Monday, April 1

Hampir Hilang Penglihatan Kerana Kanta Lekap

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku yakin ramai dikalangan kita yang memilih memakai lens aka kanta lekap untuk memudahkan pergerakan dan aktiviti seharian. Hee aku setakat ni tak pernah lagi pakai lens. So nak berkongsi story ni, seorang gadis hampir hilang penglihatan apabila parasit membiak di dalam kanta lekap yang digunakannya.

Ashley Hyde terpaksa melalui satu prosedur di mana pakar mata terpaksa menggerudi matanya. Kotoran dari biji mata beliau juga telah diambil untuk mengenalpasti punca sebenar mengapa mata kirinya merah (radang).


Doktor mendapati Hyde, 18, ​​telah  dijangkitan Acanthamoeba.


Acanthamoeba adalah parasit mikroskopik yang ditemui di air dan tanah yang boleh merebak melalui penggunaan kanta sentuh, luka, atau luka kulit atau penggunaan inhaler ke dalam paru-paru.


Dr Adam Clarin, seorang doktor Optometrik berkata pengguna kanta harus cuba untuk menukar kanta mereka setiap hari. 'Tiada apa yang lebih selamat atau sihat daripada menukar kanta setiap hari dan bermula dengan yang baru pada hari berikutnya,' kata Clarin.

So yang guna kanta lekap tu...silalah amek kira faktor kebersihan supaya boleh dielakkan apa yang berlaku kat gadis ni berlaku kat kita gak... Tak mustahilkan, silalah amek langkah awal berjaga-jaga.

Sumber--->Dailymail UK

7 comments:

ieda immi said...

aduhh ngerinya !

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak pernh guna..huhu

Nafira usof said...

huhuhu.. x sanggup.. nih yang buat lagi fobia nak cuba pakai kanta lekap nih.. huhuhuhu

Remy hazza said...

bahaya tu kalau tak cuci bersih2 kanta lengkap.....

syiela said...

pernah pKi sekali je..

Empayar Utama said...

Saya pakai dari sekolah menengah lagi tapi diselang selikan dengan penggunaan cermin mata (bukan untuk melawa tau hahahahahaha)

Berdasar pengalaman saya (yang rabun nih);

1. Ada dua jenis - pakai buang (bekalan untuk 6 bulan; setiap sebulan guna set yang baru) dan kekal (boleh bertahan untuk setahun)

2. Guna ikut kesesuaian keadaan - jika bertukang, nak tidur atau ke tempat yang berhabuk - janganlah pakai. Guna cermin mata

3. Cuci setiap hari, jangan pakai kalau dah expired

4. Selepas 6 bulan, buat semula pemeriksaan mata (mungkin power dah kurang/bertambah) - untuk kanta lekap kekal pula, hantar ke kedai yang anda beli dahulu untuk diperiksa/cuci.

Alhamdulillah dah bertahun tiada masalah

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

eee seramnya kalau dh jd cmni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...