Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yg dilakukan pada hari Jumaat yg didahuli dengan dua khutbah dan diwajibkan ke atas setiap lelaki Muslim.

"Wahai orang beriman apabila diseru (azan) untuk mendirikan solat pada hari jumaat maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Demikian itu, adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya"

Surah Al-Jumu'ah Ayat 9

Hikmat Solat Jumaat

  • Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam
  • Melambangkan kekuatan dan kesepaduan umat Islam
  • Dapat berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah.berkaitan
  • Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

Perkara yang disunatkan pada Hari Jumaat

  • Mandi sunat hari Jumaat
  • Memakai bau-bauan
  • Memakai pakaian yang baik dan bersih
  • Datang awal ke masjid
  • Mengerjakan solat tahiyattul masjid
  • Membaca al-Quran dan berselawat
  • Mendengar bacaan khutbah dengan kusyuk
  • Tidak berbual kosong atau membuat bising
  • Memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.
Sumber Rujukan: Nota Pendidikan Islam masa aku sekolah dulu...:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative