Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak update pasal rumpai laut. Aku ni benda yang rutin ni memang selalu tersasar gak. Aku makan @ minum rumpai laut ni nak kata setiap hari tak la jugak maklumlah bila terlampau sibuk kadang-kadang terlupa. Padahal dah cuba disiplinkan diri.

Macam hari ni aku baru mula makan balik sebab dah dua hari tak makan sebab terlupa. Bangun pagi bersiap terus pegi keje. Balik lak terus tido. Hahaa penat. Sebelum ni pun kadang2 pagi makan, malam terlupa makan. Aduh sabar je la.

So nak update la kesan yang boleh dirasa walaupun tak konsisten makan rumpai laut ni selama hampir sebulan. Terasa kulit macam lembap2 je, moist gitu. Hahaa tataw la kot tu perasaan sendiri je. Tapi sebelum ni tak rasa macam tu pun. Tak pe la syok sendiri pun..

Kawan-kawan pun ada yang tegur makin cantik. Kulit memang masalah pun parut + jerawat... Em tataw la sebab make up ke or apa. Sebab semenjak dua menjak ni kalau rasa rajin memang make up sikit pun. Sebelum2 ni aku memang slamber je gi keje tanpa make up. Wahaha. Kebetulan memang makan rumpai laut ni, mungkin ada kesannya gak kot. Tak peka aku ni kadang2 perubahan diri sendiri.

Rambut lak lembut je. Rumpai laut tu aku wat masker rambut ngan masker muka. Kalau muka rasa tegang je pas pakai masker tu. Kalau rambut rasa lembut je. Sekarang aku tak guna syampu pape. Saje nak tengok kesan rumpai laut ni. Maklumlah rambut jenis gugur.  Setakat ni masih gugur tapi rasa macam kurang. Rambut panjang dan bertudung normal la kot bermasalah sikitkan.

Hari ni saja lulurkan badan dengan rumpai laut. Hahaa suka ati aku je kan. Takpe benda yang tak merbahaya ni kot mana pun nak try and error.

Period lancar....takde sakit2 badan sangat macam dulu. Maklumlah pra period kadang2 kita rasa sakit pingggang la, itu ini. Kuranglah sikit, nak kata takde tu kang tak normal lak.

Tu je la yang boleh dikongsi pasal rumpai laut berdasarkan pengalaman diri sendiri. Pasni kena order stok lagi la kot kalau rasa serasi bersama rumpai laut.

Ada yang tanya apa rasa rumpai laut. Kalau korang basuh bersih2 dan rendam elok2 takkan ada punya rasa hanyir rumpai laut tu. Cuma mungkin tak lalu la nak makan begitu saja bagi sesetengah orang. So tambah la dengan perasa, takde masalah.

Aku kakak aku masak letak daun pandan. Kadang2 kalau tak sempat bancuh dengan air aku telan macam tu je, boleh la diterima oleh tekak setakat ni walaupun tak letak daun pandan. Sebab untuk masker aku pesan jangan letak daun pandan. Heheh.

Entry lain yang berkaitan:
Testimoni Rumpai Laut @ Pure Marine Collagen

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative