Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah berbulan gak aku guna Safi Rania Gold ni. Tapi bukan set lengkap la. Aku hanya guna pencuci muka sahaja. Memang niat kalau serasi nak je guna set lengkap.

Krim malam safi rania tak sesuai untuk kulit aku. Berminyak-minyak muka. Pakai malam rasa best, bangun pagi memang berminyak muka. Huhuu memang tak sesuai dengan kulit la tu. So terus stop dan wakafkan kat kakak aku. Dengan muka dia menjadi lak. Haish mujur la tak rugi boleh bagi kat orang yang kulit sesuai. So kesimpulan krim malam tu sesuai untuk kulit kering, bukan berminyak. Ye la kot.

Pencuci muka dia memang best. Aku guna yang gel punya. Dua lagi jenis tu tak pernah lak try. Tapi rasanya mungkin tak sesuai dengan muka aku yang jenis berminyak ni sebab dua lagi tu melembabkan.

Krim siang tak pernah le pulak try. Tapi tengok akak aku guna oke. Cuma kena rajin la tepek tiap2 hari kalau nak kesan yang marveles. Kalau macam aku yang malas nak wat benda rutin macam tu mesti susah gak.. Huhuu

Krim kontur mata aku pernah try. Ntah la sama je rasa pakai or tak pakai. Ke aku yang tak peka dengan perubahan tak tahu le pulak.

BB krim aku pernah tergoda nak beli dan try tapi tak terbeli sebab duit tak cukup masa tu. Hahaa so aku grab BB krim Safi Balqis. Erm tak best sangat BB krim safi balqis dengan kulit aku.

Macam biasa ni pengalaman aku guna, tak semesti sama dengan orang lain. Orang lain mungkin sesuai kesan pun oke la kan... Ye la kulit manusia ni bukan sama pun jenisnya. Ye dak...

Psst....ada yang dah pernah try Safi Rania Diamond ke?

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative