Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Gantung tak bertali istilah yang diguna pakai untuk sebuah perkahwinan yang mana isteri ditinggalkan oleh suami begitu sahaja tanpa berita atau tanpa penceraian. Lebih kurang begitulah, maaf aku tak begitu arif dengan istilah ni. Kalu salah betulkan.

Nape tiba-tiba nak menulis pasal gantung tak bertali? Sebab ada seorang sahabat yang sedang menuntut haknya di mahkamah. Fakta kes tak berapa jelas kenapa dia tak hidup bersama suaminya. Tetapi aku yakin dia mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Ye la perkara cerai ni bukan perkara suka-suka, main-main.

Perempuan mana yang nak memegang status janda. Cerai hidup pulak tu. Kalau cerai mati ni orang kesian, tapi cerai hidup orang lebih banyak mengata. Hurm realiti hidup macam tu la... Padahal bercerai tu bukan dipinta pun, bukan salah diri pun.

Apa yang kutahu, si suami tidak mahu melepaskan dirinya walaupun dah naik turun mahkamah banyak kali. Kalau aku kat tempat dia, sekuat itukah aku? Nauzubillah minta dijauhkan... Tidak sanggup rasa berfikir....

Apapun alasan si suami, daku rasa eloklah tamatkan segalanya dengan cara yang baik dan bermaruah. Kenapa nak menyiksa hidup seorang perempuan dengan cara begitu-digantung tak bertali.

Kepada yang masih digantung tak bertali tu, selagi selari dengan hukum syarak dan agama, tuntutlah hak masing-masing. Sebab teringat satu kes masa kat kampung dulu. Seorang mak cik ni digantung tak bertali sejak anak-anak masih kecil sampailah anak-anak dah berkeluarga. Hurm kesian rasa... Si suami siap dah berkahwin dan ada anak lain kot.

Aku: Kes-kes macam ni la yang buat orang tak kahwin lagi macam aku ni takut.. Takut ke? Hurm apapun tetap kena hadap, doakan yang baik-baik je...:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative