Posts

Showing posts from March, 2013

TEKANAN

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kadang-kadang bila berada dalam keadaan stress, kita tak sedar apa yang kita buat, apa yang kita cakap. Pernah tak jadi macam ni?

Mulut meluahkan ''aku tekanan la kerja banyak''. Masa tu tengah menulis... Sekali tertulis perkataan TEKANAN. Oh nampak sangat memang stress sampai otak tak boleh nak fokus.

Kadang-kadang rasa hampir tersungkur, tiada daya untuk meneruskan tugas yang banyak tanpa tunjuk ajar yang sepatutnya.

Tarik nafas... TEKANAN suatu yang normal. Kau harus kuat menghadapi segala ketidakpastiaan....

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin buat diri lebih kuat, lebih pandai menjalankan tugas, lebih kuat menghadapi hidup yang mencabar. Untuk menyalahkan orang lagilah diri tak layak, siapalah aku.

Lagu Tema Bunga Merah Punya

Image
Lagu Tema Bunga Merah Punya-Zulhuzaimy-Bunga, Merah Punya
Lirik lagu Bunga Merah Punya-Zulhuzaimy

Indah harumnya bungaku
Merah dikelopak madu

Tanya hati siapa mahu
Bila cinta diam membisu

Kau bunga yang penuh durinya
Ku selalu memuja...

Biarpun terluka diriku
Namun bungaku tetap di hati
Selalu

Kau bunga yang penuh durinya
Ku selalu memuja...

Biarpun terluka diriku
Namun bungaku tetap di hati Selalu

Namun bungaku tetap di hati
Selalu





*************** Zulhuzaimy sendiri yang nyanyi lagu ni....wah boleh tahan suara dia.

Benih Kehancuran

Image
Dari sebiji benih berupa kebencian Bercambah dan melahirkan tunas kebencian.. Dari tunas kebencian.. Membesar dan mengeluarkan daun kebencian.. Dari daun kebencian.. Membesar dan mengeluarkan bunga kebencian.. Dari bunga kebencian.., Mengembang dan menyebarkan benih kebencian.. Akhirnya, benih kebencian tersebut.. Mula bercambah dan bertunas.. Sehingga lah satu masa nanti.. Menghasilkan sebiji benih kehancuran..
Aku: Proses yang sentiasa berlaku sehingga tiada lagi ruang untuk kebencian dan kehancuran itu dihilangkan. Jika boleh hilangkan kebencian itu supaya ianya tidak menghasilkan benih kehancuran dan supaya prosesnya tidak berterusan.

Kisah Gagak dengan Jag Air

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak menulis cerita kat sinikan. Erm nak tulis cerita pasal gagak dengan jag air le. Masa budak-budak dulu, mak-arwah tok ayah rajin juga cerita pasal ni dan baca buku pasal kisah ni. Jom kita recall balik.

******************* Pada suatu hari yang panas cuacanya, seekor gagak yang dahaga terbang ke merata tempat untuk mencari air. Setelah lama berterbangan, sang gagak masih tidak menjumpai apa yang dicarinya. Sang gagak berasa sangat lemah dan hampir hilang harapan untuk menemui air.
Tiba-tiba, gagak ternampak sebuah jag yang berisi air di bawah sepohon pokok yang sedang ditenggeknya. Gagak terus terbang ke bawah pokok untuk melihat lebih dekat jika terdapat air di dalam jag tersebut. Terdapat sedikit air di dalam jad tersebut, gagak merasa sangat gembira.
Gagak pun memasukkan paruhnya ke dalam jag tersebut, tetapi malangnya jag tersebut terlalu sempit dan air terlalu sedikit di bahagian dalam jag. Gagak cuba menolak jag supaya air dapat men…

Tidak, Jangan, Tak Boleh

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Adik jangan buat macam ni, kakak tak boleh buat macam tu. Tidak, tak boleh, jangan tu antara perkataan negatif  yang selalu didengar.

Terlalu negatifkah untuk anak2? Ianya bergantung kepada keadaan dan diri anak tu sendiri. Terlalu melarang dan kena pulak dengan personaliti anak tu yang memang mengikut je, memang tak berapa elok untuk jangka masa panjang.

Kenapa? Sebab macam ada tembok yang menghalang anak tersebut untuk hidup di dunia yang nyata. Hidup dengan hampir segalanya tidak, jangan, tak boleh sampai tak pandai bawa diri. Mungkin di mata orang tiada cacat cela, tapi dalaman diri hanya sendiri yang tahu.

Niat ibu bapa memang murni nak melindungi anak2 daripada dunia yang macam2 ni. Cumanya kesan untuk dalaman diri anak2 pun sangat terkesan. Terutamanya jika tembok penghalang tu tak jumpa jalan untuk dipecahkan.

Sesekali kepercayaan harus diberi kepada anak2 dan kurangkan perkataan tidak, jangan, tak boleh untuk benda2 yang tak sepatutnya.

Testimoni Rumpai Laut @ Pure Marine Collagen

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Beberapa minggu yang lepas ada order rumpai laut from Lahad Datu. Sudah selamat diterima, Alhamdulillah walaupun Lahad Datu tengah ada masalah sekarang pos berjaya sampai cepat. Dalam masa dua hari je.

Aku order Rumpai Laut @ Pure Marine Collagen (PMC) berwarna hijau. Sebabnya ada terbaca yang warna hijau ni antara yang terbaik dan kandungan klorofilnya pun lebih banding yang lain. So order la yang hijau.

Baru sekali je makan beberapa hari yang lepas. Aku order tapi kakak aku yang buat dan makan. Aku terlalu sibuk sampai lupa nak amalkan.

Walau sekali amek dah boleh rasa healing crisis. Satu badan sakit-sakit, period nak tak nak je keluar. Memang rasa sangat-sangat tak larat dan tak bermaya. Dah macam senggugut tapi tak pun. Nak teruskan pengambilan, terlupa bawa stok le pulak. Aduh..

Aku amek untuk tujuan kesihatan disamping kecantikan.. Mungkin pasni akan update dari masa ke semasa kot pasal kesan amek PMC ni. InsyaAllah....maklumlah kebanyakan…

Lesen P ke Lesen Penuh (kompeten)

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ada lagi yang masih berstatus P lesen memandu? Alhamdulillah aku dah hilang P. Ramai yang tanya macam mana proses nak hilangkan P selepas dua tahun. Nak kata renew tak jugak, tapi kira renew la kotkan istilahnya.

Untuk pengetahuan bersama, untuk hilangkan P korang kena pergi ke pejabat JPJ terdekat untuk dapatkan lesen penuh. Tak boleh ye buat kat pejabat pos. Lepas dah dapat lesen yang takde P tu, next-next year  kalau nak renew bolehlah buat kat pejabat pos.

Setahu aku, untuk tukar lesen P ni kalau suruh orang lain tolong pun boleh. Cuma kena bagi kat orang tu lesen P, sekeping gambar terbaru dan duit secukupnya. Dulu masa aku setahun RM30. Terus aku renew lima tahun. Excited punya pasal kot...lalala

Tapi sekarang tarikh lesen tamat dah ikut tarikh hari lahir kita, jadi ada perkiraan untuk yang lesen tamat sebelum hari lahir tu. Bukan fix RM30 la. Ye la nanti jangan tertanya-tanya apasal makin mahal ni. Opps tak pasti la jugak jika memang dah n…

Lagu Tema Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Lagu Tema Rindu Bertamu di Abu Dhabi
Lirik Lagu Siapa Ingin Membawa-Fahrin Ahmad

Langit yang indah telah gerhana
Hamparan jadi sahara
Berapa lama dapat bertahan
Musafir ini
Sendirian....

Siapa ingin bersama
Terbang tinggi ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta

Siapa ingin bersama
Belayar di samudra
Ke laut dalam
Ke dasar mu sayang

Masihkah ada jalan bahagia
Simpati belas di jiwa
Dibuai mimpi terbakar sepi
Hancur impian berderai
Siapa ingin bersama
Terbang tinggi ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta

Siapa ingin bersama
Belayar di samudra
Ke laut dalam
Ke dasar mu sayang
Siapa ingin membawa  Aku terbang bersama Ke langit tinggi
Ke awan cinta
Siapa ingin membawa
Aku layar bersama
Ke laut dalam
Ke dasar mu sayang

*****************************
Wah Fahrin Ahmad yang nyanyi lagu ni..... Kalau nak download lagu ni try la pi search kat youtube, berjumpa yang agak-agak oke silalah convert sendiri ke bentuk MP3 ye... Macam aku buat, sebabnya tak jumpa pun lagu penuh MP3. Dan lirik ni pun berdas…

Cek Pertama Nuffnang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Di entry ni----->Cash Out Nuffnang ada gitaw dah cash outkan Nuffnang. Last week dah dapat cek dari Nuffnang. Cek pertama yang di nanti sudah selamat berada di tangan tapi masih belum ditunaikan. Ingat nak wat cheque deposit je la nanti.

Horey ni la rupa cek tersebut.
Guna telefon cap ayam amek gambo pun...heheh
Sorry agak excited sebab ni kali pertama cash out Nuffnang punya income. Hahaa tu pun setelah bertahun mengumpul. Tak macam sesetengah orang, setiap bulan masyuk... Takpe tu rezeki masing-masing.

Yang tak pernah dapat CPUV/BE tu jangan putus asa, aku dulu pun bukan dan-dan tu dia bagi CPUV/BE tu. Dapat pulak sen-sen je memula dulu. Skang pun tak la banyak, tapi boleh la dapat ringgit-ringgit kalau banding dulu sen-sen. Alhamdulillah....

Yang penting keseronokan berblog tu. Cuma sekarang kurang seronok sebab kurang masa nak ngadap blog. Dah kurang pengetahuan dah rasanya sejak kurang ngadap blog ni.

Untuk Lelaki: Perkara yang perempuan Suka

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Untuk lelaki-lelaki yang masih dalam proses bercinta tu sila semak checklist perkara yang perempuan suka. Maklumlah hati perempuan ni macam kerak nasi, nampak keras tapi sebenarnya lembut dan mudah tersentuh. Ye la mungkin tak semua tapi kebanyakan macam tu la.

Perempuan sangat suka lelaki peka terhadap apa yang dia suarakan. Contoh la bila bercerita pasal keluarga, anak nombor berapa, berapa adik beradik. Kalau lelaki tu peka dan ingat semua yang diceritakan memang cair hati beb.Perempuan sukakan perhatian. Haha jangan nafikan, sesetengah perempuan akan bagi hint dia perlukan someone untuk support dia, so silalah bagi perhatian yang sepatutnya supaya dia rasa disayangi.Perempuan suka menguji pasangan. Kadang-kadang sengaja merajuk sebab perkara kecil sebab nak menguji boleh ke lelaki ni bersabar dengan diri. Ye la kalau sebelum kahwin pun dah tak sabar dengan kerenah kita, dah kahwin nanti lebih lagi kot tak sabar.Perempuan suka kalau perkara rem…

Beza Kewangan dan Akaun

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dua benda ni-kewangan dan akaun selalu disamakan. Tetapi sebenarnya kedua-duanya tak sama pun macam kebanyakan orang dok fikir dan bayangkan.

Banyak lagi pecahan dalam kewangan dan akaun. Hahaa aku sendiri pun tak arif tapi saje je nak membebel. Huhuu.

Secara generalnya, kewangan ni gabungan akaun dan juga ekonomi. Dua-dua pun bermain dengan angka. Akauntan mengira angka, kewangan lak akan analyze dan forecast angka tersebut.

So memang tak sama keduanya walaupun ada persamaan sedikit sebanyak. Sebab orang selalu samakan dua benda ni. Bukan tak sama langsung tapi tetap ada perbezaannya. So saja je nak membebel-bebel secara umum je. Heheh

Kelebihan Page Rank Tinggi

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak bercerita pasal blog, ye la dah tu online blog pun jarang-jarang. Terperasan page rank untuk blog ni dah naik ke angka dua. Alhamdulillah naik pun dia semula.

Kalau dulu kat entry ni mengeluh pasal page rank dah turun ke angka satu semula-----> Tak konsisten. Suka tengok PR dah naik ke dua tapi yang tak suka tak mampu nak konsisten berblog dah sekarang ni. So tak tahu la PR 2 ni mampu bertahan lama mana dan mampu ke nak naik ke PR3 ataupun jatuh ke PR1 semula. Alahai ayat sadis...

Kelebihan page rank tinggi ni, pada pemerhatian akulah blog kita akan terindex kat muka hadapan google. Kiranya akan dapat tempat la dalam page enjin carian google. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti sebab aku sendiri tak arif berkaitan page rank ni.

Kepada yang nak tips untuk naikkan page rank boleh klik sini-----> Tips naikkan Page Rank

Kena banyak lagi belajar mengenai page rank ni kot. Banyak yang tak tahu daripada tahu. Tapi dengan keadaan se…

Lagu Tema Cinta Qaseh

Lagu Tema Cinta Qaseh-Cinta Qaseh-Mila ft Nubhan
Lirik Cinta Qaseh-Mila ft Nubhan

Senarai penuh lagu latar dalam drama Cinta Qaseh

Pilihan Hatiku-Geisha

Denganmu-Marcell

Peri Cintaku-Marcell

Dia Dia Dia-Afgan

Ini Cinta-Noah Band

Tentang Kita-Dhiya

Kesalahan yang Sama-Kerisputeh

Mengejar Mimpi-Maudy,Rendy,Claudia

Pilihan Hatiku-Geisha

Aku dan Dirimu-Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari

Karena ku Cinta-Bunga Cinta Lestari

Hanya Cinta yang Bisa-Agnes Monica

Pencari Jalanmu-Afgan

Rindu Setengah Mati-DMasiv

Bintang Hidupku-September Band