Posts

Showing posts from August, 2013

Hati Keliru

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hati keliru...
Siapa sebenarnya selayaknya bertakhta di hati...
Hati keliru..
Yang mana satu pemilik tulang rusuk...
Hati keliru...
Hati ini untuk siapa sebenarnya..
Hati keliru dan masih keliru...

Kepada bakal pemilik hati...
Tolong jangan hancurkan hati yang rapuh ini...
Kepada bakal pemilik hati...
Tolong jangan memberi harapan yang tidak pasti...
Kepada bakal pemilik hati...
Tolong jernihkan kekeliruan ini...

Hati kenapa mesti keliru...
Berserah kepada Dia yang satu...
Sudah tertulis di Luh Mahfuz siapa pemilik tulang rusuk
Sudah tertulis di Luh Mahfuz siapa pemilik hati..
Doakan pilihan itu yang terbaik kerana hanya Dia yang maha mengetahui
apa yang terbaik untuk hambaNya...

Perkahwinan...
Saling melengkapi
Saling menyayangi
Saling mengingatkan
Saling bekerjasama

Perkahwinan...
Bukan saling pentingkan diri
Bukan saling membenci kemudian hari
Bukan saling buat hal sendiri
Bukan saling mengingkari janji

Penyatuan dua hati...
Menerima seadanya…

Rebat Telefon Pintar disambung

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seperti yang korang sedia maklum rebat RM200 untuk telefon pintar dah tutup hari tu. Erm kakak aku tak sempat nak beli pun. Kecewa dia sebab terlambat dan terrugi RM200..hahaa

Tapi berita baik untuk yang tak sempat nak beli tu, peluang kedua muncul ni. Rebat RM200 untuk telefon pintar akan disambung semula. So apa lagi ambil la peluang yang ada. Aku tahu ramai yang dah tamat permohonan la, yang tak cukup umur lagi berapa bulan lagi la.

So take noted ye bermula 3 September 2013 rebat RM200 akan disambung pemberiannya kepada golongan belia. Bukan sekarang ye, September nanti. Ala berapa hari je pun lagi.

Makanya boleh la mengusha telefon yang berkenan di hati. Nak tahu lebih lanjut cek kat sini----->Pakej Komunikasi Belia.

********************* Hari ni naik public transport pi keje... hee not bad tapi teksi sedikit mahal la. Lebih mudah komuter dan LRT..huhuu

Lagu Kalau Aku Kaya perli Menteri?

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

*Altimet*
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

*Awi Rafael*
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)

*Altimet*
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup…

CPUV Nuffnang belum Credited

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak update pasal Nuffnang. So ari ni nak update la pasal BE nuffnang yang belum credited lagi. Alhamdulillah bolehlah buat topup earning sedia ada....


***************** Nak BW kalau sempat...dari Isnin lagi asyik BW separuh jalan, haish tak adil betul tuan rumah ni tak pegi semua rumah kawan2...jangan marah eaa. Minta maaf tak berniat macam tu, kalau boleh mau jalan2 semua blog.

Rasa InginTahu

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pada hari hujan, seorang lelaki tua berdiri dengan buku untuk dijual.
Seorang lelaki muda datang membeli buku tersebut.
Lelaki muda itu membeli buku tersebut dengan harga RM100
Sebelum lelaki muda meninggalkannya, lelaki tua berpesan, "JANGAN SESEKALI MEMBUKA MUKA SURAT TERAKHIR BUKU TERSEBUT ataupun KAMU AKAN MENGHADAPI MASALAH".
Lelaki muda tersebut selesai membaca buku tersebut tetapi tidak membuka muka surat terakhir.
Tetapi....setelah berminggu-minggu, disebabkan rasa ingin tahu yang terlalu mendalam, lelaki muda membuka muka surat terakhir dan.....
Lelaki muda hampir pengsan melihatnya.
Harga Pasaran: RM10

Moral of story kadang-kadang rasa ingin tahu yang keterlaluan menyebabkan kita menyesal dengan apa yang telah pun berlaku.

******************* Aku: Moral satu lagi anggaplah memang sudah rezeki pak cik tua tersebut....positif gila..hehee

Gigi Geraham Bongsu Berlubang

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku pernah post entry pasal geraham bongsu awal tahun lepas---->Bila Geraham Bongsu nak Tumbuh. Setahun lebih sudah berlalu tapi geraham bongsu masih tidak berjaya naik dengan jayanya. Siap berlubang lagi gigi bongsu aku akhirnya.

Ceritanya dalam bulan enam macam tu la, gigi geraham bongsu aku sebelah kiri bawah berserpih. Serpihan tu menyebabkan geraham bongsu aku berlubang. Disebabkan kesibukan dan kemalasan aku, tak la pergi jumpa dentist. Tambahan lagi tak sakit pun masa tu. Beberapa minggu lepas tu, mulalah denyutan cinta berlaku. Siapa yang pernah rasa je tahu macam mana sakitnya.

Sakit naik sampai ke kepala dan rasa macam nak demam je badan. Time ni tips yang aku pernah bagi tu masih berkesan tapi kena gigih la. Kena pastikan gigi yang berlubang takde tertinggal sisa makanan. Lepas makan kena kumur dan pastikan mulut sentiasa dalam keadaan yang paling bersih. Yang paling tragis sakit gigi ni datang time pagi buta pukul dua pagi macam t…

Berat Bulan Puasa

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terasa lama tak mencoret kat blog. Kesibukan diri dengan urusan duniawi memang tak pernah mereda bahkan semakin memuncak. Selagi bernafas begitulah kita. Tiba-tiba terasa macam skema je mencoret di blog.

Tinggal berapa hari je lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirai, Syawal bakal menjelma. Serasa begitu cepat masa berlalu, keje dan keje akhirnya Syawal bakal muncul. Sedih hati mengenangkan masa berlalu begitu sahaja, diri tidak mampu menjadi yang lebih baik. Ramadhan seolah tersia begitu sahaja. Mungkin tiada lagi Ramadhan untuk diri tahun berikutnya, hanya Dia lebih mengetahui.

Oke kita masuk kepada topik entry, aku yakin ramai yang berat badan makin turun di kala berpuasa ni. Aku pun salah seorangnya, berat turut turun. Ini namanya berat bulan puasa. Sudah underweight bertambah underweight lagi.

Hajat di hati sebenarnya nak cek tekanan darah tapi part tu mesin dia rosak dan tak boleh detect, takpe la alang-alang dapat sekali berat, tinggi, body fa…