Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tawakal berasal dari perkataan Arab ‘Wakalah’ yang bererti memilih wakil, mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain. Imam al-Ghazali pula merumuskan definisi ‘Tawakal’ adalah  menyandarkan kepada Allah SWT tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepada-Nya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.1

Tawakal (Gambar sekadar hiasan) - Google
Apakah hikmah bertawakal?2
  • Percaya bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang berlaku.
  • Mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan berdoa, bermunajat dan merintih kepada-Nya. 
  • Allah SWT ingin menguji tahap kesabaran hamba-Nya.
  • Supaya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Ujian yang diturunkan membuktikan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.
  • Diberi ganjaran pahala jika bersabar dan berlapang dada menerima dugaan. 

Sumber : 
  • 1 shafiqolbu
  • 2 Zuhriah Mohd Juoi (2011), Terima Kasih Tuhan atas Cinta Ini, Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Ditulis oleh : Mizz Aiza

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative