Posts

Showing posts from September, 2013

Surgery Geraham Bongsu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Akhirnya sampai juga tarikh temujanji untuk minor surgery gigi geraham bongsu aku pada 13 September yang lalu. Perasaan dah tak rasa apa kot sebab nak tak nak kena remove gak geraham bongsu tu sebab memang dah berlubang pun. Cuma kena tengok result darah oke ke tak je.

So dalam pukul 8.15 pagi aku sampai hospital Putrajaya dan terus ke bahagian pendaftaran. Dekat pukul 8.30 bahagian dental telefon, maklumlah temujanji aku ni melibatkan doktor pakar yang memang susah kot nak ada. So aku confirmkan dah ada kat hospital bahagian registration. Dalam 8.40 macam tu terus ke bahagian klinik bedah mulut. Nurse suruh pi makan dulu sebab aku tak brekfast lagi. So menapak ke cafe hospital dan makan kuetiow+mee dulu walaupun perut tak rasa lapar.

Dekat2 9.15 terus ke klinik bedah mulut semula. Tak sampai seminit duduk nombor aku dah naik. Hee on time sebab temujanji aku memang 9.15 pagi pun. So menapak masuk ke dalam bilik. Seorang doktor bersama assistant …

Harga Minyak Naik Semua Kecoh

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seperti semua maklum harga minyak RON95 dinaikkan 20 sen bermula 12 tengah malam tadi. Makanya harga baru RM2.10/liter la. Ingatkan khabar angin je semalam so buat tak pedulilah. Maklumlah selepas pilihan raya pun ada ura-ura tapi tak naik pun masa tu.

Macam-macam kekecohan timbul ekoran harga minyak naik. Macam-macam spekulasi dan pendapat daripada semua orang. Ada yang sokong, ada yang tak sokong. Berbau politik pun ada. Erm aku? Layan je la dah naik nak tak nak minyak kena isi gak. Tak jalan kereta kang kalau tak isi minyak.

Di kala semua pakat beratur kat stesyen minyak, daku bersantai menidurkan diri di rumah.. Hahaa padahal minyak kereta memang dah tinggal separuh pun.

Tapi secara logiknya bila harga minyak naik, harga barangan pun akan turut naik. Alasannya kos logistik bertambah... Erm logik gak tu..

Teringat zaman minyak tak naik lagi harga masa mula-mula kakak aku beli kereta tahun 2009 camtu. RM50 tu melimpah tangki minyak...huhuu. Se…