Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri. Aku ni dari sekolah sampai masuk U tahu bawak basikal je. Rumah aku ada basikal je pun. First time belajar bawak motor dengan adik sepupu aku. Dia la terangkan camne nak tukar gear, press minyak jangan mengejut, brek camne. Aku zero pasal motor. Yang reti bonceng je. Sehari tu je belajar sebab masa tu cuti semester saje je la lepak-lepak dengan dia.

Lepas pada tu aku memang tak penah bawak motor, bonceng macam selalu je tahu. Dah setahun lebih tiba-tiba terbuka hati nak amek lesen masa last year study.

Dah le masa ceramah KPP, ada motor yang tersangkut kat jaring, ada yang terpress minyak bukannya brek masa latihan. Waa kecut kau....

Tapi aku segan nak ngaku aku tataw apa, nanti aku dilayan special pulak. So masa latihan bawa motor tu, aku tengok dulu budak-budak lain bawak motor, kemudian aku try. Budak-budak tu pun rajin ajar aku. Cuma masa kat selekoh mula-mula tu memang kaki automatik jatuh sebab rasa tak secure. Hehee ada la jugak terlanggar kon masa zig zag tu. Brek pun brek bodoh2 je dulu. Titi pun aku tak naik. Cikgu yang pantau dah tengok semacam aku buat dek je..

Hari kedua latihan alhamdulillah dah bertambah baik kawalan aku, berani dah naik titi. Wah terer jugak aku tak jatuh pun masa kat titi tu. Tapi kat selekoh still kena control supaya kaki tak jatuh, ye la kalau jatuh time JPJ test GSM kot kan. GSM=Gagal Serta Merta. Dah buat latihan tangan tu. Malu tapi kena gak buat.

Tapi masih fail buat double stand. Motor tu berat. Jenuh cikgu tu menurun ilmu kat aku dengan budak-budak lain. Owh ada cara rupanya nak buat double stand tu. Tapi masih terkulat-kulat jugak budak-budak perempuan yang berbadan kecik termasuklah aku. Rasa macam nak biar je motor tu jatuh,eh tongkat satu dah la kot.

Masa latihan semua jenis motor aku try. Aku suka motor lama kot sebab masa titi kan kena lebih 7 saat, kalau tak fail. Motor aku tak suka honda wave sebab terlalu smooth masa kat titi, nanti tak sampai 7 saat meniti. Lagi sebijik motor suzuki lama yang berat amat, sebab aku tak lepas-lepas nak buat double stand. Memang aku surrender dengan motor tu.

Aku memang pulun habis-habisan masa latihan tu belajar bawa motor. Di samping tu, dengan Lesen L yang ada, confidentkan diri bawa motor kawan aku. Bawa dalam kawasan taman je pun.hehee.

Masa tu pulak terpaksa merempit dari Perlis ke Kedah kerana urusan penting. Nak sewa teksi mahal. Naik bas pulak tataw hala mana. Motor la pilihan yang save kos. First time bawak atas jalan raya yang banyak kenderaan, cuak jugak. Kereta, lori, motor lain semua laju-laju je bawak. Cuak-cuak pun kena teruskan niat. Siap kena tahan dengan JPJ lagi. Huhuu

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali  perjalanan aku masa tu. Niat fi sabilillah, pergi kerana urusan belajar, Allah mudahkan walaupun masa balik hujan. Nak nangis rasa, bawak motor dalam hujan first time pulak tu.

Masa JPJ test, Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya. Aku dapat motor yang aku tak suka, si wave. Tapi lebih daripada 11 saat masa titian aku. Siap budak-budak tu tanya, apasal akak meniti lama sangat. Kih3 adik-adik akak cuak le. Oke tu jawapan aku dalam hati je. Jawapan kat diaorang, akak risau takut kurang 7 saat, wave tu smooth sangat. So total up semua horey LULUS dua-dua bahagian.

Tapi masa tu aku hold dulu lesen P untuk motor sebab nak sekalikan dengan kereta. Kereta sadis sket sebab fail dua-dua bahagian time tu masa first time. Sadis kan..huhuu

Tu la pengalaman JPJ Test Motor. Korang pun mesti ada pengalaman sendirikan?share la....

Aku: Last bawak motor tahun 2009, agak-agak berani dan reti tak lagi aku nak bawa motor ye. Hehee kat sini takde motor nak cuba bawa. Kesian lesen motor, hahaa...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative