Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Hari ni cuti sebab ada temuduga dengan SPA. Ni la pertama kali dapat interview dengan SPA. Dah apply SPA sejak zaman lepas abeh SPM lagi seingat aku. Pastu sambung blaja kat U sampai dah abeh blaja, ni la sekali dapat interview SPA.

Sebelum ni pernah la sekali dua attend exam under SPA tapi fail.. Wakaka....

Ramai yang dapat interview Penolong Pegawai Tadbir ni dengarnya. Ye la post ni dah dua tahun tak buat pengambilan baru. Last tahun 2011 kalau tak salah la. Kalau salah silalah tegur. Interview pun berlangsung sehingga bulan Jun di seluruh Malaysia. Aku dah selamat ditemuduga tadi. Aku kena interview dekat SPA Putrajaya.

Cheklist sebelum hadir interview Penolong Pegawai Tadbir:

  • Bawa bersama surat panggilan interview. Nanti surat tu kena drop. Kalau rasa sayang nak wat kenangan surat tu, print je yang dari email untuk drop macam aku buat. Surat boleh simpan wat kenangan. Hihi
  • Pastikan sijil disusun mengikut apa yang dinyatakan dalam surat panggilan. Tapi nanti dia akan cek jugak, so kalau tak betul dia akan suruh susun semula. Tapi eloklah wat siap-siap kat rumah takde kelam kabut.
  • Bawa apa yang diminta sahaja. UPSR,PMR tak perlu la letak sebab tak minta pun.
  • Fotokopi IC,surat beranak dan kelayakan akademik silalah bawa bersama.
  • Tak perlu bawa salinan untuk sijil aktiviti. Dah dinyatakan dalam surat yang asal sahajakan dia nak tengok.
  • Pastikan bawa resume bergambar yang ringkas dan padat. Resume kalau boleh jangan lebih daripada 2 page(pendapat aku la). Lagipun kat situ pun dah nyatakan resume kena padat dan ringkaskan.
  • Pakaian haruslah sopan (baju kurung). Lelaki seeloknya bertali leher. Kasut kalau boleh biarlah bertutup penuh. Kalau ada blazer bolehlah pakai. Tapi selalu blazer ni ada markah untuk gred 41(dululah-sekarang tak pasti kot dah berubah). Aku takde blazer2 ni. Wakaka
Tips ketika inteview:
  • Loceng akan dibunyikan. So lepas dengar bunyi loceng tu, ketuklah pintu dulu sebelum masuk.
  • Masuk dan bagi la salam or apa je greeting yang sesuai ikut siapa penemuduga. Kalau Islam memang la bagi salamkan.
  • Letakkan fail peribadi bersama cheklist(resume+salinan ic,sijil lahir,akademik) kat atas meja penemuduga. Seeloknya biarlah fail tu menghala ke arah dia terus. Hehee tak payah penemuduga susah2 nak pusingkan fail tu nanti.
  • Berdiri dulu dan kalau dia suruh duduk, ucap terima kasih dan duduk. Kalau agak lama dia tak suruh duduk, minta kebenaran untuk duduk.
  • Semasa sesi temuduga silalah jujur dan bercakap sesopan yang mungkin walaupun ada sesetengah isu yang agak panas.
Apa nak baca?
  • Isu semasa kena amek tahu gak.
  • Skop kerja yang kita minta. Skop kerja Penolong pegawai tadbir. Boleh search kat google...
  • Skop kerja kita sekarang.Macam aku kena la, skop kerja sekarang pun aku fail nak jawab. Wakaka takkan nak bagi alasan saya baru bekerja lakkan. Cuma bagi alasan saya masih belajar banyak perkara. Hahaha selamat la penemuduga sangatlah friendly. So takla nerves sangat. Cuma aku yang blur, huhuu dengan tak cukup tidonya semalam. Sabar je la....
  • Dasar kerajaan sekarang. NKRA semua tu la kena amek tahu dan fahamkan sebab nanti nak explain senang kat diaorang.
Ni berdasarkan apa yang aku kena. Pengalaman temuduga penolong pegawai tadbir. Ye la lain penemuduga lain soalannya. Dalam bahasa Inggeris ke Melayu kena interview? Aku kena dalam Bahasa Melayu. Tapi rasanya ada yang kena dalam Bahasa Inggeris. Ni pun depend kat penemuduga.

Gud luck kepada yang akan hadir interview tu. InsyaAllah ada rezeki dapat. Takde jadikan sebagai pengalaman. Positif...Kih3

update: Aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam sekarang tapi belum sah jawatan lagi. So Isnin col SPA berkenaan ringkasan kenyataan perkhidmatan, laporan penilaian prestasi, surat perakuan ketua jabatan n slip gaji terakhir. Kena bawa ke tak. Aku dimaklumkan tak perlu bawa semua tu selagi tak sah jawatan. So kalau yang bekerja berstatus kontrak, belum sah jawatan, ignore je semua tu ye.... Tapi kalau nak confirmkan silalah col SPA. Tengok sama tak jawapan macam aku dapat.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative