Tips Memandu Ketika Hujan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tips memandu ketika hujan ni berdasarkan pengalaman seharian ketika memandu. Kadang-kadang kita ni masa memandu terlupa nak pratikkan sedangkan benda tu penting untuk keselamatan bersama. Kalau hujan je, mesti ada accident selalunya. Memandu dalam hujan memang merbahaya terutama di waktu malam hari.

Tips Memandu Ketika Hujan:

Tips Memandu Ketika Hujan-Memasang Lampu Kenderaan
Ini penting untuk memastikan pemandu kenderaan lain perasan kewujudan kita kerana ketika hujan penglihatan amatlah terhad. Di tambah pula dengan warna kereta yang gelap, memang orang kadang-kadang tak perasan. So kalau ada cahaya lampu tu orang cam la ada kenderaan lain kat depan/belakang/tepi dia. Masa hujan cuba tengok beza kereta yang pasang lampu dengan tak pasang.

Tips Memandu Ketika Hujan-Memandu dengan had haju sederhana
Jangan memandu terlalu laju. Dah hujan pun, agak-agak lakan nak drift pun. Bahayanya bawak laju ni, kalau terlanggar lopak air memang naya, terbabas la ekau kat tepi tu kang. Kalau aku bawak 60/70km je. Kalau ikut lorong slow yang banyak lopak air tu memang paling laju pun 60km/j je aku drive. Stereng mmg tak lepas dua-dua tangan sebab aku tahu in case terlanggar lopak air aku susah sikit nak handle, boleh tersasar.

Tips Memandu Ketika Hujan-Amalkan Jarak Selamat
Bukan dalam hujan pun patut diamalkan, apatah lagi semasa hujan. Ye lah dalam hujan dengan jarak penglihatan yang terhad, kang tetiba ada kereta tetiba brek kita tak perasan ke, tak ke naya tercium bontot kereta lain. Brek mengejut dalam hujan ni, tayar pun tak cengkam sangat.

Tips Memandu Ketika Hujan-Peka dengan kenderaan lain
Memang la penglihatan terhad, tapi kena peka juga dengan kenderaan di sebelah kiri/kanan kita (kalau dok lorong tengah la). Peka jika diaorang bagi signal nak masuk, bagilah ruang. Dalam keadaan hujan lebat ni, memang kena banyak tolak ansur. Ye la kereta depan mungkin tak perasan kereta kat belakang dia. Kalau aku memang akan bagi signal lama sikit sebelum tukar lorong.

Tips Memandu Ketika Hujan-Jangan Mencilok
Tahulah juara mencilok, tapi agak-agaklah nak mencilok dalam hujan lebat. Nak mati pun mati sorang-sorang, jangan bahayakan nyawa orang lain. Orang lain pun nak cepat jugak.

Tips Memandu Ketika Hujan-Bagi Signal
Ni sangat penting, nak tukar lorong silalah bagi signal. Bagi signal lama sikit supaya pemandu kat belakang faham niat kita dan perasan kita nak tukar lorong. Jangan sesekali bagi signal daripada belakang pastu terus masuk depan kereta tu. Bahaya beb...Selalunya orang takkan perasan terutama hujan tengah lebat. Itu dah macam mencilok namanya.

Tips Memandu Ketika Hujan-Wiper Belakang dan cermin pandang belakang
Kalau kereta keluaran perodua, memang selalunya wiper belakang wujud. Tapi kalau kereta Proton kakak aku tu, takde pun (boleh pasangkan). Masa hujan lebat cermin sisi memang tak membantu langsung, kalau aku akan guna cermin pandang belakang sebagai altenatif. Tu gunanya wiper belakang.

Tips Memandu Ketika Hujan-Lampu Kecemasan
Ada dua pendapat. Yang pertama kurang wajar memasang lampu kecemasan semasa hujan kecualilah betul2 kecemasan seperti kereta rosak, lampu kereta tak berfungsi.

Kenapa tak wajar? Sebagai contoh ada dua buah kereta yang nyalakan lampu kecemasan. Kita tengah memandu dan nampak sebuah kereta kat depan kita dengan lampu kecemasan dan sedang bergerak. Sebuah kereta yang lain mengalami kerosakan di tengah jalan dan memberi lampu kecemasan.

Kereta pertama tu mungkin dah jauh ke depan atau masuk simpang lain. Sampai kat tempat kereta rosak, kita nampak kereta tu dan membuat andaian, "owh ni kereta yang bagi lampu kecemasan tadi tu" sedangkan itu kereta berlainan yang pegun. Dah dekat betul2 baru perasan kereta tu pegun, kalau tak sempat brek memang accident la kita.

Penyebabkan hanyalah lampu kecemasan yang mengelirukan. Lagipun kalau bagi lampu kecemasan masa kereta sedang bergerak, kereta tu nak pergi kiri kanan pun kita tak tahu. Ni selalu kena, nyaris nak terlanggar. Mana taknya dah la bagi lampu kecemasan, kejap kat lorong kiri, kejap tengah, kejap kanan. Haish dok diam-diam kat satu lorong dah le.

Pendapat kedua wajar kalau hujan tengah lebat selebat-lebatnya sampai tak nampak apa dah kat depan terutama waktu malam. Nak berhenti tepi jalan lagi bahaya, pilihan yang ada redah jugak. So nyalakan lampu kecemasan sebagai extra alert kepada pemandu lain. Tapi ingat jangan suka hati nak tukar lorong lak sebab orang tak tahu niat kita.

***********************
Oke sekian perkongsian tips daripada aku... Kalau ada tips tambahan sangat dialukan untuk menambah.

Aku: Paling tak suka drive waktu malam diiringi hujan yang sangat lebat, rasa macam nak nangis pun ada sebab tak nampak apa-apa.

Comments

Nafira usof said…
cuak gak kalo memandu bila hujan. lebih lagi saya nih rabun n silau.. bila banyak cahaya trus jadik hilang fokus. huhuhu
Hafiza AizZawa said…
bagus2.. waktu ujan mmg kne lebih berhati-hati..
E'in said…
walaupun ein xtahu drive, bile time hujan je mesti risau kat tukang driver tu.. huhu.. kadang2 die hentam bwk laju gak..
pena rozie said…
Kalau keadaan lebat sgt. Berenti ditepi jln ajer...
Setuju dengan tips ini. Yang lampu kecemasan memang macam tu rasanya. kita yang kena pandai sesuaikan keadaan nak pasang atau pun tak. takut menggangu pemandu lain jika tak kena tempatnya.
Kesuma Angsana said…
very gd sharing ni, tips yg bermanafaat sgt !
Azlan Strider said…
bagus entry ini...semoga ramai yang dapat belajarnya..aritu otw balik dari frase ade kete nie selamber jer potong sy time hujan..15 minit kemudian kete dia terbalik masuk longkang..orang nak tolong pun segan2 sbb ujan..oleh itu berpikir laa sebelum memecut kitika hujan..

Regards,
-Strider-
Koding said…
kalau hujan lebat sangat, dan tak dapat melihat dengan jelas ... Eloklah cari tempat berhenti yang sesuai untuk berehat seketika ...
Kakzakie said…
Betul Sha... kalau signal dua-dua lampu tu jgnlah sesuka hati tukar lorong sebab org belakang tak tahu.
Assalammualaikum...aisyah,

Terima kasih bebanyak perkongsian nie. Boleh amalkan dan jadi tips semasa memandu semasa hujan. Jangan main redah aje..betul x? Bahaya ..

mselim3
Niesa said…
bagus tips ni lagi2 sekarang ni musim hujan kan..kena hati2 lah..nice sharing.. :)
Aefa Aerisya said…
aefa tak suka memandu time hujan.. mate kena bukak besar huhu.. nice tips.. tq :D
Acik Erna said…
asalam AJ..walaupun acik tak memandu..dok sebelah je..tapi kalau masa hujan lebat memang acik rasa takut..tak nampak apa..nak berhenti bahaya..nak jalan tak nampak
Waktu hujan memang cuak nak drive , kadang2 keretta sebelah langgar kelopak air. Habis memancut ke cermin kereta. Adess
Waktu hujan memang cuak nak drive , kadang2 keretta sebelah langgar kelopak air. Habis memancut ke cermin kereta. Adess
Nur-nba said…
Perlahankan kenderaan dan jangan pandu terlalu rapat.. Teringat dulu pernah accident di waktu hujan dan jalan licin..mujurlah tak apa2.

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing