Monday, March 18

Untuk Lelaki: Perkara yang perempuan Suka

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Untuk lelaki-lelaki yang masih dalam proses bercinta tu sila semak checklist perkara yang perempuan suka. Maklumlah hati perempuan ni macam kerak nasi, nampak keras tapi sebenarnya lembut dan mudah tersentuh. Ye la mungkin tak semua tapi kebanyakan macam tu la.

  • Perempuan sangat suka lelaki peka terhadap apa yang dia suarakan. Contoh la bila bercerita pasal keluarga, anak nombor berapa, berapa adik beradik. Kalau lelaki tu peka dan ingat semua yang diceritakan memang cair hati beb.
  • Perempuan sukakan perhatian. Haha jangan nafikan, sesetengah perempuan akan bagi hint dia perlukan someone untuk support dia, so silalah bagi perhatian yang sepatutnya supaya dia rasa disayangi.
  • Perempuan suka menguji pasangan. Kadang-kadang sengaja merajuk sebab perkara kecil sebab nak menguji boleh ke lelaki ni bersabar dengan diri. Ye la kalau sebelum kahwin pun dah tak sabar dengan kerenah kita, dah kahwin nanti lebih lagi kot tak sabar.
  • Perempuan suka kalau perkara remeh yang tak ramai lelaki boleh ingat tapi pasangan dia ingat. Contoh terbaik ialah hari lahir, berapa lama mereka kenal.
  • Perempuan suka lelaki romantik. Romantik pun subjektif. As long as dia seorang yang caring, ambil berat pasal diri kita pun dah sangat tersentuh.
  • Perempuan suka lelaki yang menerima seadanya diri dia. Dari segi fizikal mahupun mental. Kelemahan dan kelebihan diri diterima seadanya oleh si lelaki. 
  • Perempuan suka lelaki yang memahami. Memahami ni maksudnya kalau time kerja dan bizi tak kacau, kalau time merajuk pandai2 la pujuk, kalau time sedih hiburkan. Memahami diri dan keluarga dan cuba menceriakan hidup kita.
  • Perempuan suka lelaki yang tak suka mendesak. Pun lebih kepada memahami. Tak desak kita buat perkara yang kita tak suka. 
  • Perempuan suka lelaki yang penyabar. Sabar menghadap kerenah kita, sabar dengan segalanya. Heheh mampu ke bersabar?
Banyak lagi pointnya tapi dah malas nak menaip. Untuk perempuan tak semua yang kita inginkan pada seorang lelaki tu patut ada sebab manusia ni sifatnya tak sempurna. Sangat bertuah kalau dapat pakej lengkap yang diimpikan tetapi masih bertuah kalau dapat hanya separuh pun. Kalau tak dapat langsung pun tak bermakna diri malang, tapi mungkin itu yang terbaik dan manusia pun boleh berubah. Oke sekian pesanan penaja. Chow...

14 comments:

nens cellection said...

hehehe..kan best kalo sume para2 lelaki th ttg ni..hehe

bukan kesempurnaan yg didambarkan,ttp usaha untuk menjadi yg lebih baik tu ku dambakan..

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak mmpu jd smpurna tp sekurangnya ada usaha kan =)

Cik Tia said...

kalau saling memahami , insyaAllah semuanya akan baik2 saja .. harus faham , takkan ada manusia yang sempurna dalam dunia ni okeh :)

Lia Irdelia said...

STujuuu..
ahahha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus nya info ini. Harap orang laki boleh belajar dari info ini..

hana hadi said...

AWAS lelaki..
aiseh mcm marah plah.hehe

Izan Ishak said...

romantikya lelaki pada wanita tak semestinya dgn selalu sebut 'i love u', bagi bunga n coklat. tapi cukuplah dgn perhatian dari si dia, buat joke pun kira romantik juga kan!

Koding said...

Susah jugak tu ...
Kebanyakan lelaki pula masa bercintan-cintun sahaja sangat ambil berat terhadap pasangannya ...
Selepas beberapa lama bernikah ...
Pandai-pandailah pasangannya itu untuk jaga diri ...

Encik H said...

errr..susah jugak nak komen..sebab benda ni jatuh pada kebanyakan..means bukan semua la..:D

Muhammad Faizuddin said...

Lorh, be yourself jer ^^

Muhammad Faizuddin said...

Lorh, be yourself jer ^^

Muhammad Faizuddin said...

Lorh, be yourself jer ^^

Muhammad Faizuddin said...

Jadilah diri sendiri dgn doublemint.. Hu2 ^^

Anonymous said...

lelaki je yg nak kene paham pompuan.. ada ke pompuan yg fahami lelaki?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...