Tips Jika Dipatuk Ular

Assalamualaikum,

Dipatuk ular
Dipatuk ular - Google
Dipatuk oleh ular? Apakah tindakan anda sekiranya saudara atau rakan anda dipatuk oleh ular? Tentu anda merasa panik dan cemas untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. Hari ini aku ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna: 
  1. Baringkan mangsa terlebih dahulu dan jangan pula menggerakkan anggota badannya terutama di bahagian yang dipatuk bagi mengelakkan bisa itu dari merebak ke bahagian lain. 
  2. Biarkan bahagian yang dipatuk berdarah selama 15 minit hingga 20 minit. Kemudian cuci dan sapukan  bahagian yang dipatuk dengan betadine (jika ada) bagi mengelakkan berlakunya jangkitan (syaratnya mangsa tidak alah kepada iodin). 
  3. Balut luka yang telah dicuci dengan pembalut yang sesuai, namun jangan pula dibalut terlalu ketat  (caranya periksa nadi di atas dan nadi di bawah balutan, jika tiada nadi dikesan bermakna balutan terlalu ketat).
  4. Jika mampu, bunuh ular berkenaan bagi mendapatkan antivenom (antivenom adalah rawatan terbaik untuk mangsa). 
  5. Segera dapatkan rawatan dari pakar perubatan bertauliah. 
  6. Elakkan dari menyedut bisa ular dengan mulut, ianya sangat berisiko. 
Selamat mencuba..

p.s : Sebenarnya aku geli tengok ular..

Rujukan : Panduan Membelai Diri Indah di Mata, Patonah Chai Choh, Alaf 21 Sdn. Bhd. 

Oleh : Mizz Aiza

Comments

Maria Firdz said…
Tapi petua org tua..x bg bunuh ular sbb nnt bisa dia ssh nk sembuh... Tapi x tahu la kebenarannya...
Bahrain Ramlan said…
tnggu 15 minit macam dah mati je mangsa tu, ambulans kompom datang lambat..kalo yang patok tu ular yang sangat berbisa, dalam 15 minit berkemungkinan besar dah mati, selagi kita mampu, bawaklah mangsa ke Hospital dan dapatkan rawatan dengan segera.
Azrin Rahim said…
tq atas tips yer sis,,,pernh bljar masa ayie pbsm dulu..hehe
a.samad jaafar said…
info yg bagus..tapi mcm mana nk ambil antivenom dari ular tu ?
eiyna tyna said…
singgah melawat kak aiza :)
ehh kak aiza sma mcm sy . sy punn geli jugak dgn ular nieyh :D
btw nice entryy ^^
DGR ULAR JER DH GELI..NAUZUBILLAHIMINZALIK..
tips yang sangat berguna....takut haiwan ni....mudah jumpa
BUNDA a.k.a KN said…
assalam,

bunda pun sama cerita pasal2 ular tengok gambar ular pun geli sesangat..
tp ada ular yg dlm brape minit mgsa leh maut kan kak..
Kesuma Angsana said…
wah bgs betul tip ni !
D_08 said…
errr.....oghang yang same ke dgn cik Mizz AIza ni???
Clive Einstein said…
mmm...yang part nak mendapatkan antivenom tu mcm mana pulak?ambik darah ular tu ke apa? >_<
scary!
-meeSUPERGIRL- said…
mintak jauhhhhhhh ~
E'in said…
mintak dijauhkan laa dr kena patuk ular... huhu
Terima kasih. Info yang sangat berguna
Empayar Utama said…
Uih tunggu boleh tak panjang umor kawan tu. Tips terbaek jauhi ular
Remy hazza said…
nice tip...boleh buat panduan utk semua......

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing