mesej gud nite pun memadai dan dah menceriakan hidup perempuan walau sesibuk manapun lelaki kesayangan mereka tu. So take note ye lelaki, tapi jangan la tiap-tiap hari sekadar nak mesej gud morning dan gud nite je... Maksudnya kalau takde masa sangat tu je...Ada faham?
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan akan suka bila lelaki kesayangan mereka beralah ketika bergaduh. Hee gentleman la kan, maksud beralah ni takde la sampai lelaki kesayangan kena ikut semuanya. Ye la kadang-kadang gaduh sebab hal kecik je, so tak salahkan korang selaku lelaki gentleman mengalah... Mengalah bukan bererti kalah...right?
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan sangat suka bila lelaki kesayangan yang mulakan sesuatu. Contoh mulakan perbualan, mula text dulu....Kami pompuan (tak semua kot) rasa sangat sweet bila lelaki yang mulakan sesuatu. Hee so please take note....:)
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan suka ayat yang sweet dan mengambil berat. Setengah lelaki ni kan dia mesej macam nak tak nak je. Sepatah dua je. Oke...xpe la...ye ke... Kalau aku la terus rasa macam tak nak balas mesej camni. Langsung tak peka perasaan orang. Memang la dah jenis orang suka mesej gitu, tapi please la matikan mood je...:(
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Sesetengah perempuan suka lelaki yang mendominasi keadaan. Contoh buat keputusan, nak pergi mana dan sebagainya. Tapi setengah perempuan pulak suka mendominasi lelaki, maksudnya lelaki kena ikut segala kemahuan mereka. Aku suka lelaki yang mendominasi keadaan tetapi dalam masa yang sama pandangan perempuan kena juga amek kira ye. Sebab aku ni dah tahap malas nak buat keputusan sendiri. Dah penat nak berfikir...hahaa boleh gitew?
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan sangat suka lelaki yang hormat perempuan. Dah tu mak ko pun perempuan jugakkan... So bila seorang lelaki hormat perempuan, automatik sepatutnya dia akan hormat kita sebagai perempuan kesayangan dia. Tak gitu? Aha lebih kurang la...
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan amat suka lelaki yang jujur. Yes untuk perkara tertentu, ada yang masih perlu diletakkan sebagai private and confidential-tapi bukan semuakan. Dah cakap sanggup terima seadanya. So fikir-fikirkan lah....
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan memang teramat suka bila lelaki kesayangan peka dengan perubahan perasaan mereka. Rasa comfort, secure je dengan lelaki macam ni. Biasa la perempuan ni perasaannya berubah-ubah, mood berubah. Dah lelaki kan selalu cakap, 'datang bulan pe minah ni'. Dah memang bulan tu teman akrab setiap perempuan normal, so? Ada la lelaki yang cakap, 'dah asyik aku je yang nak faham'. Eh macam la perempuan tak pernah bertoleransi langsung. Kan.... So kata kuncinya sama-samalah peka ye dengan perubahan emosi pasangan masing-masing.
  • Kalaulah Lelaki Faham...
    • Perempuan diam bukan bererti dia tak sayang, tak rindu. Macam point diatas, perempuan (tak semua) suka lelaki yang mulakan. Kalau lah lelaki faham...tentu lelaki akan hiraukan wanita kesayangan masing-masing...:)

********************


Aku: Entry hati dan perasaan lagi.. Terasa diri tidak difahami..:(

Entry Lain yang Berkaitan:
Untuk Lelaki:Perkara yang perempuan Suka

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative