Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

SKCB? Apa tu... Sejenis permainan untuk suka2 zaman aku sekolah rendah dulu. Tataw la zaman korang dan tempat korang main ke tak benda ni. Dan budak sekarang pernah tahu ke wujud permainan macam ni. Just for fun je pun.

SKCB tu aku ringkaskan je. Sebenarnya setiap huruf mewakili perkataan, iaitu:

S= Sayang
K= Kasih
C= Cinta
B= Benci

Cara main pulak, matchkan nama dua orang. Selalu nama lelaki dan perempuan la. Psst dulu selalu match dengan nama cikgu sains aku. Darjah 6 pun dah menggedik kau... Contoh:

A I S H A H J A H I R A H
M O H D Z A I N U D D IN

Setiap huruf di nama perempuan yang ada pasangan dengan nama lelaki dipotong. Contoh macam kat atas tu la. Potong sampai semua nombor ada pasangan habis.. Pastu kiralah jumlah huruf yang masih tinggal.

Macam dalam contoh 17 lagi yang belum dipotong...So kiralah SKCB tu, dapatlah SAYANG....hehee

Aishah Jahirah: Pstt korang ada ke main macam ni dulu???

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative