Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang pernah cek tak sama ada entry korang ada yang dicopy paste? Sebijik-sebijik pulak tu... Hurm tak kisah la nak copy paste sebijik-sebijik pun, pengetahuan untuk dikongsi. Tapi tolonglah beretika, sekurang kurangnya backlink/credited la semula ke blog yang korang 'curi' entry tu.

Hari ni tak tahu nape tergerak hati nak cek ada ke entry yang 'dicuri' orang. Istilah curi rasanya tepat untuk sesiapa yang copy paste hasil kerja orang lain tanpa rasa berdosa tak nyatakan sumbernya. Sebagai seorang blogger silalah beretika dan jangan sesuka hati copy paste idea orang lain.

Memang la aku cakap tak kisah pun sebab dah tu pengetahuan untuk dikongsi bersama. Tapi dah kalau sejibik camne tu? Ha ni daku bagi screenprint blog yang ayatnya hampir 100% sama dengan entry daku tulis sebelum ni. Tak ke curi namanya? Hurm Sabar je la....

'Ni dari google aku printscreen-erm rasa macam tak elok pulak dedahkan URL mereka yang 'terlibat'. Bukan nak berlagak baik ye, tapi masih punya hati dan perasaan. So takde la baik pun sebab korang boleh search je...


Ni entry original-Cara Delete Akaun Facebook

Ni fake entry 1- Baik sikitlah gambar2 dia print screen sendiri. Ayat hampir 100%-Entry Kena Curi

Ni fake entry 2-memang 100%-Entry Kena Curi

Yang terkilan takde lak dia credited kan dari mana sumber dia dapat. Tu yang tajuk entry, Entry Kena Curi... Hurm...

Aku: Pesanan untuk blogger sekalian, beretikalah semasa berblog, kalau dah memang amek entry orang silalah nyatakan sumbernya. Kebanyakan entry aku, hasil idea daku sendiri kecuali daku nyatakan sebaliknya. Memang terkilan...:(

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative