Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seorang lelaki mempunyai seekor anjing dan dia sangat menyayangi anjing tersebut. Setiap hari dia akan membelai dan bercakap dengan anjing belaannya. Dia juga akan berkongsi makanan dengan anjing tersebut.

Lelaki tersebut juga ada memelihara seorang keldai. Dan setiap hari keldai tersebut melihat kemesraan lelaki tersebut bersama anjing.

"Kenapa aku tak pernah dibelai seperti anjing tersebut?" bisik si keldai kepada dirinya.

"Memang tak adil. Aku bekerja keras untuk tuan aku sedangkan anjing tersebut tak buat apapun, hanya bermanja, duduk di riba, goyang2 ekor. Memang tak adil," berkata-kata lagi hati kecil si keldai.

Keldai bercakap kepada dirinya," Kalaulah aku buat benda yang sama seperti anjing buat, mungkin tuan aku akan belai aku."

Maka berlarianlah si keldai ke dalam rumah. Keldai menggoyang-goyangkan ekornya, cuba melompat ke atas riba tuannya seperti apa yang anjing lakukan.

Lelaki tersebut sangat terkejut dan terfikir keldainya dah naik gila. Dia menjerit meminta pertolongan.

Sekumpulan lelaki berlari mendapatkan tuan keldai dengan membawa kayu lalu memukul keldai sehingga keldai berlari keluar dari rumah. Mereka membawa keldai ke ladang.

"Aku hanya buat apa yang anjing buat,"keldai berkata dengan nada sedih. "Mereka memukul aku dengan kayu dan bukan membelai aku, memang tak adil."

Moral: Jadilah diri anda, jangan samakan diri anda dan keupayaan anda dengan orang lain.

*******************************************
Lama tak tulis cerita macam ni...hehee seronoknya dapat menulis...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative