Tuesday, March 4

Berkira Bekerja

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sungguh tak boleh blah tuan blog ni... Awal bulan dua je berjaya post entry, lepas tu tak jejak blog dah. Hee kesibukan melanda diri camtu la. Aku jenis yang kalau tumpu kat sesuatu, tumpu tu je la. Tapi tengok situasi la jugakkan...

Moga semua sihat dan ceria selalu... Tuan blog je tak berapa ceria. Keja melambak-lambak. Nampak macam boleh selesaikan ikut masa. Tapi bila da buat haip makin bertambah le pulak. Selagi boleh hadap, layan je la.

Tekanan? Cara setiap orang menghadapi tekanan berbeza-berbeza. Dah tu setiap orang pun tak sama kan. Setengah orang refuse untuk pergi kerja sebab tekanan. Setengah orang masih mampu gagahkan diri dan mencuba yang terbaik untuk selesaikan apa yang perlu. Setengah orang pura-pura mampu tapi dalaman dah collapsed.

Mana satu diri kita agaknya? Aku sendiri semua perasaan tu pernah merasa. Tapi selalu tengah-tengah la, masih mampu gagahkan diri untuk cuba buat yang terbaik. Berjaya ke tak, hurm tu lain kira.

Kadang-kadang tak boleh terlalu berkira bila bekerja ni. Bukan kerja kita pun, masih boleh tolong buatkan kalau tahu. Tetapi kalau selalu sangat tak berkira, kerja sendiri terabai, mengamuk juga la bila rasa nak ngamuk tu. Huaha nasib le sape kena...

Kita selalu nampak kesalahan orang je...tapi kadang-kadang salah sendiri kita pun tak sedar. Ingatan untuk diri supaya tidak sesekali memandang remeh dan rendah terhadap kesilapan dan kekurangan orang lain. Peace...

4 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Susah juga jika jadi macam ni. Kena banyak bersabar.

OhPanduan said...

Kerja di pejabat memang tak pernah abis akak. Susah juga jika buat kerja orang lain sampai kerja sendiri tertangguh.

nuyui a.k.a miss YUI said...

peringtn bersama =)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

hehe entry utk peringatan diri sndiri ni ye, slalu gk cari kesalahan org lain,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...