Posts

Showing posts from July, 2013

Nak Pahala Lebih

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Manusia mesti nak pahala yang lebih dan bergandakan. Bersedekah di bulan Ramadhan seperti yang semua sedia maklum memang berkat dan besar ganjarannya.

Sumber: www.islam.gov.my

Sekadar bercerita untuk berkongsi bersama. Hari tu beberapa hari sebelum puasa, sempat sembang dengan seorang hamba Allah ni. Dia bercerita ada yang datang bawa tabung dan minta derma daripada dia.

Tapi ayat yang buat aku dan kawan agak sentap, ''I cakaplah kat diaorang dah dekat nak bulan puasa ni, lagi berapa hari je dah. Datang la minta masa puasa nanti, dapat jugak I pahala lebih. Bersedekah masa bulan puasa besar taw pahalanya."

Oke boleh agak la apa yang aku fikirkan? Nak buat kebajikan dan kebaikan pun kena tengok bulan ke?

Sebab nak kejar pahala lebih tergamak keluar statement macam tu. Hadoi...

Orang yang cakap ni berkedudukan tinggi, berharta... Apalah salahnya bagi je la masa tu dan masa Ramadhan nanti pun bagi lagilah. Duit dia yang banyak tu tak lu…

Kahwin Remeh

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Soal kahwin bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Kalau boleh nak la jodoh kita tu berkekalan sehingga hujung nafas terakhir. Kalau boleh nak la yang terbaik ataupun sekurang-kurangnya tidak menimbulkan masalah kepada kita di kemudian hari.

Dilema perempuan yang educated dan berkerjaya, terlalu berhati-hati dengan insan bergelar LELAKI dicop sebagai memilih dan sombong. Bila berkahwin dengan lelaki yang tidak setaraf dikala usia menginjak hampir ke 30 an ataupun selepas 30 an, akan dicop sebagai desperado (desperate) lak. Ish2...apa la orang yang fikir macam ni.

Erm tapi sekarang ni bape kerat je LELAKI yang baik dan bertanggungjawab? Lelaki sekarang pun pandai mengambil kesempatan dan pandai demand. Mana taknya, memilih jodoh yang berkerjaya tetap dan mampu dari segi harta. Pandai ye korang nak menyelamatkan duit korang (tapi ada je yang betul-betul jujur dan ikhlas). Tak belajar agama ke...nafkah tetap tanggungjawab korang kena bagi even wi…

Penjawat Awam dapat Bonus Raya

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terjawab sudah teka teki mengenai bonus raya untuk kakitangan awam. Semalam dah diumumkan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 untuk kakitangan awam Gred1 sehingga Gred54. Bantuan hari raya ni akan diterima oleh kakitangan awam pada 31 Julai 2013 nanti.

Sebelum ni kat opis aku macam-macam spekulasi mengenai bonus. Ada yang jangka akan dapat setengah bulan gajilah. Ada yang jangka dapat sebulan gaji pun ada. Mak aih laris betul cerita pasal bonus ni di kalangan kakitangan awam.

Boleh pula ada yang cakap dah diumumkan pasal bonus padahal belum lagi masa tu.

Aku? Tak amek port sangat pasal gaji dan bonus ni. Keje melambak nak selesaikan lebih menjadi perhatian aku. Sedih sangat...

Apapun tetap bersyukur dapat bonus raya daripada tak dapat apakan. Melepaslah siapa yang aim setengah bulan gaji tu. Huhuu

Memandang Rendah Terhadap Orang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari ni nak mencoret pasal memandang rendah terhadap orang lain. Aku tahu setiap orang punya kelebihan yang tersendiri. Kadang kala kelebihan yang dimiliki tersebut selalu membuat diri merasa terlalu bangga dan mula membanding diri dengan orang di sekeliling. Tak payah kata orang, kadang kala diri punya perasaan tersebut.

Segala yang dibuat oleh orang lain mula dibandingkan dengan cara kita yang dirasakan betul dan cekap. Tambahan pula kita memang memiliki pengetahuan yang lebih dalam perkara tersebut, lagilah terasa orang lain buat kerja lambat dan tak setanding kita. Kecekapan orang tersebut selalu dipertikai oleh hati ataupun diluahkan secara langsung.

Baik ke sebenarnya memandang rendah terhadap orang lain ni? Terpulang....tapi pendapat peribadi aku tak elok sebenarnya kita terlalu memandang rendah terhadap orang lain. Kenapa? Sebab setiap orang sebenarnya punya kelebihan ataupun kekuatan tersendiri. Mungkin kita tak sedar atau mungkin kita …

Petua Mudah Bersihkan Kerang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kadang2 kerang yang kita beli tu selekeh je tengok, berlumpur kulit dia. Jenuh nak membersihkan kulit kerang tu satu persatu. Memang la yang kita makan isi dia, tapi masa rebus isi mesti terkeluar jugak bercampur dengan air kulit kerang yang berlumpur tu. Rasa kurang berkenan jugak.

Kalau kat bandar selalu kena rajinkan diri berus la sekor2 kerang tu sampai tanggal lumpur dia. Langsung tak praktikal, sakit tangan dan jari jemari je.

Tapi kalau kat kampung, senang boleh guna petua ni untuk bersihkan kulit kerang tu. Cepat mudah dan yang penting bersih.

Caranya amek daun pisang pastu ramas je sekali dengan kerang tu.... Insyaallah selalunya cuci murni kerang tu nanti bila dah dibasuh. Senang keje....:)

Cara Siang ikan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kepada anak-anak dara dan mak-mak dara, pandai siang ikan tak? Pandai ye...bagus-bagus. Perlu ke buat tutorial cara-cara menyiang ikan? Mau gelak guling-guling kang..;p

Aku bukannya apa tetiba terfikir pandai ke tak pompuan sekarang siang ikan. Kalau dulu tak payah cerita la memang haruslah pandai bab-bab macam tu kan.

Tapi....sekarang ni pompuan-pompuan especially yang belajar tu mana la ada masa nak mempratikkan skill di dapur, maklumlah tinggal di asrama sejak sekolah sampai la masuk u. Orang yang masakkan untuk kitakan. Takkan tiba-tiba nak pegi tolong mak cik kat dining hall kot. Bukan mencipta alasan ye tapi itulah kenyataan.

Pastu balik cuti sekali sekala mesti la nak bermalasan je. Makan rajin, nak tolong masakkan memang kemalasan terlampau. Nak manja-manja makan makanan mak masakkan konon-konon.

Aku pun sama je jugak, masa sekolah dulu adalah jugak tolong mak aku siang ikan. Pastu dah masuk u, ambik engkau nak ke dapur tak rajin sangat l…

Resepi Kerabu Taugeh Simple

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Salah satu favourite aku ni, kerabu. Tapi macam biasa la resepi mesti yang mudah dan cepat, main campak2 je. Hahaa dasar tak suka masak benda complicated.

Bahan-bahan:
Taugeh-terpulang nak celur atau tak-aku celur kejap jeKerisik KelapaCili PadiBawang Besar dihiris nipisIkan bilis dicelur dengan air panasLada HitamLimau kasturiTomato dihiris nipis (option)Kerang rebus dikopek (option)garamgula
Cara-cara:
Tumbuk ikan bilis bersama lada hitam dan kalau nak pedas cili padi sebiji.Gaulkan taugeh dengan bahan ditumbuk, kerisik, bawang besar, tomato, kerang. Boleh potong cili padi kalau tak pedas lagi.Perah limau kasturi secukupnya, letak garam, gula secukupnya kemudian gaul rata. Sedia dimakan.....

Nota: Nak sedap letaklah belacan, family aku ada tak boleh makan belacan tu tak letak.

Tips Berjimat di Rumah

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....

Tips untuk berjimat di rumah. Sedar atau pun tidak sebenarnya kita banyak melakukan pembaziran ketika berada di rumah. Sepatutnya kita berjimat bukannya membazir. Tapi tulah kadang2 tu kita tak sedar benda yang kita buat tu merupakan pembaziran sebenarnya, yelah selalu nak memudahkan diri aje.

Sedikit perkongsian cara berjimat kat rumah:
Tips untuk berjimat di rumah. Kalau nak basuh kereta tu seeloknya guna baldi dan elakkan guna getah paip. Apesal lak tak leh guna getah paip? Lagi senang kot pancut aje... Hey bukan tak boleh tapi sebenarnya guna getah paip ni membuatkan penggunaan air lebih banyak berbanding korang cedok air dari baldi. Tekanan air akibat penggunaan getah paip menyebabkan meter laju je bergerak seiring dengan laju je air keluar.Tips untuk berjimat di rumah. Ni mak aku selalu didik daripada aku kecik lagi. Sila tutup lampu atau kipas atau suis TV kalau dah tak nak berada kat kawasan tu. Mak aku memang cukup tegas hal ni sebab d…

Puasa Tapi Tak Mandi Wajib

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sempena Ramadhan yang mulia ni nak share persoalan mengenai puasa dan mandi wajib. Timbul persoalan sah ke puasa orang yang tak mandi wajib.

Selama ni kalau aku sendiri pun fikir kalau tak mandi wajib tak boleh puasa, macam solat kena sucikan diri daripada hadas besar dulu.

Untuk pengetahuan bersama, puasa seseorang itu adalah sah walaupun orang tersebut tidak mandi wajib. Puasa dan solat adalah dua perkara yang berbeza tapi saling berkait. Seelok2nya mandilah wajib supaya kita dapat mengerjakan ibadah puasa dalam keadaan bersih dan orang yang berpuasa tetap wajib menunaikan solat.

Sumber Rujukan: IslamGrid

Cabut Gigi Ketika Puasa

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Hukum cabut gigi ketika berpuasa, batal ke tak puasa ye. Aku tahu mesti ada yang nak  buat rawatan pergigian di bulan Ramadhan ni pun.

Sebagai perkongsiaan, tidak batal puasa seseorang yang mencabut gigi pada bulan puasa. Hukum mencabut gigi pada bulan puasa pula adalah makruh. Rawatan pergigian boleh dilakukan pada bulan puasa tapi dengan syarat tak tertelan ubat ataupun cecair yang disembur dalam mulut kita tu.

Sebarang jenis cecair yang disembur dalam mulut, kalau melepasi had kerongkong/anak tekak maka batallah puasa seseorang tersebut.

So kalau boleh elakkan dapat rawatan pada siang hari Ramadhan. Itu yang terbaik...

Sumber Rujukan: IslamGrid

Rongga Terbuka Batal Puasa

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Seperti yang kita semua sedia maklum, memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan akan menyebabkan puasa seseorang itu terbatal.

Tapi mungkin tak semua tahu apa rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu.

Daripada jawapan yang diberi, rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur. Jika dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tersebut boleh menyebabkan puasa terbatal.

Sumber Rujukan: IslamGrid