Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu gosip ni lebih sinonim dengan perempuan. Asal gosip je mesti kaum perempuan yang lebih mendapat nama suka bergosip. Tapi sekarang dah setara kot. Lelaki pun bergosip jugak. Cuma style berbeza la...Ha ah ada style kau lelaki ni bila berkumpul ramai-ramai bergosip.

Bila lelaki berkumpul...topik apa selalu yang mereka gosipkan? Hahaa macam-macam weh, lelaki sekarang kemain lagi diaorang bila dapat berkumpul sesama diaorang.

Al maklumlah dalam opis aku, aku dan kawan je bunga yang tersesat dikalangan kumbang-kumbang. Dengar ayat tu, kumbang-kumbang.... Means lebih ramai lelaki dalam opis aku tu. Erm patut la kena buli sokmo pun.

So bila diaorang bergosip aku yang perempuan ni naik segan. Maklumlah topik orang lelaki ni, sesuai untuk yang dah kahwin. Dah nama lelaki memang la pasal tut je la diaorang ni dok bergebang.

Mula-mula dulu ramah jugak mulut aku menegur, eh ingat sikit ada anak dara kat sini. Agak-agak la nak merapu pun. Phui macam simbah air ke daun keladi je sound tersebut. Takde effect langsung.

Sekarang? Lantak kome la nak merapu apa pun. Paling senang buat-buat tak dengar je walaupun terpaksa dengar. Ah stress jugak kadang-kadang sebab ada cerita hot diaorang yang boleh buat aku pandang bawah je merenung keyboard dan pandang depan merenung skrin komputer. Yang pasti tak hadap muka diaorang yang tengah bergosip tu.

Kalau ada hands free daku sumbat je telinga dengar lagu lagi syok. Pastu mula sengih-sengih gatal tengok aku (tak semua la). Ah memang dasar lelaki... Ops blogger lelaki jangan terasa, korang tak macam tukan. Siap buat pesanan, "awak cepat-cepatlah kahwin,best taw kahwin.rugi awak lambat kahwin".

Tak ke macam menyakitkan hati je ayatnya? Bengang seketika daku mendengarnya. Dalam hati menjawab, eh suka hati aku la nak kahwin bila pun, sebok apasal?

Bila lelaki berkumpul lebih kurang pompuan je la. Tapi topiknya memang 'hot'.... Rasa macam lebih teruk dari perempuan je pulak. Aha... Kan dah kena...

Bila berkumpul topik lain pun ada gak diaorang utarakan. Yang bukan 18sx tu boleh la daku join bahaskan. Maklum pompuan tersesat macam tu la dikalangan lelaki, terpaksa pandai-pandai bawak diri. Jangan memerangkap diri sudahlah kan....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative