Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

PTPTN...ramai yang meminjam dengannya. Ramai juga yang tak melangsaikan hutang pinjaman lagi. Ada yang sengaja dan ada juga yang betul2 tak mampu untuk membayar kembali dan masih cuba membayar setakat yang mampu. Dan ada juga yang sudah langsai hutang dan ada jugak yang terkecuali daripada membayar semula.

Sejak diumumkan peminjam yang mendapat first class honour dikecualikan daripada membuat bayaran, lagi la timbul persoalan. Isu PTPTN ni sudah menjadi isu sensitif.

Mungkin kerajaan PTPTN tak sedar golongan yang perlu membayar pinjaman ini sedikit ber'dendam' dan 'makan hati'. Sebabnya:
  • Golongan yang senang mendapat panggilan temuduga SPA mereka yang memiliki CGPA yang mantap. Tapi bergantung gak kepada rezekikan. Apapun setahu aku tanpa exam, peluang agak tipis untuk di panggil temuduga. Untuk menunjukkan ketelusan peperiksaan diadakan sekarang.
  • Golongan yang kena membayar PTPTN bersama bunga terasa kerana dah la keje tak hebat,peluang memasuki sektor awam terhad,ada yang masih kerja rapu2 untuk teruskan hidup. Terasa kena membayar bagi pihak mereka yang dikecualikan bayaran tu.
  • Kenapa PTPTN tak macam MARA? Bayar sahaja apa yang dipinjam. Hurm tak la terasa beban bila-bila masa nak bayar. Ni bila ada duit bayar, takde duit tak bayar. Tiba2 tengok bunga pun tak habis2 bayar apatah lagi principal yang dipinjam.
Surat mahkamah? Senarai hitam? Kalau golongan yang tak mampu tu dah tak tahu nak buat macam mana. Umpama tersepit. Buat surat makluman minta tangguh pun bunga tetap jalan. Surat pun kena tandatangan orang itu ini. Kalau tak buat surat lagi susah. Erm kurang mengerti terkadang.

Peminjam bukan minta segala yang dipinjam dihalalkan seperti yang pembangkang usul, cukuplah kalau sekadar membayar principal sahaja. Peminjam sudah sangat berterima kasih. Tetapi perkara ini diperbesar dan dijadikan isu politik. Kami hanya golongan bawahan yang bersuara tetapi suara kami tidak didengar..

Ada cakap-cakap sinis, kau pinjam kau bayarlah. Sedangkan hutang bank pun bunga tinggi, ni 1-3 peratus pun kau berkira. Ye hutang tetap hutang, cuma mungkin yang bernada sinis tu tak berada dalam keadaan tersebut. Bukan tak nak bayar, masih memikir cara untuk membayar.

Dah tahu kena bayar banyak, kenapa pinjam. Minta maaf la ye dulu takde pilihan dan itulah jalan keluar untuk mendapat sumber kewangan untuk meneruskan pengajian. Segala yang berkaitan kerajaan ni dianggap takkan menyusahkan rakyat dan boleh dipercayai. PTPTN kan kerajaan juga yang syorkan untuk biayai kos belajar bagi yang tak mampu.

Takkan disebabkan nak bayar PTPTN tak boleh beli kereta, beli rumah, kahwin. Ye la duit kena simpan bayar loan, nanti tak cukup duit. Kos sara hidup sekarang pun tinggi. Nak bayar PTPTN pun tak lepas inikan pulak nak beli rumahkan.

Lagi satu kebanyakan graduan pun tak dapat kerja setaraf dengan kelulusan mereka. Buat pinjaman untuk diploma dan degree tapi dapat kerja basic SPM. Nak teruskan hidup pun ngam2 apatah lagi nak bayar hutang. Owh cari la kerja yang setaraf dengan akademik. Erm mudahnyakan. Tak semua dapat apa yang diimpi, tak semua bernasib baik. Bersyukurlah kalau kat tempat selesa tapi jangan sesekali mempertikai rezeki orang.

p/s: Entry ini ditulis bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Hanya secebis keluhan daripada peminjam-peminjam sedia ada. Jadi tolong jangan salah ertikan entry ini dan jangan terlalu emosi. Peace no war k.... Hutang tetap hutang yang wajib dibayar.....;(
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sebenarnya dah berkurun aku sign up untuk akaun tumblr. Tapi tak pernah nak explore kegunaan tumblr dan untuk apa tumblr tu. Silalah gelakkan aku sebab hari tu tetiba ada keinsafan nak explore tumblr.

Mula la terkial-kial mengingat password. Last-last terpaksa tekan password help sebab aku tak ingat password. Hahaa dah dapat login dengan jayanya mulalah explore macam mana nak guna benda alah tumblr ni.

Rasa macam orang bodoh je tekan sana sini, tak tentu hala. Pastu baru faham sikit macam mana nak guna tumblr tu. Ni masih syok sendiri lagi le guna tumblr. Ala-ala blog gak rupanya tapi lebih ringkas dan padat. Simple sangat....

Nak post quote pun lebih mudah kat tumblr ni, nak post gambar ke... Ehehe belasah je la asalkan cuba guna daripada terbiar macam tu je.

Sape yang pro tu boleh la tunjuk ajarku sifu.... Tengok la tumblr aku yang takde pape lagi-----.>http://aishahjahirah.tumblr.com/. Kesian kan...huhuu. Model berbayar aku je yang banyak gambo...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hati wanita...kadang kala sukar dimengerti. Acap kali apa yang diungkapkan oleh si bibir tidak sama dengan suara kecil sang hati. Duhai wanita kenapa macam tu? Kenapa membuat sang lelaki tidak memahami.

Bukan niat di hati tapi itulah fitrahnya. Mungkin sifat malu masih menebal di dalam diri sebagai seorang wanita walaupun di zaman serba serbi moden ni.

Segalanya terlalu sukar untuk diluahkan. Terlalu berat untuk diungkapkan. Jadilah ia sebuah bahasa kiasan dan mulalah berharap agar sang lelaki mengerti.

Tetapi tidak semua yang bernama lelaki mampu untuk memahami. Mulalah diri rasa tak dipeduli. Rasa dipinggir dan tak difahami. Sungguh kadang2 diri bingung dengan perasaan sebegitu.

Tetapi dalam diam disudut hati bersyukur. Diri masih punya sifat malu yang tak dipunyai oleh sebilangan gadis lain. Biarlah dikatakan kolot asalkan tidak melampaui batasan.

Doaku semoga hadir seorang lelaki yang boleh mengerti dan memahami  segala bahasa kiasan yang diberi dan boleh melengkapi kekurangan diri ini. Dan paling penting yang boleh membimbing diri dunia dan akhirat. InsyaAllah...Amin.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Login Nuffnang, tengok ada dua BE yang sebelum ni tak pernah ada pun tapi tiba-tiba dah credited. Pelik gak tu bila masa BE ni running.

Satu tu nilainya RM0.02 dan satu lagi bernilai RM0.03. Bukan nak pertikai nilai tapi tertanya-tanya dari mana datangnya BE ni sebab baru cek dua hari lepas takde pun BE dua-dua ni tengah running.

Mungkinkah ni hanya gangguan sistem sahaja. Korang kena macam aku tak? Ke memang semua wanita dapat.. hahaa


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama sebenarnya nak mencuba lipstik collagen keluaran D'herbs ni tapi asyik tak terbeli je. Last week masa pergi tesco, gaji pun dah masuk so terus la beli lipstik idaman hati.

Aku ni jarang pakai lipstik. Satu lipstik tu boleh tahan bertahun2. Bayangkan... Dan sebenarnya bibir sensitif dengan lipstik. Mesti kering je bibir kalau pakai lipstik apapun. Ditambah pulak kemalasan diri untuk bermake up bagai ni. Hahaaa

Harga asal lipstik collagen d'herbs ni RM25 tapi kedai tu jual RM22 je. So try la guna.

Alhamdulillah so far tak kering bibir, tak mengelupas macam sebelum ni. Mungkin serasi bersama. Ramai yang tegur melawa je kau ye.

Hahaa lipstik ni ikut warna darah. So setiap orang tak sama. Yang penting bibir nampak mungil je. Erm tak perlu nak oles tebal pun.

Sape yang suka natural tu sesuai sangat la guna lipstik collagen d'herbs ni. Tataw la kot memang tak sesuai dengan sesetengah orang. Ni pengalaman peribadi aku je.

**************************
Lama tak berblog dengan jayanya... Kesian blog dah macam blog tinggal je rasa.. Sory sangat2 lama tak jalan kat rumah rakan-rakan blog..
Lagu Tema Sedetik Cinta --->Judika -Bukan Dia Tapi Aku
Lirik Lagu Judika- Bukan Dia Tapi Aku

Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya...sakitnya...oh sakitnya...

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya...sakitnya...oh sakitnya...

Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia..bukan dia..tapi aku..

Begitu burukkah ini...
Hingga ku harus mengalah

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya...sakitnya...oh sakitnya...

(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)
Sape-sape yang ada akaun 4shared boleh download Lagu Tema Sedetik Cinta --->Judika -Bukan Dia Tapi Aku kat sini ---->Judika -Bukan Dia Tapi Aku.

Tertengok la jugak cite ni kat TV3 kalau sampai rumah awal...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak update pasal rumpai laut. Aku ni benda yang rutin ni memang selalu tersasar gak. Aku makan @ minum rumpai laut ni nak kata setiap hari tak la jugak maklumlah bila terlampau sibuk kadang-kadang terlupa. Padahal dah cuba disiplinkan diri.

Macam hari ni aku baru mula makan balik sebab dah dua hari tak makan sebab terlupa. Bangun pagi bersiap terus pegi keje. Balik lak terus tido. Hahaa penat. Sebelum ni pun kadang2 pagi makan, malam terlupa makan. Aduh sabar je la.

So nak update la kesan yang boleh dirasa walaupun tak konsisten makan rumpai laut ni selama hampir sebulan. Terasa kulit macam lembap2 je, moist gitu. Hahaa tataw la kot tu perasaan sendiri je. Tapi sebelum ni tak rasa macam tu pun. Tak pe la syok sendiri pun..

Kawan-kawan pun ada yang tegur makin cantik. Kulit memang masalah pun parut + jerawat... Em tataw la sebab make up ke or apa. Sebab semenjak dua menjak ni kalau rasa rajin memang make up sikit pun. Sebelum2 ni aku memang slamber je gi keje tanpa make up. Wahaha. Kebetulan memang makan rumpai laut ni, mungkin ada kesannya gak kot. Tak peka aku ni kadang2 perubahan diri sendiri.

Rambut lak lembut je. Rumpai laut tu aku wat masker rambut ngan masker muka. Kalau muka rasa tegang je pas pakai masker tu. Kalau rambut rasa lembut je. Sekarang aku tak guna syampu pape. Saje nak tengok kesan rumpai laut ni. Maklumlah rambut jenis gugur.  Setakat ni masih gugur tapi rasa macam kurang. Rambut panjang dan bertudung normal la kot bermasalah sikitkan.

Hari ni saja lulurkan badan dengan rumpai laut. Hahaa suka ati aku je kan. Takpe benda yang tak merbahaya ni kot mana pun nak try and error.

Period lancar....takde sakit2 badan sangat macam dulu. Maklumlah pra period kadang2 kita rasa sakit pingggang la, itu ini. Kuranglah sikit, nak kata takde tu kang tak normal lak.

Tu je la yang boleh dikongsi pasal rumpai laut berdasarkan pengalaman diri sendiri. Pasni kena order stok lagi la kot kalau rasa serasi bersama rumpai laut.

Ada yang tanya apa rasa rumpai laut. Kalau korang basuh bersih2 dan rendam elok2 takkan ada punya rasa hanyir rumpai laut tu. Cuma mungkin tak lalu la nak makan begitu saja bagi sesetengah orang. So tambah la dengan perasa, takde masalah.

Aku kakak aku masak letak daun pandan. Kadang2 kalau tak sempat bancuh dengan air aku telan macam tu je, boleh la diterima oleh tekak setakat ni walaupun tak letak daun pandan. Sebab untuk masker aku pesan jangan letak daun pandan. Heheh.

Entry lain yang berkaitan:
Testimoni Rumpai Laut @ Pure Marine Collagen
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yg dilakukan pada hari Jumaat yg didahuli dengan dua khutbah dan diwajibkan ke atas setiap lelaki Muslim.

"Wahai orang beriman apabila diseru (azan) untuk mendirikan solat pada hari jumaat maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Demikian itu, adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya"
Surah Al-Jumu'ah Ayat 9

Hikmat Solat Jumaat

  • Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam
  • Melambangkan kekuatan dan kesepaduan umat Islam
  • Dapat berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah.berkaitan
  • Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

Perkara yang disunatkan pada Hari Jumaat

  • Mandi sunat hari Jumaat
  • Memakai bau-bauan
  • Memakai pakaian yang baik dan bersih
  • Datang awal ke masjid
  • Mengerjakan solat tahiyattul masjid
  • Membaca al-Quran dan berselawat
  • Mendengar bacaan khutbah dengan kusyuk
  • Tidak berbual kosong atau membuat bising
  • Memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.
Sumber Rujukan: Nota Pendidikan Islam masa aku sekolah dulu...:)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terima kasih kepada blogger Remy untuk gift yang sudah selamat diterima. Hehee kalau masih ingat last minit kot menjoinkan diri---->"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away".

Mungkin sudah rezeki, Alhamdulillah terpilih sebagai salah seorang yang bertuah mendapat gift---->Tahniah!!!!!! Blogger Bertuah 2nd Year Ohsem Anniversary......

Excited kau buka gift masa kat opis....ngeh3... Pastu terus pasang. Tara inilah hasilnya.....






Aku mahu terbang..... Silalah abaikan meja yang bersepah tu ye....kih3

Terima kasih Abang Remy.... Suka sangat.... So pe lagi  serbu la blog dia---->Aku Cuma Seorang Kulikutif!!!
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku yakin ramai dikalangan kita yang memilih memakai lens aka kanta lekap untuk memudahkan pergerakan dan aktiviti seharian. Hee aku setakat ni tak pernah lagi pakai lens. So nak berkongsi story ni, seorang gadis hampir hilang penglihatan apabila parasit membiak di dalam kanta lekap yang digunakannya.

Ashley Hyde terpaksa melalui satu prosedur di mana pakar mata terpaksa menggerudi matanya. Kotoran dari biji mata beliau juga telah diambil untuk mengenalpasti punca sebenar mengapa mata kirinya merah (radang).


Doktor mendapati Hyde, 18, ​​telah  dijangkitan Acanthamoeba.


Acanthamoeba adalah parasit mikroskopik yang ditemui di air dan tanah yang boleh merebak melalui penggunaan kanta sentuh, luka, atau luka kulit atau penggunaan inhaler ke dalam paru-paru.


Dr Adam Clarin, seorang doktor Optometrik berkata pengguna kanta harus cuba untuk menukar kanta mereka setiap hari. 'Tiada apa yang lebih selamat atau sihat daripada menukar kanta setiap hari dan bermula dengan yang baru pada hari berikutnya,' kata Clarin.

So yang guna kanta lekap tu...silalah amek kira faktor kebersihan supaya boleh dielakkan apa yang berlaku kat gadis ni berlaku kat kita gak... Tak mustahilkan, silalah amek langkah awal berjaga-jaga.

Sumber--->Dailymail UK
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Rasa seronok sebab malam ni dapat BW. Walaupun bukan semua blog berjaya dijejaki dan dikunjungi tapi rasa puas la juga. Sebab dah lama tak dapat BW apatah lagi nak BW macam dulu-dulu.

Keje tetap keje, blog tetap berblog. Rasanya patut wat macam tu kot. Ngadap keje je pun watpe, melayan penat dan tension yang tak sudah buat pe. Hidup kena teruskan macam biasa. Sudah cukup-cukup sudah la mengadap dan berfikir pasal keje.

Takde orang hargai pun walaupun yang di atas ada sebagai pemerhati.So buat pe nak tension2, mood pun dah happy blogging kot. Just enjoy yourself!!!

Masa untuk tido.....zzZZZzzz...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative