Kepada yang Masih BELUM BERPUNYA:
Pesanan Kepada Cinta-Percintaan bukanlah semudah yang difikirkan. Kadang-kadang, semakin kita mengejar cinta, semakin cinta itu menjauhi kita kecuali cinta kepada Ilahi. Jika cinta itu milik kita, insyaallah ia akan datang kepada kita tanpa diduga. Cinta boleh menjadi perkara yang paling membahagiakan dalam hidup kita tetapi cinta juga boleh menjadi perkara yang paling menyakitkan dalam hidup. Cinta amat bermakna sekiranya kita memberikannya kepada orang yang betul2 berhak mendapatnya dan tahu menghargainya. Jadi tak salah kalau korang ambil sedikit masa memilih yang terbaik untuk diri korang sendiri.

Pesanan Kepada Cinta-Percintaan itu macam si rama-rama. Semakin kita kejar, semakin ia menghindari kita. Tapi kalau dibiarkan terbang, ia akan datang kepada kita tanpa dijangka. Cinta boleh membahagiakan tetapi kebiasaannya ianya menyakitkan dan cinta yang paling bermakna ialah apabila kita memberikannya kepada orang yang betul-betul tahu menghargai. Jadi tak salah mengambil sedikit masa untuk memilih yang terbaik. Berhak memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

Kepada yang dah TAK SINGLE:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta bukan menjadi orang lain supaya kita nampak sempurna di mata si dia. Tetapi cinta adalah mencari seseorang yang boleh menjadikan diri kita seorang yang hebat tanpa mengubah diri kita yang sebenar. Tak payah berubah menjadi seorang yang pelik demi cinta.

Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL:
Pesanan Kepada Cinta-Kalau tak serius, jangan ucapkan perkataan sayang. Kalau memang niat di hati nak melukakan hati orang, jangan bercakap mengenai perasaan dan jangan sentuh soal kehidupan. Jangan memandang ke dalam matanya jika apa yang kita cakap tak betul dan tak ikhlas. Perkara paling kejam seorang manusia buat ialah membiarkan seseorang  jatuh cinta tetapi dia tidak berniat untuk serius dan bertanggungjawab untuk cinta tersebut. Sekali korang buat kat orang, mungkin berkali-kali orang akan buat balik kat korang. Beware...

Kepada yang sudah BERKAHWIN:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta itu saling memaafkan, saling memerlukan , saling memahami, saling berkorban. Cinta itu bukan saling menyalahkan, bukan saling mempersoalkan, bukan saling memdendami, bukan saling mementingkan diri. Cinta saling melengkapi, tak salah berhijrah menjadi yang terbaik untuk kesejahteraan bersama.

Kepada yang sudah BERTUNANG:
Pesanan Kepada Cinta-Tempoh masa kita bersama si dia bukanlah pengukur kepada keserasian bersama tetapi bagaimana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tunang pun boleh putus....

Kepada yang sedang PATAH HATI:
Pesanan Kepada Cinta-Kekecewaan akan berakhir apabila kita merelakan dengan sepenuh hati perpisahan yang terjadi. Kita sepatutnya bukan belajar untuk terus hidup dengan kekecewaan tetapi belajar bangkit dari kekecewaan dan menjadikannya sebagai pengalaman hidup. Ingat...cinta itu universal.

Kepada yang NAIF:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta boleh menjadi indah dan boleh menjadi sebaliknya. Bagaimana untuk jatuh cinta: Jatuh tetapi jangan tersadung, berterusan tetapi tidak terlalu mengharap, berkongsi dan jangan sesekali berlaku tidak adil, memahami dan tidak memaksa, dan dilukai tetapi tidak pernah menyimpan segala kesakitan. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu terluka bila patah hati.

Kepada yang INGIN MEMILIKI:
Pesanan Kepada Cinta-Amat terluka melihat seseorang yang kita cintai bahagia dengan orang lain tetapi lebih melukakan jika mengetahui orang yang kita cintai tidak bahagia bersama kita. Fikir-fikirkanlah...

Kepada yang TAKUT MENGAKUI:
Pesanan Kepada Cinta-Cinta menyakitkan apabila kita memutuskan cinta dengan si dia. Cinta lebih menyakitkan apabila si dia yang memutuskan cinta dengan kita. Cinta teramat menyakitkan apabila orang yang kita cintai tidak mengetahui bahawa kita cintakannya. So kalau sukakan someone ngaku jelah walaupun dia menolak cinta kita.

Pesanan Cinta:
Pesanan Kepada Cinta-Memang amat menyedihkan apabila kita bertemu dan jatuh cinta dengan seseorang dalam tempoh yang lama sehingga bertahun-tahun tetapi pada penghujungnya kita dan dia tidak berjodoh. Ya bertahun-tahun masa telah dibazirkan dengan orang yang salah. Tapi jangan dikesali kerana pasti ada hikmah tersembunyi disebaliknya. Redha dan lepaskan cinta itu dengan hati yang tenang... InsyaAllah ada jodoh yang lebih baik untuk kita.

Nukilan Cinta: AishahJahirah
*********************
Aku: Mencari cinta yang HALAL

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative