Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semalam beli barang kat tesco... Pusing punya pusing sampai bahagian pad terhenti sekejap langkah. Libresse ada keluarkan free gift baru lagi la. Heee lama sudah tak beli stok pad. Ye la dulu beli banyak sangat stok pun.

So laju je tangan grab libresse untuk dijadikan stok tambahan. Harga pun tengah diskaun sebab promotion dan ada free gift lak tu. Jeng jeng jeng ni la free gift libresse bagi kali ni.

Libresse gift
Libresse Gift
Kegunaan Stain Remover Pen adalah untuk memudarkan kesan kotoran pada pakaian. Ye la kadang-kadang terkena kotoran makanan ke, kotoran macam2 la. Hee aku tak pernah la mencuba lagi. Maklumlah baru je dapat semalam dan baju takde pulak kotor. Kih3
Stain Remover Pen dan  Lint Remover Sheets.
Stain Remover Pen dan  Lint Remover Sheets.

Cara guna Stain Remover Pen
Cara guna Stain Remover Pen

Lint Remover Sheets pula untuk hilangkan debu, bulu kucing dan kelemumur yang melekat pada pakaian kita. Tetambah kalau pakai baju warna hitam, pegang kucing kadang2 bulu dia melekat kat baju kita. So bolehlah apply benda alah ni pada tempat yang ada bulu kucing tu. Pun tak pernah try lagi. Aku dah tak de kucing.

So kepada pengguna tegar Libresse dapatkan la free gift terbaru ni.... Buat stok harga pun murah sikit dari harga biasa.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative