Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hujan di luar turun renyai-renyai. Sempena hari Jumaat pada hari ini, aku ingin berkongsi mengenai satu kisah yang boleh kita jadikan teladan untuk dihayati bersama. Mungkin ramai yang dah pernah dengar cerita ini. 

Gambar sekadar hiasan - Google
Pada zaman dahulu seorang pengembara mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Dia tiba di sebuah negeri dan merasa takjub melihat sejenis tumbuhan yang kecil dan pendek, namun buahnya besar berada di atas tanah (tembikai). Dia mencari tempat untuk berehat kerana penat berjalan dan sebatang pokok beringin yang besar menjadi pilihannya. 

Pengembara itu berbaring di bawah pokok beringin itu dan berfikir sejenak, "Mengapa pokok beringin yang besar ini mempunyai buah yang kecil? Sedangkan pokok tembikai tadi mempunyai buah yang besar. Memang sungguh aneh dan tidak sepatutnya ia dicipta sedemikian. Jika aku yang menciptakan pokok itu, pasti aku akan ciptakan pokok besar itu berbuah besar dan pokok kecil itu berbuah kecil" protes pengembara di dalam hatinya. 

Pengembara itu terlelap di bawah pokok beringin. Sehinggalah dia bermimpi pokok beringin itu mempunyai buah yang besar. Tiba-tiba buah yang besar dan berat itu jatuh dan menimpa kepalanya. Dia menjerit kesakitan dan akhirnya dia  terjaga dari tidurnya. Dia mendapati sebiji buah beringin yang kecil berada di sebelahnya. 

Tiba-tiba timbul penyesalan di hati pengembara itu kerana mempersoalkan ciptaan Allah SWT. Nasib baik buah pokok beringin yang jatuh itu kecil sahaja. Jika buah tembikai yang jatuh tadi pasti cedera parah dia. "Tidak sepatutnya aku mempersoalkan penciptaan Allah SWT. Kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui rahsianya." 

Sumber : Buku Bila Allah Menduga Kita (2013), Syed Alwi Alatas, Mustread Sdn. Bhd. 

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative