Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Korang semua kalau jatuh sakit camne? Maksudnya mengerang kesakitan ke, dok diam ke or mulut bising ke? Sesetengah orang kalau sakit mulut dia mengerang macam dah nak habis nyawa je. Hehee tu style masing2 le kot.

Ada orang jenis penyenyap suka menyepikan diri, ada orang selesa berkongsi dengan orang lain, ada orang sengaja nak mengada2 walaupun sakit tak seberapa, ada orang jenis tahan sakit, ada orang jenis yang memang tak tahan sakit. Ye la setiap manusia tu berbeza2 dari segala segi. Itulah uniknya ciptaan Allah S.W.T.

Tak semua orang selesa berkongsi mengenai penyakit mereka dengan orang lain. Tak semua orang mampu bercerita mengenai penyakit mereka dengan orang lain. Kadang2 mereka yang sakit ni mampu hidup secara normal seolah2 mereka tidak berpenyakit.

Tak nampak macam sakit pun ada, kadang2 lebih cergas dan cerdas daripada manusia yang sihat walafiat. Kalau aku pun, aku nak hidup macam manusia yang tak sakit. Tak ada apa2 keistimewaan yang diberikan, tapi diri sendiri je yang tahu bahawa aku sebenarnya kuat sebab aku mampu hidup seperti mereka yang sihat.

Walaupun orang akan bercakap2 prestasi budak ni makin menurun, lembap semacam je dan macam2 lagi. Diaorang tak tahu disebalik tu sebenarnya kita telah melakukan yang terbaik dan kadang2 lebih hebat dari mereka.

So kesimpulannya kalau orang yang segar bugar tu cakap dia tak sihat or berpenyakit janganlah tak nak percaya lak. Tapi berhati2 gak sebab ramai penipu sekarang ni. Kalau yang menipu tu, sakit betul2 baru kome tahu.

*******************************************
Aku: Kadang-kadang apa yang kita nampak dan fikir tu tak seperti tu sebenarnya... Mungkin kena nilai dengan mata hati. Bila terkena kat diri atau keluarga baru terasa, tapi ada jugak yang tak terasa. Oh manusia...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative