Monday, June 10

Terowong Menora dan Volkswagen Kuning

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku percaya ramai yang pernah dengar pelbagai cerita misteri mengenai terowong Menora. Keadaan jalan yang curam dan berselekoh menyebabkan banyak kenderaan yang terbabas kat jalan sekitar situ.

Bukan nak story pasal keadaan jalan dia. Cuma dulu2 glamer sangat cerita pasal Volkswagen kaler kuning sekitar Terowong Menora. Cerita aku nak story ni seseorang yang bercerita kat aku masa belajar dulu. Lebih kurang ceritanya:

Dia (lelaki) balik sorang2,  aku tak ingat le pulak menghala ke Selatan or Utara tapi kejadian memang berlaku kat Terowong Menora tu la. Masa tu pagi2 buta (mestilah gelap pagi buta) kat Terowong Menora tu dia terperasan kehadiran kenderaan lain selain dia. Lega sebab ada jugak pemandu lain waktu2 macam tu dan dia tak berseorangan. Masa perasan kehadiran volkswagen tu, belum masuk dalam terowong lain. Nampak kot side mirror je. Samar2 camtu la.

So masa dalam terowong tu Volkswagen tu lalu kat sebelah, sempatlah jeling Volkswagen tu memang lama dan nampak usang tapi boleh tahan laju. Setakat jeling gitu-gitu jelah. Biar je la Volkswagen tu berlalu ke depan dah dia nak cepat.

Tapi dari side mirror dan cermin pandang belakang dia terperasan ada cahaya lampu kereta. Ada kereta lain lagilah. Bila makin dekat kereta tu dia perasan kereta tupun kereta Volkswagen warna kuning. Hati dah rasa tak sedap. Tapi masih maintain. Kereta tu pun berlalu kat tepi terus ke depan hingga hilang daripada pandangan.

Sepanjang dalam terowong tu memang berkali2 dia dipotong oleh Volkswagen warna kuning yang usang tu sehinggalah dia keluar dan ke depan sikit daripada terowong.

Pernah keluar kat Majalah Mastika rasanya pasal Terowong Menora dengan Volkswagen kuning, tapi versi lainlah sebab orang lain punya pengalaman. Kalau orang yang cerita tu menipu maka aku pun kira menipu korang yang membaca.

Nak percaya ke tak tak tahu la. Cuma berhati2 dan bersedia bila menghampiri Terowong Menora. Sebab dalam terowong agak menakutkan kereta laju-laju kalau terbabas dalam terowong tak ke naya.

Sekarang macam dah senyap je pasal volkswagen tu.

****************

Paling lewat pun pernah lalu kat terowong tu sebelum pukul 12, kalau tak seram jugak kot....

6 comments:

Ujie said...

Kalau kena gitu, kita kena bertenang. Takut kita pulak accident sbb ketakutan.

*baru lalu menora ni cuti sekolah lepas, waktu malam jugak..tapi tgh jam giler.

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm yg kat kuala je..sama gak kisahnya..ke sama ni? huhuh

HeNRieTTa JoSe said...

Dh jrg dgr...rietta pown kdg kdg lebih jam 12 lalu ctu....tpi xpernah la sorg sorg...klu sorg srog...before 12....

Remy hazza said...

selalu lalu tgh mlm kat terowong tu...kalau balik kampung..... alhamdulillah.... tak pernah nampak lagi wokwagon kuning tu.....kalau boleh tak nak nampak pun....

Anonymous said...

mcm same n ksah lebuhraya karak je???? VOLKSWAGON KUNING JGK MMG LAGEND KOT KT PHG...sdara kot????

samsudinismail Samsudin1980 said...

Seram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...