Tumblr tu apa?

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sebenarnya dah berkurun aku sign up untuk akaun tumblr. Tapi tak pernah nak explore kegunaan tumblr dan untuk apa tumblr tu. Silalah gelakkan aku sebab hari tu tetiba ada keinsafan nak explore tumblr.

Mula la terkial-kial mengingat password. Last-last terpaksa tekan password help sebab aku tak ingat password. Hahaa dah dapat login dengan jayanya mulalah explore macam mana nak guna benda alah tumblr ni.

Rasa macam orang bodoh je tekan sana sini, tak tentu hala. Pastu baru faham sikit macam mana nak guna tumblr tu. Ni masih syok sendiri lagi le guna tumblr. Ala-ala blog gak rupanya tapi lebih ringkas dan padat. Simple sangat....

Nak post quote pun lebih mudah kat tumblr ni, nak post gambar ke... Ehehe belasah je la asalkan cuba guna daripada terbiar macam tu je.

Sape yang pro tu boleh la tunjuk ajarku sifu.... Tengok la tumblr aku yang takde pape lagi-----.>http://aishahjahirah.tumblr.com/. Kesian kan...huhuu. Model berbayar aku je yang banyak gambo...

Comments

yui takde akaun tu..huhu
Cik Tia said…
haha .. sama situasi :( ada tumblr juga tapi dah berabuk tak disentuh langsong :D
Kakzakie said…
Kakak laagilah tertinggal sebab tak pernah ambil tahu Sya..
Nafira usof said…
erkkk.. saya pon x tahu bende alah ape.. huhuhu
hahha saye pon tak tau mende alah ni=p malukkk
Ujie said…
Saya takde akaun tumblr, cuma tau org selalu post gamba.
Kesuma Angsana said…
hehehe KA pun bukan reti sgt pun
Kesuma Angsana said…
hehehe KA pun bukan reti sgt pun
Tihara said…
akak pun tak tau mende tublr nih.. ada tweeter pun tk guna mana..instagram pun layan skerat2 :)
Nizam.Ariff said…
first time dengar...
ingatkan sejenis bekas air minuman...
ummiross said…
Salam Aishah..

Hehe..ummi pun baru tau ni, kalaulah Aishah tak cerita, rasanya sampai sudah ummi tak tau.
Remy hazza said…
ha3...remy lagi ler tak tahu.... oh dunia...awat la aku buta IT !
TiranaAduka said…
salam
Kalau tak silap ta.ia cam blog juga.cuma terhad pd pembaca.
TiranaAduka said…
kena ad kawan2 yg guna tumbl juga..tak macam blog.anon pun leh masuk.terhad dan kurg ramai yg join
BUI JUNAIDI said…
KAK BUI X RETI GUNA TU..BYK SGT PILIHAN SEKARANG KAN..APA2 PUN BLOG TTP NO.1..HEHE

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing