Thursday, January 30

Petua Hancurkan Biji Cili

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cara nak hancurkan biji cili / cabai ketika diblender. Petua / tips ni mak cik aku yang kongsikan kat aku. Ni kira memanjangkan ilmu le ni untuk yang belum tahu lagi.

Untuk menghancurkan biji cili yang tak terlepas buang tu, masa blender silalah masukkan sedikit minyak masak. InshaAllah hancur biji cili or cabai tu. So takde la rosak usus orang.. Hahaa mandai je aku ni kan.

Maklumlah aku ni kadang-kadang nak cepat je... So ada la cili or cabai yang bijinya masih tersesat masa nak blender tu. Sakit pulak mata nengoknya. So cepat-cepat le amek minyak masak letak sekali sebelum blend. Lumat dengan biji-biji...

Tapi masa masak kena kurangkan minyak la sebab minyak dah letak dalam cili blend tu. Hehee selamat mencuba.

Untuk yang tumbuk cili or cabai tu sah-sah la korang kena tumbuk sampai lumat dengan biji-biji sekali ye. Tak payah ngada-ngada nak letak minyak dalam lesung batu lak.

 Sekian perkongsian cara hancurkan biji cili.

8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh mcm tu ea..ok..hihi

Kakzakie said...

Betul Sya... ini juga petua keluarga kakak dari dulu lagi.

Norhasniza Khalid said...

oh! terima kasih atas info ye.. :)

Niesa said...

kena letak minyak ea?ok2..thanks share sis..sll blend mesti ada tinggal biji2 tu..hehe

cinta said...

tima kasih. maklumat yg sungguh berguna.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

letak minyak yea. baru tahu tips ni. Terima kasih akak kongsi info ini.

OhPanduan said...

Boleh cuba juga nanti bila nak blender cili padi buat sambal.

MulutPayau said...

Akak pun sllu jugak guna petua ni..mak yg bgtahu..mmng menjadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...