Tuesday, April 30

PTPTN oh PTPTN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

PTPTN...ramai yang meminjam dengannya. Ramai juga yang tak melangsaikan hutang pinjaman lagi. Ada yang sengaja dan ada juga yang betul2 tak mampu untuk membayar kembali dan masih cuba membayar setakat yang mampu. Dan ada juga yang sudah langsai hutang dan ada jugak yang terkecuali daripada membayar semula.

Sejak diumumkan peminjam yang mendapat first class honour dikecualikan daripada membuat bayaran, lagi la timbul persoalan. Isu PTPTN ni sudah menjadi isu sensitif.

Mungkin kerajaan PTPTN tak sedar golongan yang perlu membayar pinjaman ini sedikit ber'dendam' dan 'makan hati'. Sebabnya:
  • Golongan yang senang mendapat panggilan temuduga SPA mereka yang memiliki CGPA yang mantap. Tapi bergantung gak kepada rezekikan. Apapun setahu aku tanpa exam, peluang agak tipis untuk di panggil temuduga. Untuk menunjukkan ketelusan peperiksaan diadakan sekarang.
  • Golongan yang kena membayar PTPTN bersama bunga terasa kerana dah la keje tak hebat,peluang memasuki sektor awam terhad,ada yang masih kerja rapu2 untuk teruskan hidup. Terasa kena membayar bagi pihak mereka yang dikecualikan bayaran tu.
  • Kenapa PTPTN tak macam MARA? Bayar sahaja apa yang dipinjam. Hurm tak la terasa beban bila-bila masa nak bayar. Ni bila ada duit bayar, takde duit tak bayar. Tiba2 tengok bunga pun tak habis2 bayar apatah lagi principal yang dipinjam.
Surat mahkamah? Senarai hitam? Kalau golongan yang tak mampu tu dah tak tahu nak buat macam mana. Umpama tersepit. Buat surat makluman minta tangguh pun bunga tetap jalan. Surat pun kena tandatangan orang itu ini. Kalau tak buat surat lagi susah. Erm kurang mengerti terkadang.

Peminjam bukan minta segala yang dipinjam dihalalkan seperti yang pembangkang usul, cukuplah kalau sekadar membayar principal sahaja. Peminjam sudah sangat berterima kasih. Tetapi perkara ini diperbesar dan dijadikan isu politik. Kami hanya golongan bawahan yang bersuara tetapi suara kami tidak didengar..

Ada cakap-cakap sinis, kau pinjam kau bayarlah. Sedangkan hutang bank pun bunga tinggi, ni 1-3 peratus pun kau berkira. Ye hutang tetap hutang, cuma mungkin yang bernada sinis tu tak berada dalam keadaan tersebut. Bukan tak nak bayar, masih memikir cara untuk membayar.

Dah tahu kena bayar banyak, kenapa pinjam. Minta maaf la ye dulu takde pilihan dan itulah jalan keluar untuk mendapat sumber kewangan untuk meneruskan pengajian. Segala yang berkaitan kerajaan ni dianggap takkan menyusahkan rakyat dan boleh dipercayai. PTPTN kan kerajaan juga yang syorkan untuk biayai kos belajar bagi yang tak mampu.

Takkan disebabkan nak bayar PTPTN tak boleh beli kereta, beli rumah, kahwin. Ye la duit kena simpan bayar loan, nanti tak cukup duit. Kos sara hidup sekarang pun tinggi. Nak bayar PTPTN pun tak lepas inikan pulak nak beli rumahkan.

Lagi satu kebanyakan graduan pun tak dapat kerja setaraf dengan kelulusan mereka. Buat pinjaman untuk diploma dan degree tapi dapat kerja basic SPM. Nak teruskan hidup pun ngam2 apatah lagi nak bayar hutang. Owh cari la kerja yang setaraf dengan akademik. Erm mudahnyakan. Tak semua dapat apa yang diimpi, tak semua bernasib baik. Bersyukurlah kalau kat tempat selesa tapi jangan sesekali mempertikai rezeki orang.

p/s: Entry ini ditulis bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Hanya secebis keluhan daripada peminjam-peminjam sedia ada. Jadi tolong jangan salah ertikan entry ini dan jangan terlalu emosi. Peace no war k.... Hutang tetap hutang yang wajib dibayar.....;(

26 comments:

❤Kamsiah❤ said...

ada yg anak dah 2 org,tak habis lagi bayar PTPTN...

mama3heroo said...

adk ade 2 org pun peminjam ptptn..baru abes blajar

TiranaAduka said...

salam
Bab ni ta cukup pantang.
Ta sanggup gadai triumph bath tub. Untk melangsaikan hutang ptptn.walau bukan ta yg pinjam geram btul ta pd adik ta..alhamdulillah dah selesai.

Terima kasih atas lawatan ke tempat ta.blog pisian tirana aduka

Kakzakie said...

Jauh beza kakak dulu pinjam MARA dgn PTPTN budak sekarang. Sebab itulah kakak sekarang menabung utk anak-anak kakak Bert. Kakak dah nampak beban pada anak-anak saudara kakak. Kerja engineer pun kena bayar dah mengeluh tak ke risau kakak masa depan anak-anak..

Azie Namico said...

kalau yang dah lama tak bayar tu cepat2 mula bayar , nanti dah banyak bahaya...yang tiada PTPTN tu alhamdulillah...bole simpan duit , utk hari tua...hehehe

maria firdz said...

Hmm... Boleh bayar... Kakak sy keje kilang je... Tapi dia byr gak wpun sikit... Bila start byr dh kurg rasa beban..Bg yg keje kerajaan.. Lebih baik cari jalan loan peribadj lumsum je semua sng...

nuyui a.k.a miss YUI said...

stuju sgt..yui mcm rasa taknka ptong melalui gj..nak byr sdnrii..byr skit..huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

jntik gsc =)

Ujie said...

Mmg simpati dgn peminjam ptptn, jadi beban utk j/masa yg panjang sbb jumlahnya besar...lagi2 yg pinjam utk diploma & degree.

Kerajaan perlu buat sesuatu...bincang dgn student utk cari jln tgh.

Nizam.Ariff said...

Sudah menjadi asas, barang yang dipinjam perlu dipulangkan. tak kira betapa susahnya kita tetapi dalam Islam kalau dah namanya meminjam, kita perlu pulangkan.

Kalau kita sukar macam mana pun, tak bermakna apa yang dipinjam boleh menjadi milik kita, secara automatik menjadi hak kita. Asas pinjam meminjam ini perlu didokong...

Yang menjadi hal politik apabila ada pihak yang mengatakan bahawa duit PTPTN adalah berasal duit kerajaan yakni duit rakyat. Yang meminjam juga adalah rakyat. maknanya itu adalah hak rakyat... kerajaan tak ada hak untuk meminta semula... inilah bahananya apabila asas pinjam meminjam sudah dilupai.


apa yang dipinjam mesti dipulangkan, tak kira bagaimana payahnya kehidupan kita... Islam yang meletakkan asas itu. Lupakan pasal politik. Kalau yang memberi pinjam itu melepaskan si peminjam dan menjadikan sebagai sedekah, itu lebih baik dan pahalanya besar buat si pemberi pinjam kerana melapangkan kesukaran si peminjam... diharap Tuhan akan melapangkan pula si pemberi pinjam.

Namun selagi itu tak terjadi kepada si peminjam, barang yang di pinjam mesti dipulangkan, tak kira betapa sukar dan payahnya hidup kita... itu asas.

Nafira usof said...

huhuhu.. tak berani nak komen~
sebab saya jugak masih ade hutang ngan PTPTN~

Cik Tia said...

risau jugak saya. HUTANG tu. bukan boleh buat main2 :(

BUI JUNAIDI said...

SIB BAIK KAK BUI X PERNAH PINJAM DR PTPTN..KALAU X SAMPAI KE TUA LA BYR HUTANG TU..:)

Remy hazza said...

zaman remy dulu takde ptPTN.....tapi elok jugak...takde nak byr sampai skrg.....

Kesuma Angsana said...

kena fikir2lah sendiri

Sayidah Nafisah Ruslan said...

em saya pun baru je habis belajar diploma. nak masuk ke degree tu rasa terpikir2 jugak, sebab nanti pinjam duit pt lagi. memang nak cari kerja pun susah sekarang ni. em tahlah

Acik Erna said...

AJ..anak acik belum dapat kerja..dan belum bayar ptptn lagi..

Koding said...

Hutang dah tentunya wajib dibayar ...
Cuma sebaiknya dilaksanakan pinjaman pelajaran tanpa faedah ...

puteri kasih said...

kesian juga kepada yang tak mampu nak bayar semula. Tapi nak buat macam mana..apa yang dipinjam, terpaksa dipulangkan.

HeNRieTTa JoSe said...

Sedang byr dgn ptongan gji....

Umie Artoqiemie said...

otw nak pinjam mende ni. err

Asrul "iLham" Sany said...

Bagi saya pendidikan seharusnya PERCUMA...kalau negara2 miskin.lain boleh buat kenapa tidak di sini?

hana hadi said...

sabar je lah ye.. PTPTN semua pelajar boleh minta kan. MARA pelajar yang cemerlang ja ek yang boleh mintak.. hehe hana sampai skrang blur pasal pinjam meminjam ni. xpernah pinjam tapi teringin nak tahu

Empayar Utama said...

Saya tak sempat nak buat pinjaman apa-apa, sebab sekolah tak tinggi huhuhu sedey

MulutPayau said...

kesian jugak pada peminjam....
tapi hutang mng kena bayar.....

Bayaran Balik PTPTN said...

Harap dapat percepatkan bayaran balik PTPTN. Thanks admin for sharing. Inspirasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...