Sunday, June 9

10 Tips Mengatasi Kesedihan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sedih
Jangan bersedih - Google
Sedih merupakan salah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, dan muncul akibat penderitaan kerana terluka, derita dan sakit. Lazimnya perasaan ini wujud bagi kebanyakan wanita, namun ianya mungkin berbeza bagi wanita yang berlainan. Usahlah bersedih wahai wanita. Ingatlah, Allah SWT sentiasa bersama kita walau di mana pun kita berada seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

“...Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita...”. 
(Surah At- Taubah ayat 40).

Bagaimana caranya untuk mengurangkan rasa sedih? Berikut beberapa 10 tips berguna yang mungkin boleh dipraktikkan : 

1. Bagi masa untuk jiwa anda kembali pulih
Usah bersedih dan menyeksa diri anda sendiri. Ingatlah, tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan, terimalah dengan seadanya. 

2. Luahkan perasaan anda kepada seseorang
Carilah teman rapat atau orang yang dipercayai untuk anda meluahkan kesedihan itu. Pasti anda akan merasa tenang setelah semua yang terbuku di hati diluahkan. 

3. Menangis
Ambil masa untuk menangis sepuas-puasnya. Pasti anda akan merasa lega setelah puas menangis. 

4. Berjalan-jalan di luar 
Anda boleh menghabiskan masa berjalan-jalan untuk mengurangkan rasa sedih. Luangkan waktu untuk lepak di kafe atau mencuci mata melihat buku-buku baru.

5. Dapatkan sokongan dari orang sekeliling kita
Keluarga dan sahabat baik adalah insan yang paling kuat menyokong anda di saat suka dan duka. 

6. Maafkan diri sendiri dan orang yang telah menyakiti anda
Ingatlah, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Seharusnya anda memaafkan diri anda sendiri ataupun orang yang telah menyakiti anda. Insya-Allah fikiran anda akan tenang.

7. Lakukan hobi atau kegemaran yang bermanfaat
Buat sesuatu yang anda suka. Contohnya jika anda suka menjahit, sibukkan diri anda dengan aktiviti merekacipta satu jahitan yang kreatif.

8. Berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin dan dengan berdoa kita merasa lebih dekat dengan Allah SWT. 

9. Berfikiran positif
Hentikan berfikiran negatif, ianya boleh membuatkan anda merasa lebih sedih. Pilihlah untuk berada di kalangan orang yang positif untuk membuatkan diri anda sentiasa positif dan ceria. 

10. Bersukan
Sesekali sibukkan diri anda dengan aktiviti yang menyihatkan badan anda. Bersukan boleh menyebabkan badan merasa gembira kerana ia akan menghasilkan endorfin iaitu hormon yang menenangkan. Jika anda suka mendaki gunung, ajaklah rakan-rakan yang suka mendaki pergi mendaki.

Selamat mencuba..

Oleh : Mizz Aiza
^_^

12 comments:

D_08 said...

La Tahzan....... Positifkan dighi.... Insyallah sume bende kite buat positif...... Allah kan ade!

Maria Firdz said...

nice tips... mmg kalau sedih... kna byk2 ingt Allah.. kalau layan rosak jiwa.. :)

Nur Aqilah said...

La tahzan. dugaan dtg menimpa

puteri kasih said...

tak salah bersedih cuma jangan terlalu lama. Sentiasa kena positif dan redha dengan apa yang berlaku kan :)

Kesuma Angsana said...

tq share tips yag bagus ni yer

Nizam.Ariff said...

berikan masa untuk kembali pulih...
Huh..! Dah lama dah tapi belum pulih-pulih... cemana?

Teena Tna said...

Kalau tgh sedih sy serahkan segalanya kepada Allah, minta diberikan ketenangan

Rodiah Amir said...

susah untuk memaafkan..

Dkna Abza said...

dekatkan diri dengan Allah :)

E'in said...

lau sedih, ein selalu ngadu kat bestfriend, nangis and doa byk2... huhu

icE said...

bagus tipsnyaa!! thanks

jemputla ke blog saya:

Mak in Progress

biela bell said...

Bila menghadapi musibah..diri ini sentiasa yakin pada Allah. pasti ada hikmah kenapa ia jadi macam tu.. tapi hati tetap tak dapat nak menolak perasaan sedih tu. It will take time maybe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...